Sabtu, 5 Mei 2018

CARA MUDAH TANAM POKOK KESOM (CUCUK PUCUK)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pokok kesom adalah antara herba kampung yang sering dijadikan campuran dalam masakan melayu. Ada antara kita amat mudah untuk menyemai pokok kesom, malah  tidak dinafikan  ada juga yang amat susah untuk menyemai pokok kesom walaupun pelbagai cara sudah dicuba. Saya juga antara mereka yang pada mulanya amat susah untuk menghidupkannya. Setelah pelbagai cara digunakan, cara semai menggunakan pucuk amat serasi dengan saya.

pokok kesom hasil semaian pucuk berusia lebih kurang 2 minggu

berusia lebih kurang seminggu


usia seminggu


Anak saya pun minat

hasil cucuk pucuk yang disemai oleh anak saya...
persediaan untuk hadiah hari guru 16 may nanti..hehe
hadiah hari guru: pokok kesom

caranya....

Apa yang saya lakukan adalah...
sediakan tanah yang lembap untuk memudahkan proses cucuk pucuk. dan letakkan bekas semaian berisi tanah tadi di dalam bekas bertakung air.
# cantas pucuk dari pokok induk (pokok yang masih hidup) lebih kurang 7 cm
# buang daunnya tinggalkan hanya 2 ker 3 helai sahaja bahagian atas pucuk
# terus cucuk ke tanah lembap yang disediakan tadi. bergantung pada size bekas semaian jangan       
   terlalu padat, anggaran 5 ker 6 cucuk size polybeg 9" x 9" .
# biarkan semain di dalam bekas bertakung air selama seminggu.
# Dalam masa seminggu, tidak perlu letak apa-apa baja. hanya perlu spray semaian pagi dan petang.
# letakkan semaian di tempat redup untuk mengelakkan daun layu dan akhirnya kering. Normalnya daun akan layu (bukan kering) pada tengahari dan akan segar semula keesokan harinya, layu semula pada tengahari segar semula, sehinggalah 4 ker 5 hari ia tidak akan  layu langsung.
Selepas seminggu bolehlah dikeluarkan bekas semaian dari bekas bertakung air. Jadilah ia normal seperti pokok lain tanpa air bertakung (bebas nyamuk). 

Apabila semaian berusia 2 minggu bolehlah diletak baja samada baja kopi ataupun air beras yang telah direndam semalaman.



usia lebih kurang 3 minggu

model emak

sambil layan hobi cucuk tanam sambil berjualan..hehe...
murah2 jerrk saya jual ni...rm 5 sahaja

kesom dalam pasu pun ada rm 8 sahaja

rm8 sahaja...saya semai mengikut permintaan 

 Untuk mendapatkan beberapa jenis ulaman kampung seperti pokok kesom, ulam raja, selasih, dan sebagainya bolehlah melawat page Annallyssa's Herb....terima kasih dn selamat mencuba..


Isnin, 19 Februari 2018

Pokok kesom untuk dijual



Assalamualaikum...

Hobi  Ct adalah bercucuk tanam....Antara pokok yang paling senang dan menjadi adalah pokok kesom...Pada mulanya tanam suka-suka, yerlah keluarga Ct minat asam pedas Johor, mesti ada daun kesom... Alhamdulillah dari  minat, lama kelamaan dapat juga duit poket, sebab ada antara rakan yang beminat untuk membeli pokok kesom Ct.

Rasa puas bila kita dapat menjual hasil dari jagaan kita sendiri, dari sehelai dua daun hingga jadi merimbun macam ni...sronok tak terkata...

Kalau ada dikalangan pembaca yang masih tercari-cari pokok kesom, wasap Ct phone no 019-2485011 atau pm fb Ct https://www.facebook.com/ct.hadijah.18...tak mahal murah-murah jer....dalam pasu ada dalam polybeg pun ada....

Oh yer Ct pun ada menjual pokok stoberi tanah rendah...



pokok kesom


pokok kesom

pokok kesom


pokok kesom


pokok kesom

pokok kesom

pokok kesom

Jumaat, 16 Februari 2018

Update blog setelah sekian lama


Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog...last update rasanya tahun 2015 hehe...malam ni macam dapat seruan untuk update blog..hehe...
Sebab apa sebab anak-anak...
Alkisahnya diorang suka baca blog mak dia...jadi InshaAllah mulai sekarang   Ct akan update blog seperti dulu...
Untuk permualaan update mengenai persembahan Choral speaking anak di sekolah sempena mesyuarat PIBG yg lepas...pada 10 Feb 2018....Cuba upload video..tapi tak lepas..berat sangat katanya..kena edit dulu..




Dengan cikgu pembimbing Choral speaking

Dengan Cikgu Del

My princes Nur Anaylly

Dengan kawan sekumpulan
Oklah cukup sampai di sini dulu ya untuk kali ini...InshaAllah akan ada entry lain selepas ni...