Selasa, 25 November 2014

Muzium Samudera "Flor De La Mar" Melaka

Asalamualaikum dan salam "Melaka Maju, Negeri Bandar Teknologi Hijau".

Musim cuti sekolah telah pun tiba, mesti ramai ibu apa yang tengah buat "survey"ke mana nak bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni. Memandangkan Ct duduk di Melaka, jadi kami gunakan peluang yang ada untuk membawa anak-anak melawat tempat-tempat pelancongan di Melaka.

Kali ini cuba peruntukan satu masa di Bandar Hilir Melaka. Terdapat banyak muzium di sini, sampai penat kaki menapak keluar dan masuk Muzium. Di sini terdapat Unit Kompleks Sejarah, dan Etnografi, juga Unit Kompleks Muzium Samudera. Tiket berharga Rm3 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak-kanak. klik sini untuk maklumat lanjut.

Untuk entry kali ni, Ct nak kongsi gambar di Muzium Samudera "Flor De La Mar"

muzium samudera dari luar


pintu masuk

besar jugalah kapal ni

perlu naik tangga

kapal dan tali tak dapat dipisahkan....

puteri bongsu

bahagian atas...tapi belum masuk kapal lagi

bagus.....hihi...kata mereka

captain deck

dah mula panas

di muzium ni ada disediakan "audio tour".....apabila nampak nombor disatu tempat tekan no yang dibekalkan untuk mendengar maklumat tentang sesuatu perkara. Rm3 untuk satu set.

tangga lagi

antara bahagian dalam kapal

inilah dia "audio tour" yang ct maksudkan tadi

satu sudut dalam kapal

penjelasan tentang sistem barter di  sudut ini

apalah agaknya yang dilihatnya 

ramai juga pengunjung yang datang

banyak replika kapal yang menarik di sini

di sebalik cermin

laksamana Hang Tuah

sambil dengar penerangan "audio tour" sambil posing

antara contoh matawang yang digunakan pada zaman dahulu


ke bahagian bawah kapal


peluru meriam

ada peluru...adalah meriamnya

peti besi

bilik tahanan...

bilik tahanan

berehat sebentar

mereka di atas..Ct di bawah

belajar sejarah kita di sini

pengunjung sudah semakin ramai
Alhamdulillah siap sudah kunjungan kami di Muzium Samudera "Flor De La Mar". selepas ni kami nak ke muzium lain pula.....nantikan entry selepas ini ya......terima kasih

Ahad, 23 November 2014

TARIKH PENTING KAMI

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca

Alhamdulillah......hari-hari penting ahli keluarga tetap diingati oleh kami semua.

Hari istimewa puteri sulong
puteri sulong hari lahir ke-7

pilih smarties

 Hari istimewa suami selaku ketua keluarga kami...

pebret suami...nasi arab

sebelum makanan sampai....

nasi arab kami

roti arab.....gebu
Hari istimewa puteri bongsu

permintan allyssa...nak kek frozen....dapat juga akhirnya..home made punya

Alhamdulillah...6 tahun sudah

sesi potong kek

sambut di rumah sahaja

hadiah dikongsi bersama
hadiah untuk adik dari kakak

hehe...hari istimewa saya pula....ada sedikit suprise...ler....meh Ct cerita sikit.....

Petang hari kejadian....suami balik kerja....."Annaylly, Allyssa, jom ikut abah pergi ALAM jogging" kata abah. "Mak ikut tak?" Kata Annaylly. "Tak, sekejap jer ni". Kata abah. Ct pun buat tak tau jer ler, teruskan menyapu di halaman rumah. Memang tak menyangka langsung, ingat memang betul anak beranak  ni nak gi jogging, siap berpakaian sukan lengkap dengan sport shoes. Hari semakin senja, mereka tak balik lagi, rupa-rupanya, anak beranak ni ke pekan .........

beli kek rupanya....Alhamdulillah
sedapnyer...

ini yang paling best, dari anak-anak.....sempat tulis lagi dalam kereta

hehe...minta maaf lagi...dari kakak
keesokan harinya..kami makan-makan di luar...apa lagi..nasi arablah...tapi.....sayangnya....port kami full....jadi kami teruskan perjalanan ke melaka.....pantai klebang "bus cafe"

pilihan puteri bongsu

pilihan puteri sulong

"bus cafe".....bas yang dijadikan cafe.....di pantai Klebang Melaka

suasana di sini seronok..angin sepoi bahasa, makanan pun harga mampu milik

puteri bongsu dah mengantuk.....
 Akhir sekali dalam setahun tarikh paling bersejarah kami.....20 November...Our Anniversary......Alhamdulillah sudah 9 tahun....hehe...ada undur suprise juga masa nih.....Suami balik dari kerja terus ajak keluar, tujuan asal nak beli kek harijadi allyssa sempena sambutan bersama rakan-rakan Pra sekolah, rupa-rupanya suami ajak keluar makan sempena anniversary kami, hihi....ada ke patut Ct boleh lupa tarikh ni, sesampai di tempat kejadian, batu terfikir, kenapa pulak suami pergi ke tempat yang macam istimewa nih, fikir punya fikir, rupanya, hari tersebut tarikh bersejarah kami......hihi...suami cuma tersenyum sinis jer....

sayang kamu semua


sedap sungguh "chocolate indulge cake" nih....

suami punya

puteri sulong punya

semoga rumah tangga kami sentiasa diberkati Illahi...
Selesai sudah catatan tarikh penting keluarga kami......terima kasih kerana membaca.....