Memaparkan catatan dengan label maklumat kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maklumat kanak-kanak. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mac 2015

TALIPES..CTEV (Congenital Talipes Equinovarus Virus) SINGGAH MENJENGUK DI PERINGKAT AWAL KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena dengan hari kelahiran puteri sulong pada 28 hb 2 2015 yang lepas...terlintas pula difikiran untuk berkongsi cerita tentang kelahiran Anaylly....

Ok..dimulakan cerita. Anaylly dilahirkan pada 28.2.2007. Alhamdulillah sepanjang proses mengandungkan Anaylly tidak ada apa-apa masalah berat..... yang Ct alami, mabuk pun tak ada. Morning sicknes pun tak ada. Pendek kata, segalanya berjalan lancar.

Rutin check up Ct lakukan di Klinik Kesihatan Felda Air Hitam. Walaupun Ct tinggal di Melaka, kerana suami bekerja di Akademi Laut Malaysia, namun kami nak anak kami dilahirkan dengan kad pengenalan 01...Johorean lah.....hehe...

Sepanjang proses check up misi tak pernah beritahu anak dalam kandungan ada masalah, jadi Ct pun happy jer lah, walaupun misi pernah beritahu yang anak dalam kandungan tak pernah pusing, tak pernah pusing ya..bukan tak pernah bergerak...jauh bezanya tu... dan Ct anggap ia perkara yang tak serius, sebab misi tak kata apa-apa. Sehinggalah sampai minggu yang ke-30 misi masih mengatakan yang anak dalam kandungan masih tak pusing....maksudnya kepala ke bawah di mana bayi sepatutnya sudah tetap posisinya dalam pelvis dan sedang menunggu masa untuk perjalanan keluar. 

Hah!!!!...bermula dari sinilah hati Ct sudah mula risau....dan beberapa kali Ct dirujuk ke doktor pakar Hospital Kluang, dan doktor kata  Ct perlu menjalani 'Caesarean Birth' dengan kata lain operation. Adohai!!!!dah ler first time mengandung perlu pulak caesar....memang menggelabah ler juga. 

Sampai sekarang masih terbayang-bayang lagi macamana keadaan di bilik bedah tu...dengan badan kita yang separuh kebas kerana bius dimana satu suntikan sekatan spina yang menyebabkan bahagian bawah badan kita akan merasa kebas. Kesannya mata mengantuk dan pada ketika inilah perut atau abdomen kita di caesar, masih ngilu rasanya...apatahlagi yang menjalankan caesar tu pulak doktor lelaki dan pembantunya juga lelaki..malu juga..tapi nak buat macamana kan..redha jerler............ Tapi rasanya kalau kita tak nampak macamana abdomen kita di caesar rasanya tak ngilu sangat tapi...sekarang ni ada pulak video menayangkan bagaimana perut kita di cesar...itu yang lebih mengilukan...kannn....

Ok..selesai satu babak...Alhamdulillah semuanya selamat. Anaylly dilahirkan dengan berat 2.8 kg. Tetapi.......dengan kuasa Allah .....Anaylly dilahirkan dengan keadaan Talipes....pernah dengar tak?...Ct pun tak pernah dengar sebelum melahirkan Anaylly ....

Ok...kita cerita sikit tentang Talepis ni.... yang Ct dapat infonya dari google

Talipes adalah CTEV (Congenital Talipes Equinovarus Varus) nak senang kita panggil Talepis/kaki tombol. Ia adalah keadaan dimana bahagian hadapan kaki bayi melengkok ke dalam dan ke bawah. Ia kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding perempuan. dan nisbah kelahiran bayi yang berisiko mengalaminya adalah 1:1000. Ia jarang berlaku.

Antara punca terjadinya Talepis adalah
  • Bayi bersaiz besar iaitu lebih 4 kg pada kelahirannya, kekurangan air ketuban sewaktu mengandungkan.
  • faktor genetik
Rasanya Ct terlibat dalam faktor pertama, sebab keturunan Ct belum ada yang mengalami Talepis.

Talepis terbahagi kepada 2
  1. Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas
  2. Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakan yang penuh.
Bagaimanapun misi beritahu Ct supaya tidak terlalu risau. sebab katanya ia boleh pulih memandangkan tulang bayi yang masih lembut. Jadinya sekali lagi bayi Ct perlu dirujuk ke doktor pakar orthopedik untuk membuat pemantauan perkembangan kaki bayi CT. 

Doktor tetap Ct jumpa... tapi...usaha di rumah juga dilakukan. Emak Ct merangkap nenek Anaylly berbincang dengan bidan yang menguruskan Ct sepanjang Ct berpantang. Dan bidan menyarankan supaya kaki Anaylly diikat ketika dibedung....macamana ikat? Ct pun kurang pasti....yang pasti bukan ikat dengan kuat sepenuh hati....ikat untuk membetulkan posisi kaki tu sahaja. 

Alhamdulillah kaki kanan Anaylly boleh diperbetulkan. Sampai sekarang kaki Anaylly normal seperti kanak-kanak lain. Tentang punca sebenar mengapa kaki Anaylly Talepis hanya Allah yang tahu. Bagaimanapun andaian kami berdasarkan punca Talepis adalah ruang sempit yang menyukarkan Anylly bergerak semasa dalam kandungan, dikuatkan lagi dengan faktor Anaylly jarang pusing semasa dalam kandungan. 

Alhamdulillah kami sekeluarga menyifatkan Anaylly sebagai seorang kanak-kanak yang unik sejak dari peringkat kelahirannya. Ditakdirkan Anaylly lahir pada 28.2 sama dengan nombor plat kereta pertama kami 228  dengan berat 2.8 kg. Alhamdulillah semua ini ketentuan Allah. Dan pada tahun ini genap umur Anaylly 8 tahun pada 28.2.......banyak betul nombor 8 Anaylly. Kami bersyukur atas kurniaan Allah kepada kami. Puteri bongsu kami pula akan menyambut hari kelahirannya pada 14.10 nanti. InShaaAllah.

Sekitar sambutan ala kadar kami sekeluarga untuk puteri sulong kami....tahun ini kami beri kebebasan untuk Anaylly pilih hadiah hari jadinya....aduhai......dari Port Dickson hingga ke bandar Melaka kami sekeluarga mencari.....tapi tak juga berkenan dihati anaylly ...last sekali bawa pergi kedai buku... buku ini yang berjaya menarik perhatiannya....katanya nak buat diary.... Alhamdulillah........



hadiah yang menjadi pilihan Anaylly



 Trip pertama nak mencari hadiah Anaylly di Port Dickson.....

balik dari latihan taekwondo....dapat ice krim buterfly...bukan main seronok lagi....tak menyempat lagi nak salin baju terus kami ke PD

di DIY PD.....cari mainan tapi masih tak ada yang berkenan dihati Anaylly

adik berhasrat nak bagi kakak hadiah....loan duit abah.."balik nanti adik keluarga duit tabung"....katanya

penat cari hadiah tapi tak jumpa..perut pun dah lapar....makan nasi arab dulu

birthday girl.....kepenatan...kehausan

pilihan si adik....spageti

pilihan birthday girl..merangkap pilihan kami ibu dan bapa.....nasi arab
hadiah si adik untuk kakaknya

ini hadiah dari Ct...


Balik dari PD kami ke Masjid Tanah Melaka, untuk mencari kek dan sedikit juadah untuk sambutan hari lahir Anaylly.....

potong kek

kek pilihan Anaylly...

birthday girl

gambar lagi

potong lagi...

birthday girl

 Trip ke dua...pencarian hadiah Anaylly yang masih belum jumpa

posing dulu

sampai je di Melaka, perut pun lapar....makan nasi ayam penyet dulu

posing sebelum makanan sampai

sedap chicken wing goreng ni....pebret Anaylly

nasi ayam penyet
 Semoga Anaylly menjadi anak yang solehah...amin


Selasa, 21 Oktober 2014

TELINGA KANAK-KANAK TERSUMBAT (ENT) PUTRA SPECIALIST HOSPITAL

Assalamualaikum...dan salam sejahtera

Kali ini ct nak bercerita tentang puteri sulong...Annaylly yang baru sahaja menjalani pembersihan telinga. Memang seringkali annaylly mengadu yang telinganya seperti masuk air selepas mandi...sebagai ibu...ct menganggap ia adalah perkara biasa...rupa-rupanya...tahi telinga sudahpun tepu di dalam telinga.....

Pergi ke klinik biasa, doktor hanya memberikan ubat titis, seminggu berlalu masih tiada perubahan, pergi lagi ke klinik yang sama tetapi doktor yang berlainan, kali ini...pandangan doktor berbeza dengan doktor yang pertamakali umpa tempohari.....selepas meneliti... doktor  terus menyediakan perkakas untuk membersihkan telinga annaylly.......tetapi...tiba-tiba doktor terdiam seketika.....

ibu: kenapa doktor?
doktor: ermmm.....guna panel apa yer?
ibu: ******
doktor: Kalau saya refer ke hospital pakar, boleh?
ibu: kenapa? doktor tak boleh buat ke?
doktor: dalam sangat lah....saya takut jena gegendang.
ibu:ooohh... oklah kalau macamtu

Aduhai, Tuhan sahaja yang tahu risaunya hati ct masa tu....banyak betul persoalan yang timbul....seriusker?...ok ker tak nih?....bahay ker?...macam-macam.....Ct pun terus telefon suami...suami pula ambil tindakan drastik..cuti half day...untuk hantar Annaylly ke Putra Specialist Hospital....Melaka.

Alhamdulillah....setelah melalui ptosedur..kami sekeluarga berkampung di Putra Speciallist tersebut.....ermmmm...lama juga kami menunggu..lebih kurang satu jam....rupanya waktu rehat....doktor rest....@#$%^&*()?+*....adeh....

Setelah doktor sampai..hati semakin berdebar.....rupanya...alahai sekejap sangat doktor menjalankan operasi....menggunakan air yang dipancutkan ke dalam telinga....dan tahi telinga yang tersumbat tu akan keluar bersama-sama air yang dipancutkan tadi.....tak sampai setengah jam...semuanya selesai. ....Tetapi menangis jugalah Annaylly...takut..tu....Tapi...hehe ada tapi lagi.......doktor kata Annaylly berani jugalah...ada kes tu...doktor terpaksa bius kana-kanak tersebut....sebab...doktor tak boleh buat kerja....kanak-kanak tersebut tak boleh diam.....

Ahamdulillah...sekarang Annaylly sudah kembali normal.....kepada ibu di luar sana...sekiranya ada simptom-simptom yang anak sakit telinga..cepatlah bawa ke doktor...Seperti Ct, walaupun seminggu sekali bersihkan telinga anak...tetapi masih lagi berlaku kejadian seperti ini....Kesian anak ...lama menanggung sakit, lagi satu...sebenarnya lama juga Ct rasakan macam ada yang tak kena dengan Annaylly...tapi....pamdang ringan jer........kesimpulannya....pada kebiasaannya naluri ibu itu tidak banyak ...tetapi sedikit ada benarnya...jadi jika terasa seperti ada sesuatu yang tak kena, selidik dan ikutlah kata hati tu....(maksud saya jika ia berkaiatan dengan anak)......semoga cerita ini dapat membantu serba sedikit ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama seperti Ct.....



ceria selepas selesai sesi rawatan






 Sesi menunggu..................

menunggu doktor (ENT)



boleh tahan  bosan....Allyssa layan cerita hindustan

bosan punya pasal....belek majalah

Dah mula rawatan....doktor ok...pandai berbual dengan kanak-kanak....

doktor berbual sedikit....ambil hati Annaylly

sesi bermula...

Allyssa (adik)....pun nak tengok juga

doktor pancutkan air suam ke dalam telinaga...

hasilnya...hehe...sorry kalau agak menggelikan.......




Isnin, 13 Januari 2014

ANAK PERLUKAN PUJIAN......MAJALAH : SUBUR KEBAIKAN DENGAN PUJIAN

Salam untuk semua...

Kali ini Ct nak kongsikan 8 tip untuk memberikan pujian kepada anak-anak. Tips ini Ct perolehi dari majalah Anis dan ditulis oleh Perunding Motivasi Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

1. Disegerakan
Apabila anak membuat kebaikan terus berikan pujian pada masa itu juga dan jangan lupa diselitkan unsur-unsur islamik. Contoh ayat "Ibu syukur sangat Allah kurnikan pada ibu seorang nak yang membantu ibu mengemas rumah". Setelah selesai "Terima kasih kakak, semoga Allah berikan rahmatNya kepada kakak".

2. Ikhlas dari hati
Anak-anak dapat merasai keikhlasan kita memberi pujian dari deria keenam mereka. Pujian ikhlas dapat dipupuk dengan cara memandang tepat kewajahnya, berilah sentuhan seperti mengusap kepala, menyentuh bahu, menepuk belakangnya atau apa sahaja yang bersesuaian.

3. Spesifik dan jelas
Tidak perlu berkias dalam memuji anak. Mereka masih belum faham bahasa kiasan. Contoh ayat ketika memuji prestasi belajar anak-anak:
"Alhamdulillah, bagusnya, Aiman ada peningkatan sekarang" (salah)
"Alhamdulillah, bagusnya, markah keseluruhan Aiman meningkat. Mak suka sebab markah matematik yang dulunya 50 peratus kini dapat 83 peratus. Bagus, teruskan" (betul)

4. Puji depan orang lain
Semua orang suka dipuji, begitu juga dengan anak-anak. Cuba puji kebaikan yang mereka lakukan di depan adik beradik yang lain, datuk, nenek, kawan-kawan dan sebagainya. Ini akan memberi suntikan moral untuk anak-anak terus berbuat baik dan meletakkan standard baru tentang tingkah laku mereka.

5. Realistik dan tidak berlebihan
Puji dengan berpada-pada dan tidak ditokok tambah kerana pujian yang melampau hanya akan merosakkan anak-anak.

6. Guna orang ketiga
Maksudnya ibu atau bapa memberitahu kepada anak bahawa ada orang yang memujinya. Contoh ayat "Kakak semalam abah puji kakak . Abah kata dia suka dengan cara kakak berpakain, sopan. Alhamdulillah kurang dosa abah di depan Allah". Dengan cara ini, anak akan seronok dan akan kekalkan cara dia berpakaian itu.

7. Puji perbuatannya bukan orangnya
Apabila memuji, kita bukan memuji orangnya sebaliknya kita memuji pencapaiannya, sikap, tingkah laku, tutur bicara dan perbuatannya. Jika kita memuji orangnya, kita memberinya racun bukan menyuburkan kebaikan. Kata-kata seperti adik pandai, adik cantik dan adik baik terlalu umum dan lebih kepada memuji orangnya. Cuba fikirkan kalau pandai, apa perbuatannya yang membuatkannya pandai? Mungkin kerana rajin baca buku, rajin pergi sekolah. Kalau cantik apa perbuatannya yang membuatkannya catik? Mungkin sebab dia rajin sikat rambut, rajin jaga kebersihan diri. Kalau baik apa perbuata yang telah dilakukannya? Mungkin rajin menolong ibu, rajin membantu adik.

8. Tidak disulam dengan kata-kata negatif
Jangan sesekali ayat memuji diikuti dengan sikap negatif sebelumnya. Contoh ayat " Baguslah kakak rajin menolong ibu sekarang, kenapalah dulu kakak tak macam ni" 
Wah! rajin sungguh kakak belajar setelah pulang dari kem motivasi, jangan seminggu dua sahaja sudahlah ya".

Kesimpulannya ibu bapa perlu kreatif dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Sifat-sifat positif harus menjadi kebiasaan dalam menjalani kehidupan seharian dan seharusnya meninggalkan terus sifat-sifat negatif yang hanya akan merosakkan minda seterusnya menjurus ke arah kerosakan akhlak anak-anak dewasa kelak. 





Jumaat, 10 Januari 2014

DIDIK ANAK MENABUNG DI USIA 6 - 7 TAHUN

Salam untuk semua....

Menyentuh tentang wang belanja yang dibekalkan kepad anak-anak di usia 7 tahun, berapa agaknya wang saku yang dibekalkan kepada anak-anak yang berumur 7 tahun?... Rata-rata para ibu yang Ct tanya minimum yang mereka bekalkan adalah RM2. Ooooopsss...nampak gayanya Ct lah yang paling sikit beri wang saku kepada puteri sulong Ct... Annaylly...RM1. Bagaimanapun Ct ada alasan Ct sendiri.

Alasan pertama... kerana Annaylly belum berapa faham tentang duit. Dengan membekalkan wang saku RM 1 diharapkan Annaylly dapat membiasakan diri dengan jumlah tersebut...elak dari  terkeliru.  

Alasan kedua....Annaylly ada bawa bekal dari rumah, untuk elakkan daripada Annaylly kelaparan sekiranya tak sempat untuk membeli makanan di kantin.....

Alasan ketiga...Annaylly ada bawa minuman sendiri..

Alasan keempat....sebenarnya Ct tak berapa gemar Annaylly makan makanan di kantin...lebih terjamin rasanya makan bekal sendiri...

Alasan kelima.....walaupun ini alasan kelima tetapi ia adalah motif utama Ct dan suami....untuk mengajar Annaylly tidak berbelanja dengan boros....setiap hari kami nasihatkan Annaylly supaya memastikan akan ada duit baki dari RM1 yang dibekalkan. Memanglah nampaknya macam kejam ...apalah yang dapat dibeli dengan RM1 kan...tetapi Alhamdulillah setiap hari Annaylly pulang ke rumah dengan wang baki di tangan.

Ct nak kongsikan sedikit bagaimana caranya untuk memujuk Annaylly supaya menyimpan baki wang sakunya.... Kami telah sediakan tabung kosong untuk mereka adik beradik bermula tahun 2014. Perjanjiannya adalah mereka boleh beli apa sahaja yang mereka mahukan dengan wang baki dari wang saku mereka. Jimat mereka berbelanja maka cepatlah mereka akan mendapat apa yang mereka inginkan. Apalagi Annayly pun berusaha untuk menyimpan wang sakunya setiap hari. Untuk Annallyssa kami berikan 50 sen setiap hari..dan terus dimasukkan ke dalam tabungnya kerana Allyssa tak prlu berbelanja, Pra sekolah ada disediakan makanan.

Hasil tabungan Annaylly bermula awal pesekolahan

Ini pula hasil tabungan Allyssa bermula awal persekolahan

Diharapkan semoga teknik ini akan dapat mendidik kedua-dua puteri kami akan peri pentingnya berjimat cermat dan pandai menghargai nilai wang...Ini adalah teknik kami untuk mendidik anak....bagaimana pula dengan teknik pembaca yang lain yer....perkongsian dari rakan pembaca amat dialu-alukan.....dipersilakan.....

Rabu, 18 Disember 2013

ALAHAN vs RESDUNG

Salam untuk semua...

Terkejut Ct bukan kepalang apabila mendengar penjelasan doktor tentang puteri bongsu yang dikatakan ada Resdung....apa yang terfikir dalam kepala "kanak-kanak ada resdung ker???????"...

Betul apa yang dijanjikan "Ada hikmah disebalik semua perkara" Kalau tidak Ct pun tak tau kanak-kanak juga menghadapi risiko resdung...Kita bukan main jaga anak-anak kita dari  aspek kesihatan termasuklah pemakanan, pemakaian, pembelajaran...rupa-rupanya ada juga yang terlepas pandang..."RESDUNG"...

Resdung dari sudut tradisional adalah kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Dari segi saintifik pula, bermaksud virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada organ-organ tertentu dalam badan: sumber :http://pakarrawatanresdung.blogspot.com/


Hasil penelitian Ct Resdung  berpunca dari alahan.  Alahan adalah keadaan dimana sistem imun badan kita bertindakbalas terhadap protein tertentu dalam sesuatu makanan. Ia berbeza dengan ketidakserasian makanan (kesannya sangat minimum seperti tidak selesa perut.

Antara makanan yang dikaitkan dengan alahan: telur, susu, gandum, kekacang (khususnya kacang tanah) dan makanan laut, dan mereka yang terdedah dengan alahan adalah mereka yang ada lahan lain seperti asma.
Kesan alahan ini akan menyebabkan resdung..

Antara punca-punca  resdung yang boleh dikenalpasti adalah:
  • Terjadinya bengkak di kawasan pergerakan udara di bahagian rongga hidung. Apabila udara tersekat dan terkumpul, ia kan mengakibatkan pertumbuhan kulat di kawasan hidung.
  • Struktur hidung tidak normal kesan daripada retakan ketika kemalangan. Jika keadaan hidung terlalu sengat risiko untuk mendapat resdung lebih tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas. Bakteria di bahagian yang rosak ini akan lebih mudah merebak ke rongga sinus.
  • Tabiat kerap menyelam di sungai dan kolam yang kotor serta laut yang tercemar.
Apa yang merisaukan Ct adalah, Resdung yang serius terutama di kalangan akanak-kanak boleh mengakibatkan hilang deria penglihatan dan boleh menjangkiti otak. Tetapi harus diingat bahawa resdung tidak boleh berjangkit dan tidak akan diperolehi dari keturunan. 

Untuk bacaan lanjut klik sini


hehehe...saja-saja jer masukkan gambar kat bawah ni....
Annaylly dan Allyssa

mungkin Allyssa dapat alahan kesan mandi kolam ni

posing....hehehe

berlatarbelakangkan persiapan krismas...annaylly posing..allyssa muka sedih...



Jumaat, 20 September 2013

TABIKA KEMAS

Salam untuk semua...


"Anak sekolah mana?" "Tabika KEMAS jer"...."kenapa hantar anak kat KEMAS, sekolah banyak makan jer"...ada lagi yang menambah... "sekolah banyak main"....ada lagi yang menambah...."budak tak belajar asyik menyanyi jer". 

Inilah yang sering kita dengar persepsi masyarakat tentang Tabika KEMAS. Hakikatnya KEMAS banyak mengajar anak-anak membentuk dan mengenal diri mereka, sekaligus bersedia menghadapai alam persekolahan yang formal (sekolah rendah). Kalau nak kata KEMAS banyak main...dah tentulah otak kanak-kanak berkembang semasa mereka bermain...nak kata anak-anak banyak makan....kan ker ini menyenangkan ibu bapa tak perlu tergesa-gesa menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dah tu tak perlu tergesa-gesa menyediakan makan tengah hari untuk anak sebab anak-anak dah siap makan pada pukul 10.30 pagi..dah tentu balik rumah perut masih kenyang.....nak kata anak banyak menyanyi...dah tentu ada fakta yang mengatakan proses pembelajaran lagi mudah disampaikan dalam bentuk nyanyian...Kesimpulannya...jangan sesekali menuding jari ke arah pihak tertentu sekiranya anak-anak kita tidak berapa berjaya di peringkat pra sekolah. sebaliknya lihat diri sendiri adakah kita memainkan peranan kita dalam membantu anak-anak kita menjalani proses pembelajaran mereka di peringkat awal.


"Ramai ibu bapa berpendapat usaha memupuk kejayaan akademik pelajar adalah tugas dan tanggungjawab sekolah, bukan tugas dan tanggungjawab mereka. Kita harus ingat bahawa tahap kemajuan pembelajaran anak kita akan lebih ketara dan terserlah sekiranya wujud kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa" petikan dari buku... Sentuhan ibu bapa anakku bijak belajar

Untuk bacaan lanjut klik sini

Jumaat, 13 September 2013

Buku: SENTUHAN IBU BAPA - Anakku bijak belajar

Salam untuk semua....


Kali ini Ct ingin berkongsi tips mendidik anak dari buku hasil tulisan Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D (pakar motivasi dan strategi belajar). Didalam buku ini ada memetik:

Zig Ziglar dalam bukunya 'Raising Positive Kids in a Negative World' mengisahkan satu cerita menarik mengenai kesibukan seorang ayah.

Seorang anak muda akan dikenakan hukuman penjara. Tuan Hakim mengenali anak muda itu sejak kecil lagi kerana mengenali bapa kepada anak muda itu iaitu seorang peguam terkenal yang rajin menulis buku. Tun Hakim bertanya kepada anak muda itu, "Adakah kamu masih ingat lagi dengan bapa kamu?" "Ya Yang Arif, masih segar lagi dalam ingatan saya," jawabnya.

Kemudian, dalam usahanya untuk mengusik hati kecil anak muda itu agar dia rasa lebih bersalah memandangkan bapanya adalah seorang ternama, beliau menyambung soalannya, "Disaat kamu akan dijatuhkan hukuman dan apabila dikenangkan kembali bapa kamu, seorang yang ternama dan terhormat, apa perkara yang benar-benar terlekat diingatanmu?" Anak muda tadi termenung sejenak lalu memberi jawapan yang tidak disangka-sangka oleh Tuan Hakim. 

Jawabnya " Saya ingat ketika saya pergi kepadanya untuk mendapatkan nasihat, dia memandang kepada saya dan berkata, "Tidak nampak ke ayah sedang sibuk menulis ni? Pergilah ayah sibuk!"

Apabila saya cuba menghampirinya dan mengambil sedikit masa untuk berbual-bual dengannya, dia terus berkata "Tak faham ke ayah belum habis menulis buku lagi". Yang Arif....Yang Arif mengenalinya sebagai seorang peguam terbilang. Saya pula mengenalinya sebagai seorang kawan yang telah saya hilang". Tuan Hakim itu kemudian berkata-kata dalam hatinya, "Akhirnya beliau siap menulis buku, tetapi malangnya, beliau hilang seorang anak".   - Zig Ziglar-

Dari cerita pendek ini jelas mengandungi isi tersirat....betapa peranan ibu bapa itu amat penting dalam menentukan masa depan anak-anak. Keprihatinan kita sebagai ibu bapa terhadap kemahuan anak-anak adalah yang terpenting dari segala urusan. 

Bagaimanapun masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan.  
 " Dalam mengenang kembali peluang yang terlepas bersama anak-anak itu jangan berkata, " Kalaulah dulu aku...(if only)" tetapi katakanlah "Baiklah lain kali...(next time)"  -Zig Ziglar-

Sebagai contoh: "Kalaulah aku  tahu bahawa mendengar keluhan anak itu penting sangat, sudah tentulah aku dahulu sepatutnya lebih prihatin...." Kini tukarkan kepada "O.K...lain kali bila-bila masa pun jika anak-anakku merungut, mengeluh atau sebagainya, aku akan mendengar betul-betul dan memberikan masa kpadanya".

Bersesuaian dengan Hadis Rasulullah SAW:
"Gunakanlah lima sebelum tibanya lima, iaitu gunakan masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum miskinmu, lapangmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu"






Rabu, 4 September 2013

ALAHAI ANAK.....

Salam untuk semua.....

Kali ini Ct nak kongsikan tentang masalah puteri sulong Ct...."bedwetting" atau istilah lain kencing malam....istilah perubatan "enuresis"....tapi puteri bongsu Ct kencing waktu tidur di siang hari...alahai...Hasil pembacaan Ct dalam http://pama.karangkraf.com/mobile/kanak-kanak/atasi-anak-kencing-malam-1.144995 ...Ct mengklasifikasikan puteri bongsu Ct tergolong dalam 'Secondary enurasis' dimana kencing waktu tidur apabila terlalu aktif bermain disiang hari atau penat, masalah emosi, sedih atau marah, ataupun perubahan waktu tidur. Apatah lagi sekarang ni memang pun puteri Ct sedang menjalani latihan bola jaring di sekolah tadika. Bgaimanapun jika kanak-kanak sering kencing malam tanpa sebab ia dinamakan 'primary enurasis'

Menurut artikel tersebut lagi, tabiat ini akan hilang selepas mereka berumur 6 tahun ke atas. Apa yang membimbangkan Ct adalah sekiranya ia berkaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetes, atau buah pinggang. Sekiranya kawan-kawan blogger pernah alami masalah ni dan ada jalan penyelesaiannya tolong syer yer......


termenunglah pulak...


puteri idaman kalbu....

Selasa, 23 Julai 2013

BUKU: KETERAMPILAN WANITA ALAF BARU

Salam sayang untuk semua....

Kali ini ct ingin berkongsi tentang ilmu kewanitaan yang saya dapat dari buku yang berjudul "Keterampilan Wanita Alaf Baru" hasil penulisan Abd. Rahim Ad Rashid. Buku ini banyak memberi garis panduan kepada para wanita masa kini dalam usaha membentuk imej diri yang lebih bersifat progresif, dinamik, dan berdaya saing. Kepesatan era globalisasi tidak menyekat para wanita untuk sama-sama bergerak, selari dengan arus permodenan disamping menjalankna  tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Buku ini juga tidak lain adalah untuk membuka mata wanita bahawa mereka mampu mengangkat status sosial mereka, dihormati, dan dihargai oleh masyarakat selaras dengan Dasar Pembangunan Wanita.


Antara pengisian yang menarik minat ct adalah..."Bilakah Peranan Ibu Bermula". Penulis menerangkan bahawa peranan ibu bermula seawal proses kehamilan, manakala peranan seorang bapa pula bermula seawal ketika bapa mencari pasangan hidupnya untuk dijadikan isteri secara tidak langsung menjadi ibu kepada anak-anaknya. Pada peringkat ini bapa disuruh oleh Rasulullah SAW untuk memilih isteri yang mempunyai empat perkara iaitu, harta, keturunan, kecantikan, dan agama.

Seorang ibu yang mengandung perlu memainkan peranannya dengan menjaga kesihatannya dari segi pengambilan makanan yang berzat, dan menjauhkan diri dari pelbagai penyakit berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan bayi yang dikandungya.  Sebaik-baiknya ibu mengandung perlu selalu tenang dan gembira serta kerap membaca al-quran, agar anak di dalam kandungan didodoikan dengan ayat-ayat Allah SWT. Ibu juga perlu sentiasa memohon doa dari Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.

Peringkat seterusnya adalah disaat kelahiran bayi. Ibu bapa perlu menyambut anak itu dengan penuh kesyukuran, diazan atau dikamatkan, diberi nama, dan dicukuri rambutnya dan diakikahkan, serta pelbagai lagi tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa islam.

Seterusnya ketika proses perkembangan anak. Ibu perlu sentisa memerhatikan perkembangan anak-anak samada dari sudut fizikal, mental, emosi, dan rohani. Ibu boleh mendorong perkembangan tersebut dengan pelbagai cara, antaranya:
  • Bercakap dengan mereka
  • Mengajuk suara
  • Memberi senyuman
  • Mencium
  • Memeluk
  • Melihat mata
  • Memberi perhatian terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh mereka
  • Menyediakan suasana bilik yang boleh mendorong perkembangan emosi dan mental
  • Menyediakan permainan yang boleh memperkembangkan fizikal, mental, emosi, dan kerohanian anak-anak
  • Bercerita kepada anak-anak
  • Membaca buku cerita untuk anak-anak
  • Mengajar doa-doa pendek.
Apabila anak-anak berumur 6 tahun ke atas bolehlah diajarkan:
  • Al-Quran
  • Cara-cara beribadah
  • Unsur-unsur moral melaui penceritaan
  • Melayan soalan-soalan yang dikemukakan anak-anak
Ct berharap dengan perkongsian, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang berjaya mencorak masa depan anak-anak kita mengikut landasan yang betul.




Khamis, 11 Julai 2013

MENDENGAR PANDANGAN ANAK

Salam sayang....

Sebagai ibu kepada 2 orang puteri, Nur Annaylly 6 tahun dan Nur Allyssa 5 tahun yang Ct gelarkan mereka di  blog dan face book saya sebagai ANNALLYSSA, ilmu tentang tips penjagaan anak dan keharmonian keluarga amat saya cari. Disini Ct ingin kongsikan tentang betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa mendengar pandangan anak. Idea ini saya baca dari buku yang berjudul "Sebelum Anak Derhaka - Nasihat untuk ibu bapa" yang ditulis oleh Dr. Sa'ad Karim.


Dalam isi kandungan yang berjudul "Mendengar Pandangan Anak-anak ini ada menyelitkan Firman Allah SWT:

"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka disebabkan rahmat daripada Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"

Ia juga ada menyentuh tentang ibu bapa merupakan faktor terpenting dalam membentuk jatidiri dan keyakinan anak-anak. Adalah amat penting bagi anak-anak kita memberikan pendapat mereka, dan ini secara tidak langsung akan dapat membentuk keperibadian dan menanamkan perasaan percaya pada diri sendiri. 

Saya berpendapat sikap ini hanya akan terbentuk sekiranya ibu bapa berjaya memainkan peranan mereka dengan mendengar dan menerima pandangan mereka, dan pada masa yang sama, seandainya pandangan mereka kurang wajar haruslah disertakan dengan fakta dan penjelasan yang sesuai dengan umur mereka, agar mereka tidak merasakan bahawa mereka tidak diendahkan, tidak pandai, dan berbagai lagi sikap negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

Sikap suka mendengar pandangan anak ini juga akan memberikan kesan pada jangka masa panjang dimana anak-anak akan lebih hormat pada ibu bapa mereka kesan daripada sikap hormat ibu bapa kepada anak-anak.

Terdapat banyak lagi tips penjagaan anak di dalam judul kecil yang terkandung dalam buku ini, dan akan saya kongsikan di post yang akan datang. Semoga kita akan sama-sama meningkatkan ilmu keibu bapaan untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat kelak.




Khamis, 30 Mei 2013

BICARA TENTANG ANAK

Dari hari ke hari usia anak-anak semakin meningkat dari tahap baby ke tahap toddler dan sekarang tahap pre schooler.....pada peringkat baby tidaklah dirisaukan sangat, cuma memerlukan banyak tenaga dari segi fizikal untuk melayan kerenah baby, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Di peringkat toodler pula adalah satu peringkat perkembangan bayi yang lebih kompleks dimana bayi sudah mula menunjukkan reaksi melalui tingkah laku dan apa yang lebih ketara dari berbaring sahaja berkembang kepada meniarap seterusnya merangkak dan terus berlaku perkembangan dimana bayi sudah pun pandai berjalan. 

Peringkat seterusnya pre schooler dimana anak-anak sudah menjejakkan kaki ke sekolah, dan disinilah bermulanya kisah-kisah kesan dari didikan ibu bapa pada peringkat sebelumnya, dan disinilah bermulanya banyak tanda tanya di benak fikiran seorang ibu bapa khususnya ibu.......adakah jalan didikan dan asuhan yang kita gunakan selama ini betul atau sebaliknya?...berjayakah kita sebagai ibu menjalankan tanggungjawab yang digalas dalam memberikan didikan dari segala sudut rohani dan jasmani?...salah siapakah sekiranya anak-anak mempamerkan sifat yang kurang disenangi?......bagaimanakah sikap anak-anak kita nanti dalam menetukan masa depan mereka?........soalan-soalan seperti ini seringkali berlegar-legar di fikiran setiap kali melihat telatah anak-anak. Semakin difikirkan semakin risau dihati seorang ibu ini.....

Bagaimanapun berbagai cara boleh dilakukan untuk memujuk hati ini supaya tidak terlalu gusar memikirkan masa depan anak-anak. Berbagai panduan dan rujukan boleh didapati dengan hanya menggunaka satu klik....dunia tanpa sempadan.....berbagai informasi berguna tentang apa sahaja maklumat khususnya mengenai cara mendidik anak boleh didapati. Jangan sesekali kita seorang ibu melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada pihak lain khususnya sekolah...sangat tidak patut. Jatuh bangunnya anak, kitalah yang  dipertanggungjawabkan dan Allah yang menentukannya.



Semoga anak-anakku menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat....

Rabu, 8 Mei 2013

BURUK BAIK GADGET TERHADAP KANAK-KANAK

Sebelum tu..berpantun dulu....

anak-anak pergi mengaji,
pergi mengaji berjalan kaki;
peribadi murni akhlak terpuji,
itulah kesan hati yang suci.

Pagi tadi sedang dok mengemas rumah...telinga fokus pada perbincangan di tv tentang kebaikan dan keburukan peranti terkini terhadap kanak-kanak khususnya pada peringkat umur 1 hingga 3 tahun.  Menurut  pakar perunding yang dijemput  tu....kanak-kanak boleh didedahkan dengan peranti ni tetapi perlu ada pengawasan dari ibu bapa...tapi dari apa yang dibincangkan dari pakar jemputan tu saya rasakan yang beliau tak berapa bersetuju jika kanak-kanak terlalu didedahkan dengan gadjet ini. (pandangan peribadi saya) beliau lebih bersetuju sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan yang boleh membentuk kemahiran bersosial di kalangan kanak-kanak contohnya: permainan zaman dahulu seperti kondan kondi, teng-teng, baling selipar, dan lain-lain. Ini kerana pada lingkungan umur 1 hingga 3 tahun berlakunya perkembangan minda yang pesat dan pada masa inilah minda mereka perlu diisi dengan seberapa banyak informasi yang boleh membentuk imej diri mereka.



SISTEM PENJADUALAN
Bagaimanapun beliau menyarankan supaya ibu bapa perlu membuat sistem penjadualan untuk anak-anak menggunakan gadget tidak lebih dari 1 jam dan paling maksimum adalah 2 jam dan ini adalah bagi tujuan pembelajaran bukannya bermain game dan sebagainya.

KREATIF
Beliau juga tidak menafikan kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan penggunaan gadjet tetapi ia tiak sehebat sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan yang memerlukan penglibatan fizikal seperti yang telah dijelaskan di atas. Pembelajaran secara praktikal dimana kanak-kanak boleh memegang dan menyentuh seperti penggunaan kad imbas, dan alat bantuan mengajar yang lain lebih banyak membantu kanak-kanak dalam proses tumbesaran dan mengasah bakat kreatif dalam diri anak-anak.

TIDAK SALAH GUNA GADGET
Beliau turut menjelaskan bahawa ibu bapa tidak boleh memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk meneroka dengan sendirinya gadjet tersebut dengan niat supaya mereka duduk diam daripada mereka membuat bising di rumah. ini akan memberi kesan terhadap perkembangan kebolehan bersosial anak-anak. Mereka akan mempunyai masalah berhadapan dengan orang lain terutama rakan sebaya dimana anak-anak hanya inginkan semua orang menurut kata mereka dengan kata lain "asyik nak menang sahaja" kerana mereka sudah terbiasa dengan kemenangan ketika bermain game di gadjet. Ada juga diantara anak-anak yang terlalu obses dengan gadget kebih suka menyendiri dengan kata lain "buat hal sendiri" tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

Kesimpulannya, gadget terkini perlu pada zaman yang serba moden ini.  bagaimanapun seawal usia 1 hingga 3 tahun ini bukanlah menjadi satu keperluan untuk ibu bapa memahirkan anak-anak kita dengan aplikasi dan kecanggihan teknologi yang ada. Apa yang lebih penting adalah penerapan nilai-nilai murni serta kasih sayang kepada anak-anak yang akhinya akan menghasilkan anak-anak yang bijak bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi rohani dan jasmani.

Selasa, 30 April 2013

BEKAL ATAU BELI DI KANTIN

Salam sayang untuk semua.....

Diam tak diam dah masuk lima bulan puteri sulung di Pra Sekolah, maknanya ada baki  lebuh kurang 7 bulan lagi nak menjejakkan kaki ke tahun 1. Berdebar-debar juga rasa hati si ibu ini..yelah tahun satu merupakan satu tahap, si anak perlu lebih berdikari dari segala aspek. Sebelum ni di Pra sekolah semuanya disediakan oleh cikgu lain pula halnya dengan tahun 1. Perkara lain contohnya dari aspek pelajaran, taklah berapa dibimbangkan sangat kerana kita masih boleh pantau di rumah dengan adanya kerja rumah dan buku-buku yang dibekalkan oleh cikgu, kita sebagai ibu bapa juga boleh memberikan latihan kepada mereka. Perkara yang amat membimbangkan saya adalah bab pemakanan, yelah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.00 tgh tentulah perut diminta untuk diisi. Sarapan pagi di rumah memanglah perkara wajib taklah dibimbangkan, tetapi waktu rehat di sekolah, kalau tak silap pukul 10.00 pagi....

perlu bawa bekal dari rumah atau beli di kantin. Kalau beli di kantin, banyak perkara perlu dititikberatkan, bersih ker? sempat ker? seimbang ker?
Kalau bawa dari rumah pula, ada juga perkara yang perlu diambilkira...contohnya basi ker? makanan anak kita tu nanti. 

Sebagai ibu sepenuh masa, saya lebih senang jika anak saya membawa bekal dari rumah, terjamin sikit kebersihannya. Jadi selak lah majalah mana yang patut untuk dapatkan ilmu...cara mengatasi masalah makanan basi ini....


Terdapat beberapa faktor makanan cepat basi yang boleh dikongsi bersama:

Penyediaan Makanan Terlalu Awal
Sebagai ibu, pandai-pandailah kita anggarkan jangkamasa kita menyediakan makanan sehingga anak kita boleh makan makanan tersebut...janganlah pulak kita sediakan makanan tu sebelum tidur malam supaya mudah untuk kita bekalkan pada keesokan paginya, seelok-elokya sediakanlah pada awal pagi, lebih terjamin kesegaran makanan tersebut.

Makanan Disimpan Pada Suhu Bilik
Seelok-eloknya jangan tutup makanan yang masih panas, dan jangan sekali-kali membiarkan makanan terdedah dan dihinggapi lalat, kerana ia merupakan penyebab tersebarnya bakteria. Makanan akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

Tempoh Masa Memasak Tidak Cukup
Memanglah digalakkan tidak terlalu lama memasak sayuran, tetapi tidak kepada sumber makanan lain seperti daging, ikan, dan ayam.

Tidak Mengamalkan Kebersihan Ketika Memasak
Makanan yang ingin dimasak perlu dibersihkan sebaik mungkin untuk mengelakkan pembiakan bateria. Sebagai ibu, perlu ada tanggungjawab menjaga kebersihan dari segala aspek terutama kebersihan tangan. Keadaan di dapur juga perlu bersih dan kemas

Tidak Memanaskan Semula Pada Suhu Yang Cukup (hanya untuk makanan di rumah)
Memanaskan semula makanan berlebihan amat digalakkan untuk mengelakkan pembaziran, tetapi elakkan daripada memberikan bekal kepada anak. Apabila makanan dipanaskan semula, ia perlu dipanaskan dengan sebaik-baiknyauntuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan punca keracunan makanan.

Bagaimanapun tidak menjadi salah jika anak-anak kita makan makanan di kantin sekolah, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu memastikan kantin sekolah terebut betul-betul terjamin kebersihannya. Pada pendapat saya lebih mudah sekiranya anak kita membeli makanan di kantin, ketika mereka sudah berada di tahun 3, kerana pada masa ini mereka lebih bijak membuat keputusan yang baik untuk diri mereka.