Memaparkan catatan dengan label kebun mak siti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebun mak siti. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

HOYA "WAX PLANT" II (HOYA RUTHIE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah diberi kesempatan menikmati indahnya kejadian bunga ini. Hoya Ruthie diberi nama.....ini merupakan sambungan entry Ct yang lepas....klik sini



separa kembang

masih separa kembang

akhirnya.....kembang penuh...

umpama mimpi....
klik sini untuk gambar wax plant yang lain.....

Selasa, 28 Oktober 2014

ORKID DENDRO @ KUALA SG.BARU

Assalamualaikum.....dan salam sejahtera.....

Kali ni cuma nak kongsi gambar orkid sahaja......Mari cuci mata.....sambil tambah koleksi sambil menjual....Jual kecilan....hehe


rm10 ...okid kuning...limited

rm10

rm10
rm10

rm10

rm10

rm10

rm10

rm10

rm10

rm10

rm10

kalau dah tukar pasu camni rm15....siap ....tinggal gantung dan jaga jer.....
...tpi pasu macamni limited

macam ni lah dendro yang Rm10

Macamana selepas cuci mata.....terpikat ker....kalo rasa terpikat boleh call Ct...phone No. 019 2485011......di Kuala Sg. Baru Melaka.....Ct jual kecilan jer...tiada nursery...ambil stok pun tak banyak..Jadi sebelum datang...elok call dulu yer.... 

HOYA - WAX PLANT

Assalamualaikum....dan salam sejahtera....

Selain orkid...hati juga terpaut dengan keunikan Hoya......Mula meminati hoya sejak terjumpa gambar hoya di google dengan nama "Wax Plant"......Sejak itu....bertekad untuk mencari spesis ini. Alhamdulillah sekarang ct telahpun memilikinya..... Ada banyak jenis Hoya dan Ct belum berjaya mengklasifikasikan jenis Hoya yang Ct ada......Antara Hoya yang Ct ada.....

guna baja AVVI

tengok kudup macam menarik

rasanya dah dekat sebulan kudup ni...tak kembang-kembang....tak sabar dah ni nak tengok bunganya macam mana....nak tau bagaimana rupanya setelah ia kembang...klik hoya wax plant II

jenis ni lain sikit.....daunnya kerinting...dan bunganya kecil jer...

warna putih

Antara koleksi lain.....Hoya merah.....memang cun...rajin bunga pulak tu.....seronok betul....

ketika masih kudup

separa kembang

kembang penuh

bunganya keras .....seperti manik....
Antara tips penjagaan hoya adalah perlukan baja dan air yang mencukupi. Ct gantung di Porch....lebih kurang 50% cahaya matahari....siram dua kali sehari.....dan medium yang digunakan adalah tanah seperti tanaman biasa yang lain....kalau rajin boleh campurkan dengan ceraian sabut sedikit. Baja pula......Ct gunakan AVVI...macamana CT membaja orkid, begitulah Ct membaja Hoya.....AVVI-X sebulan sekali dan AVVI-S seminggu sekali......


Semoga tips ini dapat  sedikit sebanyak dapat membantu pembaca yang ingin mencari Hoya untuk dijadikan tanaman hiasan tanam....

Rabu, 2 April 2014

ORKID LAGI

Salam untuk semua......

Alhamdulillah suami Ct memahami minat Ct dan sentiasa menyokong dari belakang. Nak tahu apa minat Ct....bercucuk tanam...terutamanya bunga-bungaan lebih-lebih lagi orkid....Post kali ini Ct nak kongsikan koleksi orkid terbaru Ct....

4 jenis kesemuanya

dua pokok dalam satu pasu

satu pokok dua spike


butterfly orchid....katanya orkid ni orkid paling manja....ada satu je koleksi...baru nak belajar cara jaga orkid manja ni...


ini pun spesis dendro....

Orkid jenis Dendro koleksi lama....senang jaga dan rajin berbunga

Seronok tanam orkid ni...bunga tahan lama...kalau baru nak mencuba cari orkid jenis Dendro senang nak jaga dan rasanya orkid yang paling murah dipasaran....

Khamis, 27 Februari 2014

ROSES

Assalamualaikum dan salam sahabat untuk semua.....

Kali ni nak share bunga jer....

ros biasa sahaja.....

seronok sangat

Selasa, 17 Disember 2013

ALAHAI MATAHARIKU....

Salam untuk semua...

Tunggu punya tungu kembang pun si matahari ni....

dua pokok sudahpun kembang

kali ni bunga lebih besar sikit dari yang lepas

ada satu pokok tu ...ada banyak kudup bunga di batangnya....
Mengikut pengalaman yang seciput ni...Ct rasa pokok bunga matahari perlu dialihkan ke tanah ketika pokoknya masih kecil lagi...lagi cepat dialihkan lebih besar batangnya dan lebih besar bunganya nanti....senang cakap besar pokoknya akan besarlah bunga yang dihasilkan...Tapi kena jaga betul-betul pokoknya yang masih kecil tu sebab batangnya sangat lembut. Ct alihkan 6 pokok tempohari tapi yang dapat hidup cuma 3 pokok jer...


Sabtu, 30 November 2013

SI MERAH DAH KELUAR,,,,

Salam untuk semua...

Tempohari Ct ada post entry pokok pokok kacang purple...rupa-rupanya kacang panjang merah...ini dia buahnya

inilah dia buah kacang panjang merah
kalau dibiarkan hingga tua terhasilllah kacang merah ni (gambar ehsan google)

senang tanam pokok ni..tak perlu baja pun hidup subur
boleh tahan juga buah nyer...Alhamdulillah



Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pokok ni...klik sini. Ct pun baru tahu kacang merah asalnya dari pokok kacang merah ni....



Khamis, 21 November 2013

DAH MULA MELILIT

As salam untuk semua...

Kali ni Ct cum nak kongsikan gambar pokok kesayangan Ct...
ta..da.....dulu pokok kacang botol sekarang pokok kacang panjang pulak...

inilah dia pokok kacang purple...tak sabar nak tunggu dia berbuah



Tempoh hari di tempat yang sama Ct tanam pokok kacang botol sekarang  ni tukar pokok ni pula...kacang panjang warna purple...nanti bila dah berbuah In Sya Allah Ct post...

pokok kacang botol tempohari



Ini pula pokok orkid dah banyak putik bunga seronok sungguh

Ini antara bunga orkid yang dah kembang

Ini pun sama

Ini pun juga

Bila ditanyaka kenapa Ct suka menanam pokok orkid ni adalah kerana bunganya yang tahan lama, lebih kurang sebulan lah juga bunga ni boleh bertahan. Lagipun pokok orkid ni tahan lasak, proses pemindahan pasu mudah dilakukan. Kalau ada sedikit akar yang tertanggal tidak akan merencatkan pertumbuhan pokok..Tak percaya..ANNALLYSSA pun adakalanya tolong tukar pasu...




Bagaimanapun antara sebab utama Ct sukakan bunga orkid ni tentulah sebab lawa. Setakat ni ada lebih kurang 11 pokok orkid Ct...Ahamdulillah belum ada yang mati selepas bertukar tangan dengan penjual. Lepas ni ingat nak tambah lagi koleksi bunga orkid. Ct beli di pasar malam pada setiap hujung minggu. Ooopsss...sebelum terlupa jangan lupa dengan semburan baja seminggu sekali, barulah pokok orkid ni rajin berbunga....