Memaparkan catatan dengan label masalah kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah kulit. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2015

COSMEDIC CLINIC MELAKA, KLINIK PAKAR KULIT MAMPU BAYAR PART 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah telah genap 2 bulan Ct menjalani rawatan di Cosmedic Clinic Jalan Ong Kim Wee. Dengan Izin Allah alahan produk yang Ct alami sejak Raya Aidilfitri 2014 telah pun pulih. Boleh dikatakan setahun jugalah. Kesilapan yang Ct lakukan adalah pandai-pandai buat rawatan sendiri, beli produk di Farmasi, pergi Spa buat facial muka, tanpa merujuk ke doktor apa masalah sebenar kulit muka Ct. Cuma baru dua bulan lepas Ct buat rawatan di Cosmedic Clinic dimana masalah Ct dah agak serius. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dipersilakan  baca  2 entry  Ct yang lepas klik Cosmedic Clinic part 2

Selepas lebih kurang 2 bulan mengambil  antibiotik yang dibekalkan oleh doktor dan menggunakan krim sapuan jerawat telah pulih sepenuhnya. Pada kali pertama jumpa doktor , doktor beritahu proses pemulihan dalam jangka masa dua bulan, ianya betul. Tetapi kesan jerawat hanya akan hilang dalam jangka masa 4 bulan....jadi Ct perlukan masa lagi 2 bulan untuk hilangkan kesan jerawat yang ada. Bagaimanapun Ct amat bersyukur kerana jerawat telah mati dan tiada jerawat baru yang timbul dan kesan jerawat juga makin hari semakin pudar. Untuk mengetahui kos keseluruhan sebelum ini Klik Cosmedic Clinic part 1. ditambah dengan kos baru appointment ke-5 Ct  RM355. Disebabkan kulit muka Ct yang sedikit gelap dan kusam doktor menyarankan supaya ct mengambil supplement Pynocare dan Vitamin C.

Pynocare RM 185 untuk pengambilan lebih kurang 3 minggu 2 biji sehari.


Setelah berbincang dengan suami, suami bersetuju, jadi on...lah, hehe...tapi Pynocare sahaja....Vitamin C lain kali...over budget pulak kalau ambil dua-dua sekali.....nak tengok hasilnya nanti dalam masa 3 minggu. Apa yang Ct tengok dalam isi kandungan Pynocare ni, ada 2 jenis supplement yang diperlukan untuk kulit seperti Vitamin C, dan Vitamin E ada juga ekstrak tomato.....dan lain-lain. Untuk mengetahui tentang Pynocare ni, cuba cari maklumat di google.



Semoga info ini dapat membantu wanita di luar sana yang mempunyai masalah yang sama dengan Ct. Sekali lagi Ct ingin memberitahu wanita di lauar sana,  jangan sesekali cuba itu dan ini kalau kulit muka dah bermasalah...jalan penyelesaian yang sewajarnya adalah jumpa doktor, bukan doktor sakit demam, tetapi doktor pakar kulit. Selebihnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya sesuatu itu terjadi dengan izinNya. 





Sabtu, 7 Februari 2015

Klinik Pakar Kulit mampu bayar...Cosmedic Clinic Malacca... part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca

Masalah jerawat adalah masalah yang paling menghantui para wanita dan paling menyedihkan dan menakutkan jika kita tak tau mana tempat yang sepatutnya kita pergi untuk menyelesaikan masalah kita. Jika tumbuh satu dua biji tak apa juga ini..kalau  penuh satu muka.....aduhai.....tak taulah nak kata macamana kan...Tempohari Ct ada post tentang Cosmedic Clinic Part 1 dan ini adalah post sambungan tentang masalah kulit yang Ct hadapi.

Alhamdulillah setelah 1 bulan 7 hari menjalani rawatan di Cosmedic Clinic, jerawat telah benar-benar pulih, cuma perlu tunggu untuk parut jerawat hilang sepenuhnya. Kalau tak silap Ct hari ini adalah appointment yang ke-4 dengan doktor Shonali dan hari ini juga adalah hari yang paling sedikit kos rawatannya....hihi..Rm 120....kalau nak tau kos rawatan sebelum ini cuba  klik cosmedic clinic part 1 post Ct yang sebelum ni yer. Ct tahu kos rawatan adalah faktor utama dalam menjalani rawatan. Lebih lagi jika suri rumah macam Ct ni....perlu berbincang dengan suami dahulu lebih lagi rawatan ini bukan hanya sekali tetapi berterusan sehinggalah pulih sepenuhnya. Untuk rujukan selama 4 sesi rawatan ini suami Ct telah mengeluarkan kos sebanyak lebih kurang Rm1000.  Terima kasih yer wahai suamiku kerana tanggung semua kos ini....Tapi tak apa wahai para suami  dipetik daripada ceramah Ustaz Kazim Elias......

 "Isteri adalah ladang, subur ladang maka suburlah hasilnya" InSyaAllah.

Kali ni Ct nak kongsi gambar lagi...


gambar sebelum masalah kulit muka...hari raya 2014


setelah 1 bulan 7 hari menjalani rawatan.......yang di sebelah tu....Dr. Shonali...cun kan...hehe
 Kali ini Ct kongsikan simptom-simptom masalah kulit muka Ct......

simptom awal...tumbuh ruam di seluruh muka...

lama-kelamaan menjadi besar


mula bernanah

gambar terbaru...setelah sebulan menjalani rawatan..jerawat dah mati...cuma tinggal kesan jer....

Semoga post Ct ini dapat membantu wanita di luar sana yang menghadapi masalah sama dengan Ct. Serik sungguh rasanya. Sekali lagi Ct nasihatkan kalau dah nampak simptom-simptom awal seperti ini...janganlah sesekali nak cuba sebarangan produk itu dan ini....kalau serasi Alhamdulillah...kalau sebaliknya, aduhai....merana!!!....Bagaimanapun semua ini adalah dengan keizinanNya....Mendapat penawar apa jua penyakit adalah dengan izinNya. Sebagai manusi biasa Ct hanya berusaha tetapi Allah jua yang menyembuhkannya. Alhamdulillah....Untuk perkembangan seterusnya setelah 2 bulan menjalani rawatan...klik cosmedic clinic part 3

Last sekali.....nak kongsikan juga gambar princes Ct.... hehe

Puteri-puteri Ct.....



Khamis, 4 Disember 2014

COSMEDIC CLINIC MELAKA, KLINIK PAKAR KULIT MAMPU BAYAR....


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Alahan pada kulit wajah adalah satu mimpi buruk kepada kaum wanita. Kali ini Ct nak kongsikan pengalaman Ct yang telahpun mengalami masalah kulit wajah yang boleh dikatakan agak serius. Kisah bermula selepas Raya Aidilfitri 2014. Biasalahkan sebelum balik bercuti panjang sediakan stok krim muka. Tak sangka pulak set ke-empat yang Ct guna meninggalkan kesan alahan pada wajah. Pada peringkat awal ruam timbul, dan lama-kelamaan timbul jerawat hingga penuh di kawasan yang paling kerap kita tepek krim tu.


Risaunya hati pada masa tu Tuhan sahaja yang tahu. Pada masa ni suami jer ler tempat mengadu kerisauan. Atas nasihat seorang rakan saya ke klinik berjumpa doktor, tapi bukan pakar kulit, jadi kesan tak seberapa...alahan masih terus berlaku. Langkah seterusnya ke Farmasi, pun tak berkesan.

setelah 4 set Ct guna....kesannya sekarang Ct dapat.....
(mungkin ia sesuai dengan kulit orang lain)

Antara produk yang Ct guna untuk atasi alahan masalah kulit muka Ct....tetapi gagal
(mungkin ia sesuai dengan orang lain)

Akhir sekali Ct dapat informasi dari seorang rakan yang memperkenalkan Ct pada COSMEDIC CLINIC di Jalan Ong Kim Wee, Melaka. (Tel: 06 284 7478). Ct telefon no tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kos rawatan yang diperlukan. Alhamdulillah kos tidak terlalu mahal dengan kata lain mampu bayar.  Setelah berbincang dengan suami, kata sepakat diambil. Suami bersetuju menanggung seluruh kos rawatan kulit Ct. 

consultation Hours
Pada 29 December 2014 Ct pergi ke COSMEDIC CLINIC. Setelah berbincang dengan Dr. Shonali Sahni langkah pertama yang perlu dilakukan adalah CHEMICAL PEELING. Setelah selesai ubat diberi dan perlu diambil dengan betul. Alhamdulillah dalam masa lima hari sudah nampak perbezaan di kulit wajah Ct. Walaupun masih ada kesan hitam, tetapi jerawat yang mengandungi nanah sudah taida. Lagipun Dr. Shonali kata perlukan tempoh masa dua bulan untuk pulih.

cosmedic clinic

di hadapan cosmedic clinic

Ubat yang dibekalkan

krim siang merangkap sun block

krim malam
ubat makan....antibiotik ....satu biji sekali makan dua kali sehari.
 Bersama ini ada dibekalkan ubat tahan gatal (sudah habis)

pencuci muka....dua kali sehari


Kepada pembaca yang nak membuat kira-kira tentang kos rawatan ini, Kali pertama Ct pergi ke sini kos rawatan termasuk ubat dan CHEMICAL PEELING adalah RM465, dan rawatan susulan tiga minggu sekali perlu dibuat dan menurut doktor ia mengambil masa dua bulan. Dan menurut pembantu doktor pula, rawatan susulan jika kita inginkan CHEMICAL PEELING adalah rm200. He..he...kita boleh kira sendiri kan....kalau rasa nak kurangkan kos...pada rawatan pertama lagi boleh tolak rawatan CHEMICAL PEELING.....tapi kalau rawatan pada pertama kalinya kita dah ambil CHEMICAL PEELING....perlu teruskan pada rawatan susulan.

Semoga dengan adanya entry ini dapat membantu sedikit sebanyak para pembaca yang mengalami masalah sama seperti Ct. Pengalaman alahan pada kulit wajah Ct ini, membuka mata Ct supaya jangan sesekali mencuba apa sahaja jenis produk tanpa nasihat doktor. Hanya mereka yang pakar sahaja tahu jalan penyelesaiannya. InSyaAllah Ct akan update perkembangan Ct dari masa ke semasa. Bagi Ct masa 2 bulan yer. Lagi satu sebelum Ct terlupa..... Dr. Shonali Sahni very beautiful like  bollywood star......hehe.....kulit muka memang A+++++.....hihi...dan yang paling penting kita rasa selesa berurusan dengannya.

Untuk perkembangan rawatan Ct dan simptom-simptom awal masalah kulit Ct....klik sini