Selasa, 10 Mac 2015

COSMEDIC CLINIC MELAKA, KLINIK PAKAR KULIT MAMPU BAYAR PART 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah telah genap 2 bulan Ct menjalani rawatan di Cosmedic Clinic Jalan Ong Kim Wee. Dengan Izin Allah alahan produk yang Ct alami sejak Raya Aidilfitri 2014 telah pun pulih. Boleh dikatakan setahun jugalah. Kesilapan yang Ct lakukan adalah pandai-pandai buat rawatan sendiri, beli produk di Farmasi, pergi Spa buat facial muka, tanpa merujuk ke doktor apa masalah sebenar kulit muka Ct. Cuma baru dua bulan lepas Ct buat rawatan di Cosmedic Clinic dimana masalah Ct dah agak serius. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dipersilakan  baca  2 entry  Ct yang lepas klik Cosmedic Clinic part 2

Selepas lebih kurang 2 bulan mengambil  antibiotik yang dibekalkan oleh doktor dan menggunakan krim sapuan jerawat telah pulih sepenuhnya. Pada kali pertama jumpa doktor , doktor beritahu proses pemulihan dalam jangka masa dua bulan, ianya betul. Tetapi kesan jerawat hanya akan hilang dalam jangka masa 4 bulan....jadi Ct perlukan masa lagi 2 bulan untuk hilangkan kesan jerawat yang ada. Bagaimanapun Ct amat bersyukur kerana jerawat telah mati dan tiada jerawat baru yang timbul dan kesan jerawat juga makin hari semakin pudar. Untuk mengetahui kos keseluruhan sebelum ini Klik Cosmedic Clinic part 1. ditambah dengan kos baru appointment ke-5 Ct  RM355. Disebabkan kulit muka Ct yang sedikit gelap dan kusam doktor menyarankan supaya ct mengambil supplement Pynocare dan Vitamin C.

Pynocare RM 185 untuk pengambilan lebih kurang 3 minggu 2 biji sehari.


Setelah berbincang dengan suami, suami bersetuju, jadi on...lah, hehe...tapi Pynocare sahaja....Vitamin C lain kali...over budget pulak kalau ambil dua-dua sekali.....nak tengok hasilnya nanti dalam masa 3 minggu. Apa yang Ct tengok dalam isi kandungan Pynocare ni, ada 2 jenis supplement yang diperlukan untuk kulit seperti Vitamin C, dan Vitamin E ada juga ekstrak tomato.....dan lain-lain. Untuk mengetahui tentang Pynocare ni, cuba cari maklumat di google.



Semoga info ini dapat membantu wanita di luar sana yang mempunyai masalah yang sama dengan Ct. Sekali lagi Ct ingin memberitahu wanita di lauar sana,  jangan sesekali cuba itu dan ini kalau kulit muka dah bermasalah...jalan penyelesaian yang sewajarnya adalah jumpa doktor, bukan doktor sakit demam, tetapi doktor pakar kulit. Selebihnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya sesuatu itu terjadi dengan izinNya. 





13 ulasan:

  1. tomato mmg elok utk kulit ... muka sis masih lagi tinggalkan parut tapi dah berkurangan . sis guna alovera gel je ... sekrg ni jerawat nakal tu timbul balik ... adeh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ct nak cuba supplement ni Vee....cuba vee pegi klinik..makan antibiotik utk bunuh jerawat....tapi kalo tak teruk sangat jerawat tu..takper vee...setakat kuar dua tiga biji...normal ler tu kann.... thanks vee...

      Padam
  2. sis mcm mne kondisi kulit sis??sy ingt nk pergi la klinik nie..
    tp sedang mencari2 klinik yg bagus..
    lately muka naik jerawat..smpi malu nak keluar rumah..
    muka bernanah2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..jerawat dah takder....sekarang dlm proses memutihkan sikit muka dan hilangkan kesan jerawat sis dulu Ct pun tak berani angkat muka bila kuar rumah...terpaksa juga tebalkan muka pegi sekolah anak bila ada event..siap ada yang tanya "kena chiken pox ker"....haha..malas nak panjangkan citer iakan ajer........cubalah....dapatkan nasihat dulu dari doktor tu....consultation fee rm30 (memang kena bayarlahkan).....tanya kos rawatan semua.....pastu kita boleh buat keputusan sendiri nak teruskan ker tak...semoga berjaya yer sis...

      Padam
  3. akak .. sekarang muka akak macam mana ? saya pun nak pergi klinik tu kalau betul berkesan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sis....maaf yer lambat reply.....sekarang ni..muka dah kembali seperti asal....jerawat semuanya dah mati.....kesan pun semakin pudar....yang best nyer,,kalo ada jerawat sebiji dua yang nak timbul tu...tak jadi nak timbul....lepas sehari dua sapu krim malam....cubalah yer..dapatkan nasihat doktor dulu kat sana...selamat menjalani rawatan ya....salam perkenalan dari saya.....untuk lebih lanjut dan cepat dapat jawapan dari ct....terus ke fb ct yer....blog lambat sikit....terima kasih

      Padam
  4. Bgsnye ada pakar kulit kt Melaka...sy skrg ada mslh ...alahan Kosmetik...tk pnh kna sblm ni.kx ni alahan plak tukar Produk.muka jd kmerahan...agaknye Prut ke jumpa doktor pkar kulit ni

    BalasPadam
  5. Muka saya pun naik alahan sbb tukar produk pencuci muka.meretis2 naik.

    BalasPadam
  6. Untuk rawatan pertama berapa rm ye kak?

    BalasPadam
  7. Salam sis.. sy bc review sis mengenai klinik cosmedic dr Shonali. Actually sy pn sedang dlm rwtn kulit di klinik ni. Bole x sis share last solution yg doc bg ms sis dptkn rwtn utk last appointment. adakah doc tu suggest skincare dr klinik die or die bg suggestion skincare apa yg ssuai ikot kesesuaian kulit??

    BalasPadam
  8. Nice blog. In this blog, you have discussed how cosmetic clinics make payment to part 3 of the clinic payment. Also I observed some important facts about antibiotics. Thanks for sharing. Along with this article, I would like to share about the hamster pets which were established as popular small house pets.

    BalasPadam