Rabu, 10 September 2014

2014....tersingkapnya "Rahsia Penting"

Assalamualaikum...dan salam ukhwah.....

Lama rasanya tak update blog....hari ini rasa ringan pulak tangan ni untuk buka lappy dan bermain dengan keyboard.....

2014.....anak-anak sudah menjangkau usia enam dan tujuh tahun. Banyak perubahan yang Ct perasan tentang watak mereka samada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya anak sulong Ct, Nur Annaylly. Alhamdulillah kami dikurniakan anak-anak  yang cerdik dan cerdas dari segi fizikal dan mental. Mereka tidak mempunyai masalah dalam menerima segala bentuk pembelajaran "senang masuk" kata orang...Ct amat bersyukur atas kurniaan yang diberi..........Bagaimanapun ada kalanya apa yang terlontar dari percakapan mereka cukup membuatkan kita berfikir seketika, adakah apa yang kita cuba terapkan dalam diri mereka, diterima oleh minda separuh sedar mereka tau tidak. Apa yang Ct maksudkan bukanlah mereka sering mengeluarkan kata-kata kesat tetapi dari ayat-ayat yang dikarang oleh mereka.
Ct pernah membaca potongan ayat dalam bukunya yang berbunyi

......................Rahsia Penting Annaylly " Kakak sayang mak abah dan adik, tapi selalu kena marah, apalah gunanya"....................

Tersentap juga perasaan seorang ibu ketika membaca ayat tersebut. Walaupun hanya sepotong ayat, tapi percayalah ia mempunyai maksud yang mendalam. Sebagai seorang mak....jauh di sudut hati amat risau apa yang dimaksudkan sebenarnya oleh anak sulong yang baru berusia 7 tahun. Adakah dia merasakan bahawa mak tidak sayang padanya???? 
Tindakan yang Ct ambil selepas membaca ayat  tersebut ..........Peringkat permualaan Ct membetulkan sedikit ayat dan ejaan yang dibuat. Kemudian......Ct meminta kebenaran dari kakak untuk menulis di satu ruangan bersebelahan dengan ayat yang dikarang sebelum ni

........................"mak dan abah juga sayangkan kakak, segala yang mak lakukan selama ini adalah untuk menjadikan kakak seorang anak yang berguna pada masa akan datang"..............................................

Kemudian Ct bertanyakan kepada kakak......faham tak apa yang mak tulis???? Kakak mengannguk sambil menutup muka dengan buku tersebut....Alhamdulillah dengan pantas kakak memadam ayat yang sebelum ni dan menulis

.......................................Rahsia Penting Annayly " Kakak senarnya sayang mak dan abah begitu juga adik, I Love my mummy and daddy"..................

Alhamdulillah bersyukur rasanya setelah membaca ayat baru yang ditulis oleh kakak.....Bagaimanapun Ct sedar ....selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pembimbing kepada dua puteri yang dianugerahkan Allah ini.... Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dariNya Amin......
Nur Allysa 6 tahun dan Nur Annaylly 7 tahun

kalau suruh posing no 1

Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat kelak