Isnin, 3 Jun 2013

BERCUTI DI TANJUNG RESANG.....MERSING JOHOR

Sempena cuti sekolah, kami berkesempatan meluangka masa bersama-sama keluarga di kampung halaman berkelah di pantai Tanjung Resang, Mersing. "Family gathering" ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Memandangkan kami tinggal di Melaka dan suami bekerja, kami hanya bekesempatan ikut serta "family gathering" ini pada hari ketiga. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga, tetapi pengalaman turun ke laut menangkap ikan segar amat menyeronokkan. Perasaan teruja bertambah-tambah apabila hasil tangkapan memberangsangkan. Antara hasil tangkapan adalah  lobster, ketam, ikan pari, sotong, dan pelbaga jenis ikan termasuk ikan kerapu. Lebih menyeronokkan apabila dapat merasai kemanisan rasa makanan laut yang dibakar sejurus selepas naik dari laut...memang lazat tak terkata....
semasa air surut  kenderaan pacuan empat roda boleh sampai ke tengah laut

hari berikutnya.....menaikkan peralatan tangkapan ikan
mak dan abah pun tidak ketinggalan

hasil tangkapan..sedia untuk dipanggang

ikan bawal dan ikan kerapu

beraksi sebagai seorang nelayan

ikan pari yang dipanggang

kanak-kanak tidak melepaskan peluang

lobster

Tidak ketinggalan belangkas....

Belangkas...untuk dijadikan santapan, perlu tahu cara untuk membuang racun yang ada di bahagian badannya. Jika tidak mendatangkan mudarat kepada si pemakan.tak banyak isi yang boleh dimakan, tetapi setelah dibakar, telurnyalah yang dicari-cari, sedap juga rasanya. Di setengah tempat, belangkas dimasak lemak ataupun sambal merah.

Ketam masak lemak.....

Ketam masak  lemak memanglah sedap, apatah lagi ketam baru naik dari laut, memang manis rasanya.

Apabila berjumpa dengan sepupu, Nur Annaylly dan Nur Allyssa yang paling gembira sekali.....







Allyssa bersama sepupu bergambar di tempat penginapan kami


2 hari 1 malam...rasanya tak cukup untuk terus merasai keseronokan berada di tepi pantai. Dengan kedinginan angin malam yang mengasyikkan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang dapat dikongsikan adalah pergilah bercuti bersama-sama keluarga, nescaya akan hilang walau tidak banyak, resah atau masalah yang sering mengganggu fikiran.