Isnin, 13 Januari 2014

ANAK PERLUKAN PUJIAN......MAJALAH : SUBUR KEBAIKAN DENGAN PUJIAN

Salam untuk semua...

Kali ini Ct nak kongsikan 8 tip untuk memberikan pujian kepada anak-anak. Tips ini Ct perolehi dari majalah Anis dan ditulis oleh Perunding Motivasi Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

1. Disegerakan
Apabila anak membuat kebaikan terus berikan pujian pada masa itu juga dan jangan lupa diselitkan unsur-unsur islamik. Contoh ayat "Ibu syukur sangat Allah kurnikan pada ibu seorang nak yang membantu ibu mengemas rumah". Setelah selesai "Terima kasih kakak, semoga Allah berikan rahmatNya kepada kakak".

2. Ikhlas dari hati
Anak-anak dapat merasai keikhlasan kita memberi pujian dari deria keenam mereka. Pujian ikhlas dapat dipupuk dengan cara memandang tepat kewajahnya, berilah sentuhan seperti mengusap kepala, menyentuh bahu, menepuk belakangnya atau apa sahaja yang bersesuaian.

3. Spesifik dan jelas
Tidak perlu berkias dalam memuji anak. Mereka masih belum faham bahasa kiasan. Contoh ayat ketika memuji prestasi belajar anak-anak:
"Alhamdulillah, bagusnya, Aiman ada peningkatan sekarang" (salah)
"Alhamdulillah, bagusnya, markah keseluruhan Aiman meningkat. Mak suka sebab markah matematik yang dulunya 50 peratus kini dapat 83 peratus. Bagus, teruskan" (betul)

4. Puji depan orang lain
Semua orang suka dipuji, begitu juga dengan anak-anak. Cuba puji kebaikan yang mereka lakukan di depan adik beradik yang lain, datuk, nenek, kawan-kawan dan sebagainya. Ini akan memberi suntikan moral untuk anak-anak terus berbuat baik dan meletakkan standard baru tentang tingkah laku mereka.

5. Realistik dan tidak berlebihan
Puji dengan berpada-pada dan tidak ditokok tambah kerana pujian yang melampau hanya akan merosakkan anak-anak.

6. Guna orang ketiga
Maksudnya ibu atau bapa memberitahu kepada anak bahawa ada orang yang memujinya. Contoh ayat "Kakak semalam abah puji kakak . Abah kata dia suka dengan cara kakak berpakain, sopan. Alhamdulillah kurang dosa abah di depan Allah". Dengan cara ini, anak akan seronok dan akan kekalkan cara dia berpakaian itu.

7. Puji perbuatannya bukan orangnya
Apabila memuji, kita bukan memuji orangnya sebaliknya kita memuji pencapaiannya, sikap, tingkah laku, tutur bicara dan perbuatannya. Jika kita memuji orangnya, kita memberinya racun bukan menyuburkan kebaikan. Kata-kata seperti adik pandai, adik cantik dan adik baik terlalu umum dan lebih kepada memuji orangnya. Cuba fikirkan kalau pandai, apa perbuatannya yang membuatkannya pandai? Mungkin kerana rajin baca buku, rajin pergi sekolah. Kalau cantik apa perbuatannya yang membuatkannya catik? Mungkin sebab dia rajin sikat rambut, rajin jaga kebersihan diri. Kalau baik apa perbuata yang telah dilakukannya? Mungkin rajin menolong ibu, rajin membantu adik.

8. Tidak disulam dengan kata-kata negatif
Jangan sesekali ayat memuji diikuti dengan sikap negatif sebelumnya. Contoh ayat " Baguslah kakak rajin menolong ibu sekarang, kenapalah dulu kakak tak macam ni" 
Wah! rajin sungguh kakak belajar setelah pulang dari kem motivasi, jangan seminggu dua sahaja sudahlah ya".

Kesimpulannya ibu bapa perlu kreatif dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Sifat-sifat positif harus menjadi kebiasaan dalam menjalani kehidupan seharian dan seharusnya meninggalkan terus sifat-sifat negatif yang hanya akan merosakkan minda seterusnya menjurus ke arah kerosakan akhlak anak-anak dewasa kelak. 





Ahad, 12 Januari 2014

"ISTERI SAYA"

"isteri saya seorang surirumah, tidak bekerja.....bangun pagi buat sarapan, basuh baju, sidai baju, siram pokok bunga, sapu halaman rumah, mengajar anak, masak makan tengahari, makan tengahari dengan keluarga, kemas dapur, gosok baju, angkat kain, lipat kain, sediakan makan malam, makan malam, kemas dapur, mengajar anak, siapkan beg anak untuk sekolah esok dan update blog....ini routine hari ahad, hari org yg bekerja cuti, nanti hari org lain cuti isteri saya akan hantar anak ke sekolah dan mengaji + routine hari ahad....tang mana mana surirumah ni takde kerja?...terima kasih isteri saya...rasanya suami2 yang lain pun kena ucap terima kasih pada isteri masing2 kot....what say u?" 

Salam untuk semua....

Alhamdulillah......12 Januari 2014 hari bersejarah buat Ct sebab tercatatnya satu pengakuan dari seorang insan bergelar suami......statement kat atas tu suami Ct yang buat.....Macam biasalah selepas siap semua kerja rumah, barulah Ct menghadap fb...tiba-tiba terkeluar statement ni...mula-mula tu macam tak percaya juga suami Ct buat statement macam ni....maklumlah suami Ct ni memang jenis yang susah memuji lebih-lebih lagi bab urusan seharian Ct....memang jarang....jadi bila adanya statement macam ni...tak taulah nak digambarkan betapa cerianya hati ini....

suami bersama pelajar Akademi Laut Malaysia


Inilah suami tercinta Ct

Ct dan suami.....

Sebagai surirumah....perkara yang paling menggembirakan adalah memiliki keluarga yang penuh dengan kasih sayang, dikurniakan anak-anak yang solehah dan melihat  kejayaan suami. Walaupun mulut selalu berleter itu dan ini, tetapi pada hakikatnya perasaan sayangkan keluarga lebih dari segalanya. Kepada para suami....sentiasalah menghargai para isteri walaupun mereka tidak membantu dalam menambahkan jumlah wang dalam akaun bank anda. Hargailah mereka walau dengan sepotong ayat....In Sya Allah isteri akan amat menghargainya.






Jumaat, 10 Januari 2014

DIDIK ANAK MENABUNG DI USIA 6 - 7 TAHUN

Salam untuk semua....

Menyentuh tentang wang belanja yang dibekalkan kepad anak-anak di usia 7 tahun, berapa agaknya wang saku yang dibekalkan kepada anak-anak yang berumur 7 tahun?... Rata-rata para ibu yang Ct tanya minimum yang mereka bekalkan adalah RM2. Ooooopsss...nampak gayanya Ct lah yang paling sikit beri wang saku kepada puteri sulong Ct... Annaylly...RM1. Bagaimanapun Ct ada alasan Ct sendiri.

Alasan pertama... kerana Annaylly belum berapa faham tentang duit. Dengan membekalkan wang saku RM 1 diharapkan Annaylly dapat membiasakan diri dengan jumlah tersebut...elak dari  terkeliru.  

Alasan kedua....Annaylly ada bawa bekal dari rumah, untuk elakkan daripada Annaylly kelaparan sekiranya tak sempat untuk membeli makanan di kantin.....

Alasan ketiga...Annaylly ada bawa minuman sendiri..

Alasan keempat....sebenarnya Ct tak berapa gemar Annaylly makan makanan di kantin...lebih terjamin rasanya makan bekal sendiri...

Alasan kelima.....walaupun ini alasan kelima tetapi ia adalah motif utama Ct dan suami....untuk mengajar Annaylly tidak berbelanja dengan boros....setiap hari kami nasihatkan Annaylly supaya memastikan akan ada duit baki dari RM1 yang dibekalkan. Memanglah nampaknya macam kejam ...apalah yang dapat dibeli dengan RM1 kan...tetapi Alhamdulillah setiap hari Annaylly pulang ke rumah dengan wang baki di tangan.

Ct nak kongsikan sedikit bagaimana caranya untuk memujuk Annaylly supaya menyimpan baki wang sakunya.... Kami telah sediakan tabung kosong untuk mereka adik beradik bermula tahun 2014. Perjanjiannya adalah mereka boleh beli apa sahaja yang mereka mahukan dengan wang baki dari wang saku mereka. Jimat mereka berbelanja maka cepatlah mereka akan mendapat apa yang mereka inginkan. Apalagi Annayly pun berusaha untuk menyimpan wang sakunya setiap hari. Untuk Annallyssa kami berikan 50 sen setiap hari..dan terus dimasukkan ke dalam tabungnya kerana Allyssa tak prlu berbelanja, Pra sekolah ada disediakan makanan.

Hasil tabungan Annaylly bermula awal pesekolahan

Ini pula hasil tabungan Allyssa bermula awal persekolahan

Diharapkan semoga teknik ini akan dapat mendidik kedua-dua puteri kami akan peri pentingnya berjimat cermat dan pandai menghargai nilai wang...Ini adalah teknik kami untuk mendidik anak....bagaimana pula dengan teknik pembaca yang lain yer....perkongsian dari rakan pembaca amat dialu-alukan.....dipersilakan.....

Rabu, 8 Januari 2014

CEPATLAH PANJANG SEMULA

Salam untuk semua....

"Penyesalan yang tak berpenghujung"...itulah ungkapan yang dapat diberikan setelah kedua-dua puteri "ANNALLYSSA" potong rambut....pada mulanya memanglah berat rasa hati ini untuk membuat keputusan memotong rambut  mereka...sampailah pada hari pendaftaran pelajar tahun 1 dan pra....mak berkata "rasanya kena potong rambut diorang ni..takut pagi tak sempat pulak".....di sekolah Abah berkata...."lepas  ni kita pergi potong rambut" HOOreyyy!!!! puteri-puteri kami bersorak. Memang dah lama mereka ni meminta untuk dipendekkan rambut, cuma Ct  dan suami yang tak bersetuju. Nak dijadikan cerita hari tu tergerak pula untuk memotong rambut mereka...dengan sekali lafaz....terus jadi....aduhai.....sampai sekarang tak habis rasa menyesal....apatah lagi bila melihat gambar-gambar lama mereka berabut panjang....sayu pulak rasanya....Bagaimanapun hati ini sering berkata..."kan ker rambut ni boleh panjang semula"......sentiasa memujuk hati untuk terima hakikat bahawa rambut mereka sudahpun pendek....


Ada kalanya peristiwa ini menyebabkan Ct terfikir....ini baru sedikit Tuhan ambil balik keistimewaan yang diberikan..."rambut"....belum lagi perkara-perkara besar yang lainnya...membuatkan Ct mengimbau balik sikap Ct terhadap anak....ye lah kan adakalanya kita ni terlepas geram dengan sikap anak kita...tak dapat tahan marah...kurang sabar dengan kerenah anak...Bagaimana kalau.......Oh...tidak!!!!! jauhkanlah dari berfikiran negatif... Alhamdulillah....bersyukur atas segala pemberianNya...akan Ct hargai dan tatang sepenuhnya puteri-puteri kami hasil kurnianNya kepada keluarga kami....

Puteri bongsu

permata hatiku...


Selasa, 7 Januari 2014

MINGGU ORIENTASI DARJAH 1

Salam untuk semua....

28 January 2014...hari pendaftaran......diikuti sesi ujian saringan untuk menentukan kelas....Alhamdulillah puteri sulong Nur Annally telahpun menjejakkan kaki ke darjah 1 ,  di Sek. Keb.Othman Syawal Kuala Linggi. Puteri Bongsu juga di sekolah yang sama tetapi di Pra Sekolah. 

ceria selalu....
 2 January 2014..sesi persekolahan bermula

perhimpunan...untung diorang dapat duduk zaman kita dulu sampai nak pitam rasanya kena berdiri...

dalam kelas

belum start belajar pun....tapi mesti nak keluarkan barang....excited sungguh..


mendengar penjelasan guru kelas


sempat lagi posing...

Alhamdulillah..Annaylly dan Allyssa tidak banyak kerenah sewaktu bermulanya sesi pesekolahan. Mereka pandai membawa diri, hanya perlu menguruskan urusan pembayaran dan menghantar mereka ke kelas yang telah ditentukan...