Khamis, 26 Disember 2013

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 2 : HOTEL EQUATORIAL, KEA FARM BRINCHANG


Part 2....masih  hari pertama....sambungan entry sebelumnya

Sampai saja di Equatorial Brinchang labih kurang jam 2.30 pm.....apa lagi posing ler dulu...Nak dijadikan cerita...masuk jer hotel tak ada air cond ler pulak...hahaha...baru tau penginapan di Cameron tak perlu hotel memang dah sejuk dah....


barulah ceria muka ANNALLYSSA

cantiknya bunga di sebelah tu..tapi menurut assistant hotel bunga ni tak subur di tanah bawah

rasa nak masuk jer dalam air tu

Sampai jer terus mandi

posing ler...

Siap sedia nak meneroka Cameron

Pekan terdekat dengan tempat penginapan Kea Farm

Brinchang...tapak pasar malam paling hot di kawasan ni

Antara penyebab kesesakan lalulintas...asal lalu saja mesti jammed...

ke Tanah Rata...katanya Tanah Rata tempat paling sejuk

Replika buah-buahan hot di Cameron

Dataran Tanah Rata...pandai-pandai jer bagi nama...

kat sini pun nak posing...

suhu 22 darjah celcius
alahai bunga cantiknya kamu....

sukalah ANNALLYSSA dapat taman permainan

 Setakat hari pertama...percutian masih lagi menyeronokkan masih banyak lagi tempat-tempat yang belum diterokai...Cuma...tak berapa sejuk lah pulak rasanya...biasa-biasa jer...

baca seterusnya...part 3

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 1 : LEBUHRAYA SG. BULOH KE LEBUHRAYA GUTHRIE KE RTC PERAK KE SUSUR KELUAR SIMPANG PULAI



Part 1...hari pertama.....

Tahun 2013....... tercatatnya diari kehidupan menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron Highland. Pada 22 hb 12 2013, kami memulakan perjalanan dari Kuala Sg. Baru Melaka seawal jam 7 pagi.  Perjalanan bermula dari lebuh raya Port Dickson menuju  ke lebuh raya Guthrie untuk mengelakkan kesesakan.  Setelah lebih kurang 4 jam perjalanan kami singgah di kawasan rehat RTC Perak. Kawasan rehat ini special sikit, ia besar dan sempat jugalah membeli belah di Mydin untuk bekalan di Tanah Tinggi nanti.

sempoi jer ...di lebuh raya menuju RTC perak

driver dah penat nak melunjurkan kaki katanya

Kawasan rehat ni besar...boleh lah dikatakan semuanya ada....


Tidak lama kemudian kami sampai di susur keluar Tapah, tapi menurut suami jalan dari Tapah menuju ke Cameron susah sikit...jadi kami teruskan perjalanan...menuju ke susur keluar Simpang Pulai...


Jalan Tapah menuju Cameron bengkak bengkok
kami keluar menggunakan susur keluar simpang pulai

puteri bongsu...dah boring dah sebab lama sangat perjalanan

puteri bongsu maintain..hppy jer...

dah nampak dah keadaan mukabumi Cameron...

akhirnya...sampai pun...

antara gerai  orang asli di sepanjang jalan menuju ke Cameron

nampak tu macamana keadaan jalan di sini..kalau melaui Tapah tak tahu lah macamana...
Sepanjang perjalanan mendaki....pemandangan memang cantik, aman damai rasanya, semakin lama perjalanan semakin terasa kesegaran angin sebab tu lah kami tidak menggunakan air cond kereta buka tingkap dan rasai kesegaran angin memang nyaman...Ahamdulillah walaupun baru pertama kali pergi Annallyssa ok dan tidak muntah-muntah cuma bosan jer berada lama dalam kereta. Jadi kami pun berhenti seketika dan posing....memang terasa kesegaran udaranya....





antara perkampungan orang asli di sepanjang perjalanan...tak sempat nak snap jadi minta ehsan google
Alhamdulillah setelah lebih kuang 6 jam perjalanan kami sampai di tempat penginapan kami di Hotel Equatorial  (Kea Farm, Brinchang). Bagaimanapun ada sedikit perasaan terkejut melihat kiri dan kanan jalan amat jauh beza dengan pemandangan semasa perjalanan tadi.....

gunung ganang gondol disebabkan aktiviti pertanian

aktiviti pembinaan juga mencacatkan sedikit pemandangan
Tapi bila difikirkan balik, kalau tak ada semua aktiviti ni mana datangnya pembangunan di tempat ni kan....hhmmmm..betul ler kata orang kalau inginkan sesuatu perlu korbankan sesuatu....

Baca seterusnya part 2