Selasa, 3 Mei 2016

DIY LAMAN RUMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk  tinggal di rumah sendiri. Bulan 11 tahun ini, akan genap setahun kami tinggal di rumah baru kami setelah 10 tahun kami hidup berpindah randah menyewa rumah orang, tapi taklah teruk sangat kehidupan kami pada masa tu. Selesa tetap selesa, cuma taklah sama tahap keselesaan tu dengan rumah sekarang ni.

Errrmm.. tak tau nak mula dari mana. Sebenarnya Ct nak cerita tentang mini garden Ct yang Ct beri nama "Annallyssa Orchid House"... yang baru jer wujud semalam ... 2 mei 2016 setelah hampir sebulan (tolak waktu bekerja) suami Ct berusaha mengerah tenaga 4 kerat dibasahi peluh dan hujan gerimis.....maklumler sekarang ni jarang hujan lebat..Setelah anak kami bosan sebab jarang dapat keluar jenjalan.....dan setelah Ct sendiri sedikit sun burn dipanah elnino...hehe...takper janji dapat apa yang diimpikan selama ni. Terima kasih en. OBA aka my husband...

Semua ni terlaksana selepas plan awal dibuat sebelum kami dapat kunci rumah lagi. Setelah lebih kurang 5 bulan di rumah baru, dan dekorasi dalam rumah pun dah selesai, barulah kami mula buat dekorasi luar laman pulak. 

Semua idea datang dari suami Ct...Ct cuma tokok tambah dan dok komen jerkk....(nasib baik suami buat tak faham).... dan tolong mana yang boleh jer. 100% dibuat oleh suami Ct kecualilah bahan mentah seperti kayu, skrew, pelbagai tool, itu memang tak boleh nak buatlah, semuanya order..hihi..ada juga yang pinjam jiran...terima kasih jiran yang prihatin...., dan kebanyakan barang suami beli kat kedai DIY, sampai anak dah naik jemu keluar masuk kedai tu. Dari kayu yang sebatang tu, suami Ct skrew satu persatu...(perlukan kesabaran untuk cantumkan kayu-kayu tu) dari batu bata yang seketul tu, suami Ct susun jadikan dekorasi..... ishh..pelik juga mana pulak suami Ct dapat idea tu. Pada mulanya Ct was-was juga....tapi hasilnya memang Ct suka sangat macam tak nak masuk rumah pulak....nak dok bawah tu jerkkk...hihi

Jadi...silakan tonton mini garden Ct yang dihasilkan oleh my beloved husband dibantu oleh puteri -puteri cilik kami.....dan dengan izin Allah...







puteri-puteri kami tu.. masa cuaca redup...

panas petang....

tempat orkid ni nanti...

tempat lepak petang-petang....takpun pepagi...

setiap penjuru kena skrew
semuanya perlu skrew
Apa yang Ct sedikit terkilan....gambar-gambar sebelum dan semasa projek dijalankan semuanya hilang.....hand phone pulak problem..huhu....Tapi tak apalah kan....gambar selepas pun jadilah untuk dijadikan kenangan





ini jer yang ada gambar sebelum...hihi..inipun gambar rumah jiran yang belum berpenghuni





Isnin, 21 September 2015

DIY DEKORASI RUANG TAMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pasti ramai yang mengetahui seni taman dalam kaca. Kebiasaannya ia dihasilkan untuk menambah dekorasi di dalam rumah agar kelihatan hijau dan segar, sedap mata memandang. Memang benar kehadiran tumbuhan hidup dalam rumah walaupun tidak banyak  akan menaikkan  seri dekorasi dalaman terutama di ruang tamu. Kali ini Ct nak berkongsi keindahan cactus dalam kaca yang diletakkan disatu sudut ruang tamu rumah CT....

sebelum

tanpa dekorasi


renjis seminggu sekali 


tambahkan dekorasi piring mengandungi tulisan cina bermaksud bulan dan matahari

rak ini adalah padanan "dressing table" dalam bilik....kami pisahkan dan lekatkan sebahagian di dinding....

inilah rupanya disatu sudut ruang tamu


Selain dekorasi taman dalam kaca boleh juga ditambah dengan hiasan kaligrafi Islam. Suami Ct buat sendiri menggunakan tile....












Antara proses membuat kaligrafi Islam.....
senang nak carikan semua barang ni...

print out kaligrafi dari internet....dan buat ukuran yang patut (ini ketika proses membuat kaligrafi menggunakan tile kecil)

anak nak tumpang posing....

ukuran kena betul supaya bentuknya sama dan sekata



Seronok dan puas hati rasanya bila kita buat sendiri apa yang kita inginkan untuk rumah kita. Idea suami isteri dikongsi bersama. Tak kisahlah apa orang kata, cantik ker atau tidak, yang penting nampak cantik pada pandangan mata kita sekeluarga. Sekian sahaja untuk entry kali ini. Terima kasih kerana membaca.....jemput ke entry yang sebelum ini tentang kabinet 4G glass.

Khamis, 17 September 2015

CERITA YANG TAK PERNAH SUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Dua tiga hari lepas hati benar-benar tersentak apabila terbaca status rakan fb yang berbunyi......"BETUL, DAN SOKONG SANGAT...SANGAT TERKEJUT BILA TERJEBAK DALAM SUASANA ORANG SUKA BERTANDING NI......DAN....APATAHLAGI BILA DIA SURI DAN  SAYA BEKERJAYA...ADUHAI......UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI...."

Status ini adalah rentetan dari cerita yang dikongsi di newsfeednya. Perkara yang dikongsi memang bagus untuk dibaca tetapi tajuk status yang seakan-akan wujud perbezaan antara suri rumah dan wanita bekerja amat tidak sedap didengar...... Kenapa mesti ada ungkapan APATAHLAGI BILA DIA SURI DAN SAYA BEKERJAYA.....

Kenapa perlu ada perbezaan antara wanita surirumah dengan wanita yang bekerja. Pada Ct, kita sama sahaja...tugas  terhadap suami dan keluarga lebih penting dari "kerjaya" yang kita miliki. Ya memang betul dengan "kerjaya" yang kita ada kita dapat membantu suami dan lebih sedap didengar kita ada duit poket kita sendiri. Ya..memang betul juga wanita yang ada "kerjaya" lebih up to date dengan fesyen semasa, lebih ramai kawan, dengan erti kata lain lebih pandai bersosial. Mungkin kelihatan bosan menjadi surirumah kerana terperap di rumah. Tapi pada ct itu semua tak penting, apa yang penting adalah kita tau jaga aurat kita, dan lebih penting lagi, sejuk pada pandangan mata suami. tentang bosan di rumah pula, kebiasaannya surirumah akan keluar setiap hari dua tiga kali untuk hantar dan ambil anak sekolah. Hujung mingg pula kami sekeluarga memang akan keluar ambil angin walaupun bukan pergi ke tempat-tempat yang mahal, cukup sekadar beriadah bersama keluarga. Jadi tidak timbuul istilah bosan disini.

Ct selalu terfikir bagaimana agaknya wanita yang ada "kerjaya" menguruskan urusan seharian (bagi mereka yang tiada pembantu rumah). Dari sini sebenarnya Ct kagum dengan wanita yang ada "kerjaya". Iyalah balik kerja nak kena uruskan hal rumah pulak, membasuh, memasak (bagi yang tidak membeli lauk di luar), menguruskan hal sekolah anak, mengajar anak membuat kerja sekolah...dan seterusnya. Balik kerja tentulah penat. Berbanding kami surirumah....kami boleh buat semua tu tanpa ada gangguan. Rutin kami memang sama..bangun pagi, sediakan sarapan anak dan suami, kejut anak ke sekolah....Kemudian memasak, tiba masa ambil anak balik sekolah, hidangkan makan tengahari ank dan suami, kemudian siapkan anak untuk ke sekolah agama, hantar anak.....dan sebagainya. Kami juga melakukan perkara di rumah (Ct taknak guna istilah "kerja" kerana ia sebenarnya satu  tanggungjawab). Apa yang paling penting disini kami juga punya perasaan, tersentak juga hati ini apabila terbaca status yang membandingkan antara surirumah dan wanita yang bekerja. Pada hakikatnya wanita yang ada "kerjaya" juga surirumah. Tetapi surirumah separuh masa. 

Cukuplah sampai disini coretan kali ini. Kepada mereka (segelintir) yang masih ada perasan pandang rendah pada surirumah ni....Ct tak boleh ubah tanggapan anda....tetapi simpanlah tanggapan tu dalam hati sahaja, ataupun luahkan dengan suami....tak perlu rasanya dihebahkan kepada orang ramai. Kami surirumah juga ada perasaan..Fikir-fikirkanlah. Bagaimanapun kepada wanita yang ada "kerjaya"yang merasakan kita semua sama sahaja...Alhamdulillah terima kasih diucapkan. Kat  bawah ni Ct ada sertakan cerita yang dikaitkan dengan status rakan fb tersebut.......Cerita yang bagus untuk dikongsikan...sebenarnya tak ada kaitan langsung pun dengan surirumah.

Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil
Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng.
Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?
Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, "Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini". Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya.
Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya - hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak.
Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan.
Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau.
Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat.
Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa.




Isnin, 7 September 2015

KABINET ALUMINIUM 4G GLASS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.....

Lama rasanya Ct tak update blog...bz sikit kononnya...hihi..

Kali ini Ct nak kongsikan sikit tentang kabinet dapur pilihan Ct iaitu Kabinet dapur 4G Glass, warna lemon yellow + Golden yellow. Alhamdulillah setelah 10 tahun, impian untuk  memiliki rumah sendiri termakbul. Jadinya mulalah tercari-cari design kabinet dapur yang memenuhi citarasa Ct. Suami ikut jer...sebab katanya dia serahkan 90% keputusan memilih kabinet dapur kepada Ct...almaklulmah katanya itu adalah office Ct...bagaimanapun suami tetap memberikan idea, mana yang baik dan mana yang tidak sesuai, dan kami berbincang bersama-sama.

Tentu rakan sekalian pernah mendengar kabinet dapur pasang siap dari kilang. Nama lainnya kabinet dapur aluminium. Katanya, ia adalah pilihan sekarang memandangkan ciri keistimewaannya berbanding kabinet lain. Antara keistimewannya adalah:

  • kalis anai-anai
  • kalis minyak
  • kalis air
  • mudah untuk dilap sekiranya kotor
  • kalau dah boring dengan warna yang sedia ada boleh tukar warna
  • rumah tak kotor semasa proses memasang
Antara kelemahannya yang Ct perhatikan adalah:
  • kenalah rajin lap kerana cukupp mudah bercap-cap jari kita....
Semasa proses perbincangan dengan contractor....mereka menjelaskan perbezaan antara 4G glass kabinet dengan 3G glass kabinet....banyak juga yang diterangkan....tapi yang masuk dalam fikiran Ct adalah:
  • 4G glass lebih mahal berbanding 3G glass
  • 4G glass boleh pilih warna frame yang kita suka
  • 3G glass lebih murah 
  • 3G glass tak boleh pilih frame, warna aluminium tu kekal.....
Ini contoh dapur 3G glass (terima kasih kepada pemilik gambar yer.....sumber internet)


Ok....ini kabinet 4G Glass Ct.....

pintu kabinet - 4G glass

Fasa 1 pemasangan.....table top belum pasang lagi...(tak tau kenapa warna jadi macam ni)

Fasa 2 pemasangan....beserta table top granite

Fasa 3.....pemasangan kaunter beserta granite

Kaunter tak siap lagi

Kaunter dah siap

Alhamdulillah kabinet dapur dahpun siap.. ruang kosong atas oven, untuk microwave oven, belum letak lagi


Semoga entry kali ini dapat membantu rakan diluar sana yang sedang mencari kabinet dapur idaman....selepas ini Ct akan kongsikan pula ruang lain... seperti ruang tamu....terima ksih kerana singgah di blog Ct ya....
jemput ke entry seterusnya DIY ruang tamu



Selasa, 10 Mac 2015

COSMEDIC CLINIC MELAKA, KLINIK PAKAR KULIT MAMPU BAYAR PART 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah telah genap 2 bulan Ct menjalani rawatan di Cosmedic Clinic Jalan Ong Kim Wee. Dengan Izin Allah alahan produk yang Ct alami sejak Raya Aidilfitri 2014 telah pun pulih. Boleh dikatakan setahun jugalah. Kesilapan yang Ct lakukan adalah pandai-pandai buat rawatan sendiri, beli produk di Farmasi, pergi Spa buat facial muka, tanpa merujuk ke doktor apa masalah sebenar kulit muka Ct. Cuma baru dua bulan lepas Ct buat rawatan di Cosmedic Clinic dimana masalah Ct dah agak serius. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dipersilakan  baca  2 entry  Ct yang lepas klik Cosmedic Clinic part 2

Selepas lebih kurang 2 bulan mengambil  antibiotik yang dibekalkan oleh doktor dan menggunakan krim sapuan jerawat telah pulih sepenuhnya. Pada kali pertama jumpa doktor , doktor beritahu proses pemulihan dalam jangka masa dua bulan, ianya betul. Tetapi kesan jerawat hanya akan hilang dalam jangka masa 4 bulan....jadi Ct perlukan masa lagi 2 bulan untuk hilangkan kesan jerawat yang ada. Bagaimanapun Ct amat bersyukur kerana jerawat telah mati dan tiada jerawat baru yang timbul dan kesan jerawat juga makin hari semakin pudar. Untuk mengetahui kos keseluruhan sebelum ini Klik Cosmedic Clinic part 1. ditambah dengan kos baru appointment ke-5 Ct  RM355. Disebabkan kulit muka Ct yang sedikit gelap dan kusam doktor menyarankan supaya ct mengambil supplement Pynocare dan Vitamin C.

Pynocare RM 185 untuk pengambilan lebih kurang 3 minggu 2 biji sehari.


Setelah berbincang dengan suami, suami bersetuju, jadi on...lah, hehe...tapi Pynocare sahaja....Vitamin C lain kali...over budget pulak kalau ambil dua-dua sekali.....nak tengok hasilnya nanti dalam masa 3 minggu. Apa yang Ct tengok dalam isi kandungan Pynocare ni, ada 2 jenis supplement yang diperlukan untuk kulit seperti Vitamin C, dan Vitamin E ada juga ekstrak tomato.....dan lain-lain. Untuk mengetahui tentang Pynocare ni, cuba cari maklumat di google.



Semoga info ini dapat membantu wanita di luar sana yang mempunyai masalah yang sama dengan Ct. Sekali lagi Ct ingin memberitahu wanita di lauar sana,  jangan sesekali cuba itu dan ini kalau kulit muka dah bermasalah...jalan penyelesaian yang sewajarnya adalah jumpa doktor, bukan doktor sakit demam, tetapi doktor pakar kulit. Selebihnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya sesuatu itu terjadi dengan izinNya. 





Ahad, 8 Mac 2015

TALIPES..CTEV (Congenital Talipes Equinovarus Virus) SINGGAH MENJENGUK DI PERINGKAT AWAL KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena dengan hari kelahiran puteri sulong pada 28 hb 2 2015 yang lepas...terlintas pula difikiran untuk berkongsi cerita tentang kelahiran Anaylly....

Ok..dimulakan cerita. Anaylly dilahirkan pada 28.2.2007. Alhamdulillah sepanjang proses mengandungkan Anaylly tidak ada apa-apa masalah berat..... yang Ct alami, mabuk pun tak ada. Morning sicknes pun tak ada. Pendek kata, segalanya berjalan lancar.

Rutin check up Ct lakukan di Klinik Kesihatan Felda Air Hitam. Walaupun Ct tinggal di Melaka, kerana suami bekerja di Akademi Laut Malaysia, namun kami nak anak kami dilahirkan dengan kad pengenalan 01...Johorean lah.....hehe...

Sepanjang proses check up misi tak pernah beritahu anak dalam kandungan ada masalah, jadi Ct pun happy jer lah, walaupun misi pernah beritahu yang anak dalam kandungan tak pernah pusing, tak pernah pusing ya..bukan tak pernah bergerak...jauh bezanya tu... dan Ct anggap ia perkara yang tak serius, sebab misi tak kata apa-apa. Sehinggalah sampai minggu yang ke-30 misi masih mengatakan yang anak dalam kandungan masih tak pusing....maksudnya kepala ke bawah di mana bayi sepatutnya sudah tetap posisinya dalam pelvis dan sedang menunggu masa untuk perjalanan keluar. 

Hah!!!!...bermula dari sinilah hati Ct sudah mula risau....dan beberapa kali Ct dirujuk ke doktor pakar Hospital Kluang, dan doktor kata  Ct perlu menjalani 'Caesarean Birth' dengan kata lain operation. Adohai!!!!dah ler first time mengandung perlu pulak caesar....memang menggelabah ler juga. 

Sampai sekarang masih terbayang-bayang lagi macamana keadaan di bilik bedah tu...dengan badan kita yang separuh kebas kerana bius dimana satu suntikan sekatan spina yang menyebabkan bahagian bawah badan kita akan merasa kebas. Kesannya mata mengantuk dan pada ketika inilah perut atau abdomen kita di caesar, masih ngilu rasanya...apatahlagi yang menjalankan caesar tu pulak doktor lelaki dan pembantunya juga lelaki..malu juga..tapi nak buat macamana kan..redha jerler............ Tapi rasanya kalau kita tak nampak macamana abdomen kita di caesar rasanya tak ngilu sangat tapi...sekarang ni ada pulak video menayangkan bagaimana perut kita di cesar...itu yang lebih mengilukan...kannn....

Ok..selesai satu babak...Alhamdulillah semuanya selamat. Anaylly dilahirkan dengan berat 2.8 kg. Tetapi.......dengan kuasa Allah .....Anaylly dilahirkan dengan keadaan Talipes....pernah dengar tak?...Ct pun tak pernah dengar sebelum melahirkan Anaylly ....

Ok...kita cerita sikit tentang Talepis ni.... yang Ct dapat infonya dari google

Talipes adalah CTEV (Congenital Talipes Equinovarus Varus) nak senang kita panggil Talepis/kaki tombol. Ia adalah keadaan dimana bahagian hadapan kaki bayi melengkok ke dalam dan ke bawah. Ia kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding perempuan. dan nisbah kelahiran bayi yang berisiko mengalaminya adalah 1:1000. Ia jarang berlaku.

Antara punca terjadinya Talepis adalah
  • Bayi bersaiz besar iaitu lebih 4 kg pada kelahirannya, kekurangan air ketuban sewaktu mengandungkan.
  • faktor genetik
Rasanya Ct terlibat dalam faktor pertama, sebab keturunan Ct belum ada yang mengalami Talepis.

Talepis terbahagi kepada 2
  1. Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas
  2. Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakan yang penuh.
Bagaimanapun misi beritahu Ct supaya tidak terlalu risau. sebab katanya ia boleh pulih memandangkan tulang bayi yang masih lembut. Jadinya sekali lagi bayi Ct perlu dirujuk ke doktor pakar orthopedik untuk membuat pemantauan perkembangan kaki bayi CT. 

Doktor tetap Ct jumpa... tapi...usaha di rumah juga dilakukan. Emak Ct merangkap nenek Anaylly berbincang dengan bidan yang menguruskan Ct sepanjang Ct berpantang. Dan bidan menyarankan supaya kaki Anaylly diikat ketika dibedung....macamana ikat? Ct pun kurang pasti....yang pasti bukan ikat dengan kuat sepenuh hati....ikat untuk membetulkan posisi kaki tu sahaja. 

Alhamdulillah kaki kanan Anaylly boleh diperbetulkan. Sampai sekarang kaki Anaylly normal seperti kanak-kanak lain. Tentang punca sebenar mengapa kaki Anaylly Talepis hanya Allah yang tahu. Bagaimanapun andaian kami berdasarkan punca Talepis adalah ruang sempit yang menyukarkan Anylly bergerak semasa dalam kandungan, dikuatkan lagi dengan faktor Anaylly jarang pusing semasa dalam kandungan. 

Alhamdulillah kami sekeluarga menyifatkan Anaylly sebagai seorang kanak-kanak yang unik sejak dari peringkat kelahirannya. Ditakdirkan Anaylly lahir pada 28.2 sama dengan nombor plat kereta pertama kami 228  dengan berat 2.8 kg. Alhamdulillah semua ini ketentuan Allah. Dan pada tahun ini genap umur Anaylly 8 tahun pada 28.2.......banyak betul nombor 8 Anaylly. Kami bersyukur atas kurniaan Allah kepada kami. Puteri bongsu kami pula akan menyambut hari kelahirannya pada 14.10 nanti. InShaaAllah.

Sekitar sambutan ala kadar kami sekeluarga untuk puteri sulong kami....tahun ini kami beri kebebasan untuk Anaylly pilih hadiah hari jadinya....aduhai......dari Port Dickson hingga ke bandar Melaka kami sekeluarga mencari.....tapi tak juga berkenan dihati anaylly ...last sekali bawa pergi kedai buku... buku ini yang berjaya menarik perhatiannya....katanya nak buat diary.... Alhamdulillah........



hadiah yang menjadi pilihan Anaylly



 Trip pertama nak mencari hadiah Anaylly di Port Dickson.....

balik dari latihan taekwondo....dapat ice krim buterfly...bukan main seronok lagi....tak menyempat lagi nak salin baju terus kami ke PD

di DIY PD.....cari mainan tapi masih tak ada yang berkenan dihati Anaylly

adik berhasrat nak bagi kakak hadiah....loan duit abah.."balik nanti adik keluarga duit tabung"....katanya

penat cari hadiah tapi tak jumpa..perut pun dah lapar....makan nasi arab dulu

birthday girl.....kepenatan...kehausan

pilihan si adik....spageti

pilihan birthday girl..merangkap pilihan kami ibu dan bapa.....nasi arab
hadiah si adik untuk kakaknya

ini hadiah dari Ct...


Balik dari PD kami ke Masjid Tanah Melaka, untuk mencari kek dan sedikit juadah untuk sambutan hari lahir Anaylly.....

potong kek

kek pilihan Anaylly...

birthday girl

gambar lagi

potong lagi...

birthday girl

 Trip ke dua...pencarian hadiah Anaylly yang masih belum jumpa

posing dulu

sampai je di Melaka, perut pun lapar....makan nasi ayam penyet dulu

posing sebelum makanan sampai

sedap chicken wing goreng ni....pebret Anaylly

nasi ayam penyet
 Semoga Anaylly menjadi anak yang solehah...amin