Ahad, 10 Mac 2013

BUTTERFLY & REPTILE SANCTUARY

Salam untuk semua.....

Nama pun Taman Rama-rama...jadi dimulakan dengan gambar rama-rama....




Dikesempatan yang lepas, 9 February 2013, kami menghabiskan masa hujung minggu pergi ke Butterfly & Reptile Sanctuary atau lebih dikenali dengan Taman Rama-rama. Tempat ni tak jauh dari Plaza Tol Ayer Keroh. Tapi kalau dari Kuala Sg. Baru, mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami bertolak jam 9.00 pagi dan sampai jam 10.00 pagi.





Biasalah...sampai kat sana posing dulu anak beranak.  Lepastu perkara rutin, pergi ke kaunter tiket..alamak terlupa pulak nak ambil gambar kakak kat kaunter tu..Harga tiket rm12 untuk dewasa dan rm7 untuk kanak-kanak.  Tempat ni dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.


Sepanjang pengamatan kami, tempat ini ok, tapi lebih ok kalau dinaiktaraf. Tarikan utama tempat ini bukannya rama-rama tapi sebaliknya Koi Garden. Tak banyak spesis rama-rama yang boleh dilihat, kecuali di Muzium Rama-rama, memang ada banyak spesis rama-rama yanag cantik-cantik. Kalau nak tengok ikan koi, saya rasa tempat ini memang sesuai, cuba tengok gambar ini...

.
Annaylly & Allyssa main ikan koi di Koi Garden
jinak-jinak ikan kat sini

Annaylly & Allysa geram tengok ikan koi, nak pegang tapi takut

Ada banyak ikan koi diKoi Garden, cantik memanglah cantik, jinak lagi. Jangan kata Annayly dan Allyssa seronok, mak dia pun teruja. Selain ikan koi yang ada di kolam ini, ada satu lagi tempat untuk diletakkan ikan arapaima. Ikan arapaima tu, sekali pandang dah macam buaya.

Selain itu, terdapat juga haiwan lain seperti, buaya, iguana, pelbagai jenis cicak, katak, pelbagai jenis ular, emu, dan burung. Kesimpulannya, Taman rama-rama ini bolehlah dikatakan tempat yang seronok untuk kanak-kanak. Lagipun tempat ini tidaklah terlalu luas jika dibandingkan dengan Zoo Melaka. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, bolehlah berjalan-jalan di tempat ini.


antara buaya yang ada

telur emu tapi tak pasti original atau palsu

"besar nyer" kata Allyssa

kampung buaya
Annaylly dan Allyssa perhatikan burung emu "ini telur dia" kata Annaylly
nak pulak rama-rama ni mendarat kat suami

antara rama-rama yang ada
Rama-rama diberi makan nanas....

pemandangan ala kampung

ikan koi lagi....

dan lagi

menuju keluar

berehat sebentar

curam sikit tempat ni...berhati-hati

takut lah kononya...
Habis sudah satu Taman Rama-rama kami ronda.....

MELAKA BANDAR BERSEJARAH


sebelum kita bercerita tentang tempat-tempat menarik di Melaka, jom sama-sama kita imbas kembali zaman persekolahan kita dulu-dulu.. topik sejarah. sebelum tu saya nak bagi credit kepada ms.wikipedia.org/wiki/sejarah-melaka, sebab saya dapat maklumat mengenai sejarah melaka dari website tu.  kalau nak banyak lagi maklumat tentang melaka lawatlah website tu.

Sejarah Melaka 

SEJARAH MELAKA bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan upeti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi puteri Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.

Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.

Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.

Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.

Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.

Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Pautan berkaitan:
 m.swikipedia.org/wiki/sejarah_melaka
 http://zoommalaysiaku.com/tempat-menarik-untuk-dilawati-di-melaka