Jumaat, 21 November 2014

PENGHARGAAN



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Konvo anak.....tak kiralah anak berumur 5 tahun ker, 6 tahun ker, 7 tahun ker, dan yang seumpamanya....tapi kebiasaannya jika anak berumur 7 tahun ke atas tidak dipanggil konvo tetapi hari Quality....Entry kali ini bukan cerita tentang konvokesyen Institusi Pengajian Tinggi yer....

Bersempena dengan akhir tahun ini, tentu ramai ibu bapa yang post tentang kecemerlangan anak masing-masing di news feed fb masing-masing. Biasalah, ingin berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun kali ni Ct nak kongsikan sedikit kekecewaan terhadap sesetengah sekolah yang .......ermmmm tak tahulah nak kata apa...kurang prihatin ker...atau apa...atau mungkin sudah disarankan ketika mesyuarat PIBG...tidak perlu "piala" kecemerlangan kepada para pelajar. Yang perlu adalah hadiah berupa beg, alatan sekolah, buku cerita, buku latihan, dan sebagainya. Pendek kata barang yang tidak kekal lama. Errmmm....persoalannya, bagaimanakah carangnya nak menyimpan barang tersebut untuk jangka masa panjang, dengan kata lain kenang-kenangan apabila mereka meningkat dewasa kelak. Adakah kita perlu framekan beg, alat tulis, buku, dan sebagainya yang mereka perolehi ?.....

Oklah...jom cuci mata dengan gambar konvo pra sekolah dan hari Quality puteri- puteri ct

Konvo pertama puteri bongsu di D'Village Resort Melaka. 
beratur tunggu giliran

yang pakai jubah biru tua tu ler puteri bongsu ct.. Nur Allyssa

Konvo Pra sekolah ke-dua puteri bongsu di sekolah Othman Syawal Kuala Sg. Baru Melaka.

hihi...ambil gambar sendiri....banyak betul kepala orang..

Dah dapat sijil


semoga satu masa nanti akan berpakain seperti ini lagi di hari konvokesyen Institusi Pengajian Tinggi

dapat gambar "Cita-cita saya"

berpakaian selepas menyampaikan persembahan bercerita "The Magician Gift"


sedikit takut ketika menyampaikan cerita..tapi tetap mencuba yang terbaik
story telling "The Magician Gift"
Lagi satu persembahan....lagu Dari ulat jadi kepompong.........Allyssa jadi rama-rama...barisan hadapan sedang duduk.....




Ini pula hari Quality puteri sulong..Alhamdulillah ....

ambil dari jauh jer

puteri sulong Ct....tahun hadapan perlu lipatgandakan usaha.

Agak-agaknya apa pilihan ibu bapa diluar sana ya......cenderamata berbentuk barangan, ataupun piala sebagai kenangan apabila mereka dewasa kelak.