Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah telah genap 2 bulan Ct menjalani rawatan di Cosmedic Clinic Jalan Ong Kim Wee. Dengan Izin Allah alahan produk yang Ct alami sejak Raya Aidilfitri 2014 telah pun pulih. Boleh dikatakan setahun jugalah. Kesilapan yang Ct lakukan adalah pandai-pandai buat rawatan sendiri, beli produk di Farmasi, pergi Spa buat facial muka, tanpa merujuk ke doktor apa masalah sebenar kulit muka Ct. Cuma baru dua bulan lepas Ct buat rawatan di Cosmedic Clinic dimana masalah Ct dah agak serius. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dipersilakan baca 2 entry Ct yang lepas klik Cosmedic Clinic part 2
Selepas lebih kurang 2 bulan mengambil antibiotik yang dibekalkan oleh doktor dan menggunakan krim sapuan jerawat telah pulih sepenuhnya. Pada kali pertama jumpa doktor , doktor beritahu proses pemulihan dalam jangka masa dua bulan, ianya betul. Tetapi kesan jerawat hanya akan hilang dalam jangka masa 4 bulan....jadi Ct perlukan masa lagi 2 bulan untuk hilangkan kesan jerawat yang ada. Bagaimanapun Ct amat bersyukur kerana jerawat telah mati dan tiada jerawat baru yang timbul dan kesan jerawat juga makin hari semakin pudar. Untuk mengetahui kos keseluruhan sebelum ini Klik Cosmedic Clinic part 1. ditambah dengan kos baru appointment ke-5 Ct RM355. Disebabkan kulit muka Ct yang sedikit gelap dan kusam doktor menyarankan supaya ct mengambil supplement Pynocare dan Vitamin C.