Sabtu, 30 Mac 2013

ANAK AKTIF vs ANAK HYPERAKTIF

Salam untuk semua....kali ini jom kita cuba memperkatakan tentang anak..topik ini memang amat sesuai untuk para suri rumah.  Kadang-kadang bila kita melihat telatah anak-anak kita..adakalanya kita terfikir...normalkah anak kita ni?...akyif sangatkah anak kita ni?...pasif sangatkah anak kita ni?....macam-macam persoalan yang bermain di benak fikiran kita...jawapannya sebenarnya ada dalam diri kita sendiri. Kita sebagai ibu bapalah yang perlu menilai anak kita tergolong dalam kumpulan yang mana satu...setuju tak?


Anak Hyperaktif adalah anak yang mengalami gangguan pemusatan perhatian dengan hiperaktivitas (GPPH) atau Attention Deficit and Hyperacticity Disoder (ADHD). Menurut Kamus Wikipedia ADHD adalah gangguan perkembangan dalam peningkatan aktivitas motorik anak-anak hingga menyebabkan aktivitas anak-anak yang tidak lazim dan cenderung berlebihan. Hal ini ditandai dengan berbagai keluhan perasaan gelisah, tidak bisa diam, tidak bisa duduk tenang, dan selalu meninggalkan keadaan yang meletup-letup, aktivitas berlebihan, dan suka membuat ribut.

Dipendekkan cerita...anak hyperaktif mempunyai sikap tidak tahu duduk diam...ada saja perkara yang mahu dibuat.

ADHD adalah penyebab utama kanak-kanak menjadi hyperaktif...Antara gejala ADHD:
  • Tidak dapat memberikan tumpuan- mudah jemu dengan apa yang sedng dilakukan, menyebabkan kecuaian, gagal mendengar arahan.
  • Hyperaktif- Sikap ini mudah dikesan, seperti, kanak-kanak tidak suka duduk diam, suka meluru keluar rumah tanpa tujuan, tidak berhenti bercakap
  • Impulsife- kanak-kanak tidak dapat mengawal reaksi spontan mereka, contohnya, bertanyakan soalan bertalu-talu tanpa menunggu jawapan, tidak mahu menunggu giliran, suka menyampuk percakapan orang
Antara gejala lain ADHD:
  • Gangguan terhadap pencapaian akademik
  • menjejaskan hubungan sosial dengan rakan-rakan
  • Sukar mengawal emosi
  • Kerap mencederakan diri sendiri
Alhamdulillah, selepasa membaca satu artikel ke artikel lain, soal jawab saya terjawab. Pada mulanya saya risau juga memikirkan tentang puteri sulung saya, kerana dia memang aktif, boleh dikatakan semua ciri di atas terkena tempiasnya, cuma satu yang membezakannya, dari sudut pembelajaran. Alhamdulillah puetri sulung saya sudah pandai membaca pada usia 4 tahun, sebelum masuk ke tadika. Dan setakat ini Alhamdulillah, dia belum pernah menimbulkan masalah di sekolah dan pada usia 5 tahun iaitu tahap Tadika ada 3 anugerah dia dapat...Tokoh Pelajar Terbaik...Kedatangan Terbaik...Tempat ketiga dalam Pertandingan Tarian Peringkat Negeri...Sekarang pada usia 6 tahun puteri sulung saya di Pra Sekolah. Saya berdoa supaya puteri-puteri saya sentiasa mendapat keredhaan Allah dan terlindung dari segala perkara yang tidak diingini.






Selasa, 19 Mac 2013

ANAK PERMATA BERHARGA

"Lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling kritikal, dimana kemajuannya diukur berdasarkan pencapaian fizikal dan perkembangannya. Walaupun kanak-kanak secara amnya akan berkembang dan membesar pada kadar mereka sendiri, namun ibu bapa masih perlu perhatikan sebarang kelewatan perkembangan dalam tempoh ini. ibu bapa perlu memantau kemahiran kognitif, motor, sosial, dan bahasa kanak-kanak yang akan menyediakan mereka untuk peringkat zaman kanak-kanak seterusnya. Pemantauan yang teliti boleh membantu ibu bapa mengesan sebarang masalah yang mungkin memerlukan bantuan perubatan" sumber: http://www.mypositiveparenting.org/bm/cd_development.html

Menyentuh tentang ANAK PERMATA BERHARGA yang sering dilaung-laungkan oleh 'first lady' Malaysia, disinilah bermulanya peranan seorang suri rumah sebenarnya. Suri rumah dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan pada masa yang sama dapat memantau perkembangan anak-anak dan yang paling penting dapat memastikan adakah mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif terutama apabila mereka melangkah alam persekolahan. Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan, saya dapat merasakan terdapat banyak perubahan terhadap sikap ana-anak, walaupun mereka baru diperingkat pra sekolah. Mereka mudah terikut-ikut dengan sikap rakan yang ada kalanya kurang menyenangkan. Dengan adanya oarang yang sentiasa memerhatikan mereka, maka mudahlah perkara itu diperbetulkan.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ada ramai wanita bekerjaya yang pada masa yang sama dapat mendidik anak mereka menjadi insan berguna. 

Isnin, 18 Mac 2013

PETUA kurangkan rabun mata, menghilangkan bekas kurap dibadan, legakan perut memulas, keluarkan cacar air,menaikkan seri wajah, menghilangkan urat timbul dikaki, melembapkan kulit muka, meredakan batuk, melancarkan perjalanan darah, hilangkan lenguh dan letih, merawat tumit kaki pecah


KURANGKAN RABUN MATA


Parut 20 helai daun sirih dan kunyit. letakkan di atas penapis, lalu tuangkan air panas. Minum airnya segelas setiap hari

MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN

Bakar kulit kerang selama 20 minit. Apabila kulit kerang terbakar, jirus dengan air panas. Tumbuk halus kulit kerang dan campurkan dengan satu sudu belerang kuning, biarkan ia sebati selama 1 jam. Kemudian campurkan dengan setengah cawan minyak tanah, dan sapukan pada bekas kurap.



LEGAKAN PERUT YANG MEMULAS

Rebus hingga mendidih pucuk ciku, dan minum air setelah sejuk.







MENGELUARKAN CACAR AIR

Rebus, lima helai daun jarak, lalu dimandikan mereka yang terkena cacar air. Pastikan air mandian suam. Gosokkan juga daun jarak yang sudah direbus pada badan pesakit. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.





MENAIKKAN SERI WAJAH

Gunakan daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan. Sapukan pada seluruh wajah dan tubuh ketika mandi. Tunggu beberapa saat sebelum wajah dibersihkan dengan air bersih. Amalkan selama sebulan pada waktu pagi dan petang.




MENGHILANGKAN URAT TIMBUL DIKAKI

Gunakan segenggam kacang hijau yang direbus tanpa gula. Jangan dihancurkan, makan pada waktu pagi dan malam.

Selasa, 12 Mac 2013

ZOO MELAKA


   Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia. Ia terletak 13 km dari pusat bandar Melaka, berhampiran dengan Plaza Tol Ayer Keroh. Terdapat pelbagai jenis hidupan termasuklah unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Bagaimanapun tarikan utama di sini adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.



   Para pengunjung juga berpeluang melibatkan diri dalam program-program yang disusun oleh pihak zoo seperti, pertunjukan haiwan liar, interaksi bersama gajah, free-ranging Orang Utan, free-ranging merak, memberi makan haiwan, menunggang kuda,perkhidmatan tren, dan pelbagai lagi.

   Antara gambar yang sempat kami rakamkan:
berlatarbelakangkan tempat pertunjukkan haiwan

berlatarbelakangkan kuda padi

muka penat bergambar dengan kuda belang

perlu menyusuri jambatan untuk sampai dekat dengan zirafah

Ahad, 10 Mac 2013

BUTTERFLY & REPTILE SANCTUARY

Salam untuk semua.....

Nama pun Taman Rama-rama...jadi dimulakan dengan gambar rama-rama....




Dikesempatan yang lepas, 9 February 2013, kami menghabiskan masa hujung minggu pergi ke Butterfly & Reptile Sanctuary atau lebih dikenali dengan Taman Rama-rama. Tempat ni tak jauh dari Plaza Tol Ayer Keroh. Tapi kalau dari Kuala Sg. Baru, mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami bertolak jam 9.00 pagi dan sampai jam 10.00 pagi.





Biasalah...sampai kat sana posing dulu anak beranak.  Lepastu perkara rutin, pergi ke kaunter tiket..alamak terlupa pulak nak ambil gambar kakak kat kaunter tu..Harga tiket rm12 untuk dewasa dan rm7 untuk kanak-kanak.  Tempat ni dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.


Sepanjang pengamatan kami, tempat ini ok, tapi lebih ok kalau dinaiktaraf. Tarikan utama tempat ini bukannya rama-rama tapi sebaliknya Koi Garden. Tak banyak spesis rama-rama yang boleh dilihat, kecuali di Muzium Rama-rama, memang ada banyak spesis rama-rama yanag cantik-cantik. Kalau nak tengok ikan koi, saya rasa tempat ini memang sesuai, cuba tengok gambar ini...

.
Annaylly & Allyssa main ikan koi di Koi Garden
jinak-jinak ikan kat sini

Annaylly & Allysa geram tengok ikan koi, nak pegang tapi takut

Ada banyak ikan koi diKoi Garden, cantik memanglah cantik, jinak lagi. Jangan kata Annayly dan Allyssa seronok, mak dia pun teruja. Selain ikan koi yang ada di kolam ini, ada satu lagi tempat untuk diletakkan ikan arapaima. Ikan arapaima tu, sekali pandang dah macam buaya.

Selain itu, terdapat juga haiwan lain seperti, buaya, iguana, pelbagai jenis cicak, katak, pelbagai jenis ular, emu, dan burung. Kesimpulannya, Taman rama-rama ini bolehlah dikatakan tempat yang seronok untuk kanak-kanak. Lagipun tempat ini tidaklah terlalu luas jika dibandingkan dengan Zoo Melaka. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, bolehlah berjalan-jalan di tempat ini.


antara buaya yang ada

telur emu tapi tak pasti original atau palsu

"besar nyer" kata Allyssa

kampung buaya
Annaylly dan Allyssa perhatikan burung emu "ini telur dia" kata Annaylly
nak pulak rama-rama ni mendarat kat suami

antara rama-rama yang ada
Rama-rama diberi makan nanas....

pemandangan ala kampung

ikan koi lagi....

dan lagi

menuju keluar

berehat sebentar

curam sikit tempat ni...berhati-hati

takut lah kononya...
Habis sudah satu Taman Rama-rama kami ronda.....

MELAKA BANDAR BERSEJARAH


sebelum kita bercerita tentang tempat-tempat menarik di Melaka, jom sama-sama kita imbas kembali zaman persekolahan kita dulu-dulu.. topik sejarah. sebelum tu saya nak bagi credit kepada ms.wikipedia.org/wiki/sejarah-melaka, sebab saya dapat maklumat mengenai sejarah melaka dari website tu.  kalau nak banyak lagi maklumat tentang melaka lawatlah website tu.

Sejarah Melaka 

SEJARAH MELAKA bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan upeti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi puteri Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.

Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.

Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.

Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.

Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.

Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Pautan berkaitan:
 m.swikipedia.org/wiki/sejarah_melaka
 http://zoommalaysiaku.com/tempat-menarik-untuk-dilawati-di-melaka