Isnin, 31 Mac 2014

TAUHU TELUR

Salam untuk semua....

Mesti ramai yang pernah dengar tauhu telur kan...kudapan yang tengah terlajak laris sekarang ni....

Inilah dia tauhu telur tu....sedap 

macam tauhu goreng biasa...tapi luar biasa....

Inilah rupa tauhu telur yang belum digoreng

sejukkan dulu barulah dipotong..kalu tak nak potong dulu pun boleh....terus goreng....potong selepas digoreng....


dua versi...yang tadi tu pedas ada cili...yang ini pula tanpa cili...untuk my princes...
Bagi yang pertama kali jumpa kudapan ni...mesti tertanya-tanya macamana nak membuatnya kan.....ok....ct terangkan....mudah jer...sebab ini kali pertama ct buat...Alhamdulillah terus jadi....

Bahan-bahan:
BAHAN A

4 keping tauhu putih
2 bungkus tauhu telor
4 biji telor (2 untuk dikisar dan 2 lagi untuk menggoreng)
minyak bijan
1 ketul dada ayam atau udang atau yang seumpamanya ikut citarasa
*semua bahan di atas dikisar tanpa air

BAHAN B
bawang goreng
daun bawang
sedikit garam
cili jika mahu
carrot jika mahu
sedikit lada putih
*dicampur dengan bahan kisar di atas

Caranya
campurkan semua bahan di atas perasakan....kena cukup masin, kalau tidak tak berapa sedap jadinya. selepas itu kukus selama 30 minit....sejukkan sebentar....potong.....dan akhir sekali sebelum menggoreng celupkan dalam telur....pastikan api besar dan minyak menggoreng betul-betul panas....jaga....kerana ia cepat masak....apabila sudah kekuningan angkat....siap.....sedia untuk dimakan......

selamat mencuba ya.....

ooooppssss...sebelum terlupa.....ini rupanya tauhu telur

tauhu telur dicampurkan dalam bahan kisar





Ahad, 30 Mac 2014

TAMAN SERIBU BUNGA AYER KEROH

Salam untuk semua .....

Cuti sekolah yang lepas kami pergi ke Taman Seribu Bunga yang terletak di Ayer keroh....Nama tempat ni macam best ...Taman Seribu Bunga...tapi bila masuk jer....lebih banyak pokok dari bunga.....apapun hati terubat juga bila melihat bnyk tempat-tempt menarik kat sini.....antara bukti yang mengukuhkan kenyataan tempat ni cantik adalah...ramai pasangan pengantin yang posing kat sini....

pintu masuk....ala-ala cameron highland gitu

papan tanda...nak kemana?...tempohari kami ke kiri...sebab apa?..teruja nak tengok rumah orkid.....

rumah tradisional negeri Melaka

mari berpantun

ada pulak perigi kat sini....

annallyssa jumpa perigi macam jumpa pool

Nak cuba timba air

berat...tak sampai atas

satu lagi sudut

deretan batu

kawasan yang luas

aksi anak dan abah

rumpun buloh

hujan mula lebat

terpaksa menangguhkan pengembaran

taman herba pun ada..tapi tak besar
Jika ada kesempatan kami bercadang untuk datang lagi ke tempat ini kerana banyak lagi tempat yang belum diteroka...memandangkan hujan semakin lebat kami bergegas pulang. Lagipun banyak tempat-tempat menarik tak dapat kami singgah sebab pasangan pengantin tengah posing...beri laluan kepada mereka... 

Berjumpa lagi di entry yang akan datang ya....

Sabtu, 1 Mac 2014

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum dan salam sahabat untuk semua...

Alhamdulillah genap sudah 7 tahun puteri sulong...Nur Annaylly.... 28 Februari 2007....semakin membesar anak...semakin banyak perkara yang difahami...kalau dulu mereka tak berapa kisah tentang hari lahir...mungkin kerana mereka belum faham apa itu hari lahir...tetapi kini....sekiranya tiada apa-apa yang berlaku pada hari lahir mereka....akan banyak persoalan yang diajukan kepada kita ibu dan bapa....Jadi sebagai ibu bapa kita akan berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan mereka pada hari lahir mereka....


birthday girl.....

ice cream tak tinggal

appetizer

sama-samalah yer

pilih menu

birthday kakak adik pun tumpang semangkuk

kek pilihan adik

kami....

pilihan adik

pilihan birthday girl

selesai makan....