Rabu, 10 Julai 2013

1 RAMADHAN "ANNALLYSSA"

Alhamdulillah...."Annallyssa" berjaya berpuasa penuh pada hari pertama di bulan Ramadhan. Cabaran seterusnya adalah pada hari esok, kerana "Annallyssa" memerlukan lebih banyak tenaga pergi dan pulang dari sekolah, seterusnya menghadiri kelas mengaji pada waktu petang. Semoga dipermudahkan urusan "Annallyssa" untuk menuntut ilmu disamping menjalani ibadah puasa.


Sebagai kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun, secara peribadinya ct amat kagum dengan kesabaran "Annallyssa" berpuasa. Seawal jam 4.45 a.m...ct dah kejutkan mereka untuk bersahur dan mereka tidak berasa mengantuk menjelang siang. Alhamdulillah mereka diberi kekuatan untuk berpuasa dan ct rasa kurang risau memandangkan esok mereka sememangnya tidak boleh tidur selepas selesai bersahur kerana perlu bersiap untuk ke sekolah pada pukul 7.00 a.m. 

Sepanjang "Annallyssa" berpuasa mereka kurang merungut lapar atau haus. Rengekan mula kedengaran selepas mereka bangun dari tidur pada pukul 3.00 p.m. Lantas ct terus menyediakan lauk untuk berbuka, bukan untuk mereka berbuka awal tetapi sebagai persediaan awal menyediakan lauk berbuka, kerana ingin melengahkan masa Annallyssa dengan membawa mereka berjalan-jalan dan membeli kuih muih juadah berbuka puasa.

Walaupun Annallyssa nampak letih tetapi mereka masih lagi ceria menyaksikan betapa ramainya orang di bazar ramadhan. Ini juga merupakan pengalaman baru untuk mereka. 

Nur Annaylly dan Nur Allyssa "Annallyssa"





Semoga anak anak emak "Annallyssa" menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat....emak sayang kamu....