Rabu, 8 Mei 2013

BURUK BAIK GADGET TERHADAP KANAK-KANAK

Sebelum tu..berpantun dulu....

anak-anak pergi mengaji,
pergi mengaji berjalan kaki;
peribadi murni akhlak terpuji,
itulah kesan hati yang suci.

Pagi tadi sedang dok mengemas rumah...telinga fokus pada perbincangan di tv tentang kebaikan dan keburukan peranti terkini terhadap kanak-kanak khususnya pada peringkat umur 1 hingga 3 tahun.  Menurut  pakar perunding yang dijemput  tu....kanak-kanak boleh didedahkan dengan peranti ni tetapi perlu ada pengawasan dari ibu bapa...tapi dari apa yang dibincangkan dari pakar jemputan tu saya rasakan yang beliau tak berapa bersetuju jika kanak-kanak terlalu didedahkan dengan gadjet ini. (pandangan peribadi saya) beliau lebih bersetuju sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan yang boleh membentuk kemahiran bersosial di kalangan kanak-kanak contohnya: permainan zaman dahulu seperti kondan kondi, teng-teng, baling selipar, dan lain-lain. Ini kerana pada lingkungan umur 1 hingga 3 tahun berlakunya perkembangan minda yang pesat dan pada masa inilah minda mereka perlu diisi dengan seberapa banyak informasi yang boleh membentuk imej diri mereka.



SISTEM PENJADUALAN
Bagaimanapun beliau menyarankan supaya ibu bapa perlu membuat sistem penjadualan untuk anak-anak menggunakan gadget tidak lebih dari 1 jam dan paling maksimum adalah 2 jam dan ini adalah bagi tujuan pembelajaran bukannya bermain game dan sebagainya.

KREATIF
Beliau juga tidak menafikan kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan penggunaan gadjet tetapi ia tiak sehebat sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan yang memerlukan penglibatan fizikal seperti yang telah dijelaskan di atas. Pembelajaran secara praktikal dimana kanak-kanak boleh memegang dan menyentuh seperti penggunaan kad imbas, dan alat bantuan mengajar yang lain lebih banyak membantu kanak-kanak dalam proses tumbesaran dan mengasah bakat kreatif dalam diri anak-anak.

TIDAK SALAH GUNA GADGET
Beliau turut menjelaskan bahawa ibu bapa tidak boleh memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk meneroka dengan sendirinya gadjet tersebut dengan niat supaya mereka duduk diam daripada mereka membuat bising di rumah. ini akan memberi kesan terhadap perkembangan kebolehan bersosial anak-anak. Mereka akan mempunyai masalah berhadapan dengan orang lain terutama rakan sebaya dimana anak-anak hanya inginkan semua orang menurut kata mereka dengan kata lain "asyik nak menang sahaja" kerana mereka sudah terbiasa dengan kemenangan ketika bermain game di gadjet. Ada juga diantara anak-anak yang terlalu obses dengan gadget kebih suka menyendiri dengan kata lain "buat hal sendiri" tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

Kesimpulannya, gadget terkini perlu pada zaman yang serba moden ini.  bagaimanapun seawal usia 1 hingga 3 tahun ini bukanlah menjadi satu keperluan untuk ibu bapa memahirkan anak-anak kita dengan aplikasi dan kecanggihan teknologi yang ada. Apa yang lebih penting adalah penerapan nilai-nilai murni serta kasih sayang kepada anak-anak yang akhinya akan menghasilkan anak-anak yang bijak bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi rohani dan jasmani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan