Khamis, 31 Oktober 2013

TODAY IS MY BIRTHDAY.....


31 Oktober 2013....genap usia Ct 33 tahun....

inilah suami tercinta...belanja makan sempena birthday Ct....

beria-ia ANNALLYSSA pilih menu


dah dapat apa yang diorang suka suka lah
order 2 potong kek jer...harga dia....terbaek!!!!!

apalah yang diteleknya annaylly ni

hah!!! inilah pebret Ct

Ini pulak pebret ANNALLYSSA...

suami snap gambar kitorang tengah menjamu selera..tak pandang kiri kanan...hahahaha

ini pula pebret suami

risau pulak air tu tumpah...


Terima kasih untuk suami tercinta...kadang-kadang tu kesian pulak kat suami.......kalau birthday kita dah tentulah suami belanja....kalau tiba birthday suami pun suami belanja...hihihi..inilah dia penangan suri rumah...tapi sekurang-kurangnya setiap tahun tak pernah gagal beli hadiah untuk suami walaupun murah...yang penting ikhlas dari hati sanubari....

Apa-apapun Ct rasa amat bersyukur...dikurniakan suami yang amat bertanggungjawab dan penyayang...juga anak-anak yang comel dan cerdik....mudah-mudahan kami sekeluarga akan terus diberkati dan dilimpahi rahmat dariNya..amin...

Rabu, 30 Oktober 2013

KONVOKESYEN KANAK-KANAK TABIKA DUN KUALA LINGGI

Salam semua...

29 Oktober 2013 berlangsungnya hari konvokesyen Tabika KEMAS peringkat DUN Kuala Linggi, Masjid Tanah , Melaka. Ia berlangsung dari pukul 2.00pm hingga 5.00pm





Allyssa..puteri bongsu

sementara menunggu giliran posing dulu
"ANNALLYSSA" annaylly + allyssa



menunggu giliran masuk dewan

yang mendongak tu allyssa


mengambil cenderamata dan sijil


Isnin, 28 Oktober 2013

SUKA-SUKA

Salam semua...

Kali ini Ct cuma nak kongsikan gambar ANNALLYSSA....seronok betul mereka bermain di pantai Teluk Kemang Port Dickson....RM10 seorang tiada had masa.

ANNALLYSSA

berlari sakan

seronok ada ramai kawan

puteri bongsu Nur Allyssa

tergolek-golek

Allyssa lagi

Ahad, 27 Oktober 2013

ANAK KENA KUARANTIN




Slam untuk semua...

Cerita tentang kuarantin...bukannya kuarantin pasal apa pun...kuarantin semasa masuk peraduan mewarna...

inilah rupa anak-anak semasa peraduan mewarna

pelik juga kenapa "no exit"...apa-apapun yang penting pintu ditutup

"Parent" jenguk dari luar tingka jer


Sebagai ibu ct memang menyokong sangat peraturan pihak penganjur "Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dalam program "Kembara Buku 2013". Ia bagi megelakkan adanya sesetengah ibu bapa yang menolong anak-anak mewarna dan secara tidak langsung mengganggu tumpuan mereka. Sebelum ini dalam post yang lepas klik sini peraduan mewarna anak-anak menjadi peraduan mewarna ibu bapa. Secara peribadi Ct merasakan ianya tidak adil dan untuk jangka masa panjang ia hanya merugikan anak kita sendiri, sampai bila pun kita tak tahu bakat sebenar anak kita. Dan buat pertama kalinya Ct merasa tenang anak dikuarantin ketika peraduan mewarna. Biarlah mereka berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Kita sebagai ibu bapa hanya perlu menyokong kuat mereka dari belakang.


Alhamdulillah anak mendapat tempat pertama dalam lebih kurang 120 penyertaan

bergambar kenangan sebelum pulang


 Semoga perancangan seperti ini akan menjadi ikutan kepada semua pihak yang ingin menganjurkan peraduan mewarna yang melibatkan kanak-kanak.

Sabtu, 26 Oktober 2013

RUMAH API TANJUNG TUAN PORT DICKSON


Salam untuk semua....aktiviti hunjung minggu..mendaki sejauh 700 meter untuk menjejakkan kaki ke Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson..Huh!!! boleh tahan penat...tapi sampai atas memang puas hati...pemandangan cantik

Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson

penat-penat pun boleh posing lagi

kepenatan

Fuh!!!nampak jer pemandangan kat belakang tu...lega rasanya...tandanya dah sampai
gambar lagi....
"kena naik tangga lagi" kata ANNALLYSSA

bangunan ini menurut sejarah dibina oleh Belanda

tak berani nak lama-lama di sini...tebing curam



penat nyer!!!!
bersedia untuk turun

sesudah turun...kepenatan...
Untuk masuk dikenakan rm1 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak tiada bayaran....Sebagai pengajaran untuk pergi ke sini pakailah "sport shoes"...disebabkan pergi tanpa dirancang, anak-anak tak memakai kelengkapan yang sepatutnya...kesannya kurang selesa...Kesimpulannya tempat ni sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga di hujung minggu. Untuk bacaan lanjut klik sini

Ahad, 20 Oktober 2013

PUNJIN KACANG HIJAU JADI POKOK

Salam untuk semua....

Alhamdulillah...idea untuk membuat punjin kacang hijau dan bunyian muzik dari kacang hijau akhirnya menghasilkan pokok kacang hijau. Dari hari ke hari hati tertanya-tanya pokok apa yang tumbuh di belakang rumah di tempat pembuangan habuk hasil vacum rumah seharian. Fikir punya fikir...ni mesti kacang hijau sebab masa membuat punjin untuk dijadikan batu seremban ANNALLYSSA mesti ada kacang hijau yang tercicir, dikuatkan lagi dengan alatan muzik ANNALLYSSA yang diperbuat dari kacang hijau yang dimasukkan dalam botol. Masa tu tak terfikir pulak nak google...cari pokok apa ni...hari ni baru terfikir untuk google...dan pasti ianya pokok kacang hijau...nasib baik tak kena cabut...hihihi....

inilah dia pokok kacang hijau tu...

dah berbuah tu...maaf lah yer ada nampak longkang kecil pulak...


Seronok rasanya...bukannya mengharapkan buah tu sangat, cuma seronok tengok tumbuh subur...Ada kalanya pokok ni bila kita sayang, jaga bukan main tak hidup subur, tapi bila tumbuh sendiri boleh pulak subur....Alhamdulillah

Sabtu, 19 Oktober 2013

HARI ULANGTAHUN PUTERI BONGSU NUR ALLYSSA YG KE-5

Salam untuk semua....

Tanggal 14 Oktober 2013 genaplah usia 5 tahun puteri bongsu.  Kebetulan 15 Oktober Hari Raya Aidil Adha...jadi sambutan hari jadi dibuat secara sederhana diraikan saudara mara...

suka sungguh Allyssa.....suap kek kat kakak saudara...sempat pulak si abah jadi gambar latar....

suruh potong kek tak nak potong..katanya sayang....

birthday girl...Nur Allyssa


Semoga Nur Allyssa menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat...Sayang sungguh....

KARNIVAL SUKAN PRA SEKOLAH: ACARA BOLA JARING

Salam untk semua....

5 Oktober 2013...puteri sulung Nur Annaylly terlibat dalam pertandingan bola jaring ....Bagaimanapun nasib tak menyebelahi Anaylly kerana tertewas di perlawanan yang ke-2....Tapi oklah tempoh hari...puteri bongsu Allyssa bermain bola jaring peringkat tabika klik sini.. Jadinya seri lah dua adik beradik ni...ke-dua-dua dapat pengalaman bermain bola jaring di zaman knak-kanak.....

bergambar bersama kawan sepasukan (Sek.Keb.Othman Syawal Kuala Sg. Baru Melaka)

bersedia untuk perlawanan 

sesi memanaskan badan

Allyssa--puteri bongsu pun join juga...

gambar lagi...kali ni tepi padang pula

pengadil memberikan sedikit penerangan..masa ni pasukan Annaylly guna bip merah....sebab bib sama warna  dengan pasukan lawan

berehat sebentar...kulit pun dah gelap

"bersedia kawan-kawan"...kata Annaylly