Rabu, 29 Mei 2013

KEK COKLAT KUKUS....YUMMY!!!!!

cuti sekolah sudah bermula...si abah pula tak dapat cuti...jadi buatlah aktiviti sendiri dengan anak di rumah...mudah dan Yummmmmyyyyy....










BAHAN A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
½ cawan susu pekat

BAHAN B
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

CARA:
-          Masak dgn api perlahan bahan A dalam periuk sampai sebati...kemudian sejukkan.
-          Pukul telur sampai kembang (5 min) kemudian masukkan bahagian A tadi.
-          Masukkan esen vanilla...pukul sebati
-          Masukkan bahagian B sedikit demi sedikit...kacau sebati (5 min)
-          Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam
S
SSelamat Mencuba.........