Rabu, 16 April 2014

HAND PHONE PUNYA CERITA...tersentuh rasa hati....

Salam untuk semua...

Kali ini cuba-cuba buat cerpen pendek...............


situasi di shopping mall......

SAMBIL BERJALAN....
suami  :  rasa macam nak tukar hp lah.
isteri   :  tukarlah..ct punya elok lagi...lagipun memang patut pun abang tukar hp baru....

DI KIOSK HP.......
suami    :  ..........ada tak?
panjual  : ada bos
suami    : kalau ambil dua ada discount kah?
penjual  : mestilah

dalam nada berbisik
isteri     : buat apa ambil sampai dua ambil satu sudahlah.
suami    : takper ambil dualah
isteri     : tak payah ler
bla..bla..bla...bla.........suami tetap dengan pendiriannya.
akhirnya kata putus diambil dua hp dibeli oleh suami... satu untuk dia satu untuk ct.

Dialog diatas adalah senario sebenar ketika kami berjalan-jalan pada cuti hari Melaka Bersejarah tempohari. Ini adalah kali kedua suami membeli barang yang termasuk kategori "kehendak" bukan "keperluan" untuk dirinya tanpa membelakangkan isterinya. Katanya..."susah sama-sama susah dan senang sama-sam senang". Pada Ct hp canggih bukanlah keperluan sangat sebab Ct dah ada I-Pad dan lappy di rumah untuk mencapai jaringan internet. Tetapi bagi suami yang bertungkus lumus mencari rezeki memang wajar baginya untuk memiliki gadget canggih hasil dari titik peluhya. 

Pada mulanya suami berhasrat untuk memilih dua brand hp yang sama harga. Lagi sekali suami tidak membelakangkan Ct dalam memilih barang, harga barang untuk dirinya sendiri sama dengan harga barang untuk Ct....Padahal suami berhak untuk memilih barang yang jauh lebih murah untuk Ct.  Tetapi setelah diusahakan hp yang menjadi pilihan hanya tinggal satu. Penjual mengesyorkan hp brand lain. Setelah diterangkan, suami bersetuju untuk memilih hp tersebut. Ia murah sedikit dari hp suami. Pada saya itu tak menjadi masalah. Niat asal suami telah menyentuh perasaan Ct. 

Begitu juga senario ketika suami ingin membeli hp yang sebelumnya. Katanya nak keluar beli hp...apabila pulang ke rumah dua hp dibawanya. Alhamdulillah......Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami ketua keluarga yang bertanggungjawab dan keluarga yang dilimpahi kasih sayang. 

hp sebelumnya....

hp terbaru





Rabu, 2 April 2014

ORKID LAGI

Salam untuk semua......

Alhamdulillah suami Ct memahami minat Ct dan sentiasa menyokong dari belakang. Nak tahu apa minat Ct....bercucuk tanam...terutamanya bunga-bungaan lebih-lebih lagi orkid....Post kali ini Ct nak kongsikan koleksi orkid terbaru Ct....

4 jenis kesemuanya

dua pokok dalam satu pasu

satu pokok dua spike


butterfly orchid....katanya orkid ni orkid paling manja....ada satu je koleksi...baru nak belajar cara jaga orkid manja ni...


ini pun spesis dendro....

Orkid jenis Dendro koleksi lama....senang jaga dan rajin berbunga

Seronok tanam orkid ni...bunga tahan lama...kalau baru nak mencuba cari orkid jenis Dendro senang nak jaga dan rasanya orkid yang paling murah dipasaran....