Ahad, 27 Oktober 2013

ANAK KENA KUARANTIN




Slam untuk semua...

Cerita tentang kuarantin...bukannya kuarantin pasal apa pun...kuarantin semasa masuk peraduan mewarna...

inilah rupa anak-anak semasa peraduan mewarna

pelik juga kenapa "no exit"...apa-apapun yang penting pintu ditutup

"Parent" jenguk dari luar tingka jer


Sebagai ibu ct memang menyokong sangat peraturan pihak penganjur "Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dalam program "Kembara Buku 2013". Ia bagi megelakkan adanya sesetengah ibu bapa yang menolong anak-anak mewarna dan secara tidak langsung mengganggu tumpuan mereka. Sebelum ini dalam post yang lepas klik sini peraduan mewarna anak-anak menjadi peraduan mewarna ibu bapa. Secara peribadi Ct merasakan ianya tidak adil dan untuk jangka masa panjang ia hanya merugikan anak kita sendiri, sampai bila pun kita tak tahu bakat sebenar anak kita. Dan buat pertama kalinya Ct merasa tenang anak dikuarantin ketika peraduan mewarna. Biarlah mereka berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Kita sebagai ibu bapa hanya perlu menyokong kuat mereka dari belakang.


Alhamdulillah anak mendapat tempat pertama dalam lebih kurang 120 penyertaan

bergambar kenangan sebelum pulang


 Semoga perancangan seperti ini akan menjadi ikutan kepada semua pihak yang ingin menganjurkan peraduan mewarna yang melibatkan kanak-kanak.