Khamis, 30 Mei 2013

BICARA TENTANG ANAK

Dari hari ke hari usia anak-anak semakin meningkat dari tahap baby ke tahap toddler dan sekarang tahap pre schooler.....pada peringkat baby tidaklah dirisaukan sangat, cuma memerlukan banyak tenaga dari segi fizikal untuk melayan kerenah baby, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Di peringkat toodler pula adalah satu peringkat perkembangan bayi yang lebih kompleks dimana bayi sudah mula menunjukkan reaksi melalui tingkah laku dan apa yang lebih ketara dari berbaring sahaja berkembang kepada meniarap seterusnya merangkak dan terus berlaku perkembangan dimana bayi sudah pun pandai berjalan. 

Peringkat seterusnya pre schooler dimana anak-anak sudah menjejakkan kaki ke sekolah, dan disinilah bermulanya kisah-kisah kesan dari didikan ibu bapa pada peringkat sebelumnya, dan disinilah bermulanya banyak tanda tanya di benak fikiran seorang ibu bapa khususnya ibu.......adakah jalan didikan dan asuhan yang kita gunakan selama ini betul atau sebaliknya?...berjayakah kita sebagai ibu menjalankan tanggungjawab yang digalas dalam memberikan didikan dari segala sudut rohani dan jasmani?...salah siapakah sekiranya anak-anak mempamerkan sifat yang kurang disenangi?......bagaimanakah sikap anak-anak kita nanti dalam menetukan masa depan mereka?........soalan-soalan seperti ini seringkali berlegar-legar di fikiran setiap kali melihat telatah anak-anak. Semakin difikirkan semakin risau dihati seorang ibu ini.....

Bagaimanapun berbagai cara boleh dilakukan untuk memujuk hati ini supaya tidak terlalu gusar memikirkan masa depan anak-anak. Berbagai panduan dan rujukan boleh didapati dengan hanya menggunaka satu klik....dunia tanpa sempadan.....berbagai informasi berguna tentang apa sahaja maklumat khususnya mengenai cara mendidik anak boleh didapati. Jangan sesekali kita seorang ibu melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada pihak lain khususnya sekolah...sangat tidak patut. Jatuh bangunnya anak, kitalah yang  dipertanggungjawabkan dan Allah yang menentukannya.



Semoga anak-anakku menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat....

Rabu, 29 Mei 2013

KEK COKLAT KUKUS....YUMMY!!!!!

cuti sekolah sudah bermula...si abah pula tak dapat cuti...jadi buatlah aktiviti sendiri dengan anak di rumah...mudah dan Yummmmmyyyyy....










BAHAN A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
½ cawan susu pekat

BAHAN B
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

CARA:
-          Masak dgn api perlahan bahan A dalam periuk sampai sebati...kemudian sejukkan.
-          Pukul telur sampai kembang (5 min) kemudian masukkan bahagian A tadi.
-          Masukkan esen vanilla...pukul sebati
-          Masukkan bahagian B sedikit demi sedikit...kacau sebati (5 min)
-          Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam
S
SSelamat Mencuba.........




Rabu, 22 Mei 2013

"AGAR-AGAR KESUI"

Maaf yer bukan agar-agar..tetapi kuih kesui dalam cetak agar-agar...Kuih ni dibuat bersama-sama jiran yang memberi tunjuk ajar....memang lembut......




BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung beras/gandum
1 setengah cawan tepung ubi
1 setengah cawan gula pasir
anggaran 2 cawan gula merah yang telah dicairkan
1 t/s kapur
kelapa parut dicampur sedikit garam (untuk hiasan)

CARA MEMBUAT:
campurkan semua bahan diatas, kacau sebati, rasa kemanisan tepung....kukus lebih kurang 1 jam.

~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~

SEBELUM DAN SELEPAS


Salam untuk semua....

Sebelum ini saya ada keluarkan artikel dalam post KEBUN MAK SITI....dan ini adalah lanjutan daripada perkembangan tanaman di kebun mini saya...

 POKOK KACANG BOTOL




guna pakai payung anak yang sudah rosak...hasil kreativiti suami....



PUCUK KADUK







POKOK KACANG BUNCIS




POKOK LABU




POKOK BUNGA KANTAN YANG BARU DITANAM....dengan penuh minat menunggu tunas baru keluar....


Ini pula beberapa tanaman berbunga yang baru saya tanam....









Seronok rasanya apabila melihat pokok tanaman hasil titik peluh kita membesar....ia bukan sahaja boleh mencantikkan lanskap di persekitaran rumah kita, bahkan boleh dijadikan terapi minda.....tenang melihat kehijauan di sekeliling kita. Bagi tanaman herba pula seperti pucuk kaduk, bunga kantan, daun selasih, pokok limau purut (seperti yang telah saya sentuh pada artikel sebelum ini) dapat mempermudahkan kerja-kerja memasak..tak perlu berlari ke kedai sekiranya tiada bahan yang diperlukan. 

Khamis, 16 Mei 2013

TSUNAMI HARI GURU


16 Mei 2013...hari guru disambut di seluruh Malaysia...sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita untuk memperingatkan anak-anak kita tentang peri pentingnya mengingati hari guru dan setidak-tidaknya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang telah ataupun sedang mahupun yang tidak pernah mendidik mereka.....Nur Annaylly dan Nur Allyssa tidak terkecuali membuat persiapan untuk menyambut hari guru di sekolah masing-masing pada hari esok 16 Mei 2013


Kerja-kerja dekorasi dilakukan 2 hari lebih awal, iaitu pada 14 Mei 2013...

Annaylly tekun membuat dekorasi menggunakan Glitter Glue

Allyssa juga tidak melepaskan peluang menggunakan Glitter Glue

Peralatan yang digunakan semasa membuat dekorasi hadiah hari guru


Inilah hasilnya......


Pada 15 Mei 2013....

operasi membuat gulungan kertas untuk diisi dalam mug...

Annaylly 

Allyssa

hasilnya setelah beberapa minit

sudah siap

tambah riben 
Pada malam 15 Mei 2013...
Walaupun Annaylly demam..tetap digagahkan juga dirinya untuk menyiapkan kad Selamat Hari Guru...Begitu juga dengan Allyssa bersemangat menyiapkan kad untuk cikgu Reen Areenz tersayang....












Inilah hasil kerjasama kami sekeluarga....


Semoga Tuhan memberikan rahmatNya agar majlis Hari Guru yang akan diadakan pada 16 Mei berjalan lancar. Kepada anak-anak yang amat disayangi... Mak kagum dengan kesungguhan kamu...Tahniah!!!!!