Sabtu, 30 November 2013

BUKU : ENSIKLOPEDIA HERBA-HERBA SEKELILING KITA

Salam untuk semua...


Kali ini Ct nak kongsikan isi kandungan buku yang Ct pinjam dari perpustakaan Awam Masjid Tanah, Melaka...keluaran Al-Hidayah.

PETUA MENGAMBIL UBAT

1. Bagi pokok-pokok yang ada beberapa jenis keadaannya seperti batang dan bunganya berwarna putih , maka yang berwarna putih melebihi pokok yang berwarna merah dan kuning, misalnya cempaka putih.

2. Akar kayu itu terbahagi dua: iaitu akar dalam tanah dan akar di luar yang tergantung, maka akar dalam tanah adalah menjadi ubat sedangkan akar yang tergantung terkadang ,mengandungi racun.

3. Pokok-pokok yang tumbuh di pulau-pulau kecil yang dikelilingi lautan adalah lebih tinggi khasiatnya melebihi pokok-pokok di daratan yang jauh dari laut.

4. Pokok Semeru Gajah hendaklah diambil dan dipotong dengan bahan bukan besi seperti tembikar, tanduk dan sebagainya agar khasiatnya kekal penuh, berbeza dengan pokok-pokok lain.

5. Untuk perhatikan pokok-pokok itu beracun atau tidak, perhatikan kepada sikap binatang. Jika dimakan oleh haiwan maka pokok itu tidak beracun. Kambing tidak memakan daun tembakau, sesudah dihidu dan diketahuinya daun itu merbahaya kepadanya.

6. Akar, ranting atau daun yang menghadap ke matahari terbit adalah lebih baik daripada yang menghadap ke matahari jatuh. Ini kerana pokok yang menghadap matahari lebih mendapat pancaran matahari.

7. Membaca Bismillah ketika hendak mengambil ubat-ubatan diikuti dengan tahmid, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan  tujuan memohon pada Allah akan ubat yang sesuai dengan penyakit.

Kemudian sekali lagi dibacakan Bismillah ketika meramukan ubat dan dikala hendak menggunakannya, samada diminum, digosok, atau ditempelkan.

Semua bahan ubatan yang diambil itu henaklah dibersih dan dikerinkan lebih dahulu satau dijemur dipanas matahari agar tenaga dan kekuatannya bertambah dan tidak berbau atau dirasa tidak enak semasa dimakan atau diminum sesudah direus. Dan adalah elok memasukkan 1-3 kuntum bunga cengkeh bagi mewangikan ubat dan mengenakkan rasa serta memanaskan badan. Jika perlu diasahkan sedikit kemenyan (getah kayu) untuk penyebatian, pengaktif dan penyegar ramuan ubat atau penawar.

NAK NAIK KAPAL LAGI KER???

Salam untuk semua...

Masuk hari ni dah 3 hari duduk rumah dengan anak-anak jer...Suami outstation untuk recruitment ALAM jauh nun di perlis tu hah... Adeh bosan sungguh rasanya di rumah ni...memanglah ada kereta, motor untuk pergi jalan-jalan tapi macam tak best pulak tanpa suami. 

Soalan Naik kapal lagi ker??? ni saya tujukan khas untuk suami...selalu diwar-warkan nak naik kapal lagi...menurut suami kalau naik kapal gaji memang best. Buat pembaca yang belum tahu suami Ct dulu kerja dengan MISC bhd. belayar sentiasa, jarang-jarang jumpa daratan, di lautan sentiasa. Selepas berumahtangga lebih kurang 6 bulan belayar bersama Ct kemudian berhenti, untuk cerita lanjut klik sini..kisah Ct dan suami di kapal Puteri Firus Satu.

Nak dijadikan cerita..suami kena outstation cuti sekolah ni..dapatlah bayangan kalau suami naik kapal semula...fuh!!! Tuhan jer yang tahu perasaan ni. Baru 3 hari tak ada, rasanya lambat sungguh jam berputar. Dipendekkan cerita memang tak dibenarkan suamiku untuk naik kapal lagi. Paling cepat 3 bulan baru jumpa. Jangan kata anak-anak tak boleh terima kita sendiri pun belum tentu boleh. 

Bagaimanapun Ct kagum denga para isteri yang suami bertugas nun jauh dan jarang berjumpa. Kesabaran dalam mendidik anak-anak memang amat perlu ketika ketiadaan suami. Kadang-kadang terfikir juga mungkin terjadinya kes dera disebabkan stres mendidik dan menjaga anak ketika suami tiada. Fikir-fikirkanlah..kehadiran suami amat penting dalam apa jua situasi.

seronok kat promenade ni...luas pemandangan
cantikkan pemandangannya
posing sungguh

SI MERAH DAH KELUAR,,,,

Salam untuk semua...

Tempohari Ct ada post entry pokok pokok kacang purple...rupa-rupanya kacang panjang merah...ini dia buahnya

inilah dia buah kacang panjang merah
kalau dibiarkan hingga tua terhasilllah kacang merah ni (gambar ehsan google)

senang tanam pokok ni..tak perlu baja pun hidup subur
boleh tahan juga buah nyer...Alhamdulillah



Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pokok ni...klik sini. Ct pun baru tahu kacang merah asalnya dari pokok kacang merah ni....