Khamis, 21 November 2013

DAH MULA MELILIT

As salam untuk semua...

Kali ni Ct cum nak kongsikan gambar pokok kesayangan Ct...
ta..da.....dulu pokok kacang botol sekarang pokok kacang panjang pulak...

inilah dia pokok kacang purple...tak sabar nak tunggu dia berbuah



Tempoh hari di tempat yang sama Ct tanam pokok kacang botol sekarang  ni tukar pokok ni pula...kacang panjang warna purple...nanti bila dah berbuah In Sya Allah Ct post...

pokok kacang botol tempohari



Ini pula pokok orkid dah banyak putik bunga seronok sungguh

Ini antara bunga orkid yang dah kembang

Ini pun sama

Ini pun juga

Bila ditanyaka kenapa Ct suka menanam pokok orkid ni adalah kerana bunganya yang tahan lama, lebih kurang sebulan lah juga bunga ni boleh bertahan. Lagipun pokok orkid ni tahan lasak, proses pemindahan pasu mudah dilakukan. Kalau ada sedikit akar yang tertanggal tidak akan merencatkan pertumbuhan pokok..Tak percaya..ANNALLYSSA pun adakalanya tolong tukar pasu...




Bagaimanapun antara sebab utama Ct sukakan bunga orkid ni tentulah sebab lawa. Setakat ni ada lebih kurang 11 pokok orkid Ct...Ahamdulillah belum ada yang mati selepas bertukar tangan dengan penjual. Lepas ni ingat nak tambah lagi koleksi bunga orkid. Ct beli di pasar malam pada setiap hujung minggu. Ooopsss...sebelum terlupa jangan lupa dengan semburan baja seminggu sekali, barulah pokok orkid ni rajin berbunga....

2 ulasan: