Selasa, 2 April 2013

AUTISME

Hari ini merupakan hari Kanak-kanak autistik sedunia.. mungkin ramai yang tidak tahu apa itu autistik atau autisme, termasuklah saya. Terdetik pula dihati ini untuk menyelami apa itu autisme..bagaimana agaknya cara untuk menangani anak-anak istimewa ini....

Menurut wikipedia ensiklopedia autisme dianggap sebagai kecacatan neorologi dan bukan kecacatan psikiatris. Ia merupakan kecacatan tegal yang melibatkan fungsi otak. Dianggarkan autisme membabitkan 2 hingga 6 kes setiap 1000 orang dan ia 4 kali lebih kerap terhadap lelaki berbanding perempuan. Menurut statistik, pada tahun 2008 ter dapat 47000 kanak-kanak yang menghidap sindrom ini.

Walaupun kita lihat kanak-kanak ini seperti tidak mempunyai apa-apa potensi, tetapi pada hakikatnya mereka ini mempunyai kelebihan tersendiri. Disinilah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak ini mendapatkan terapi-terapi yang bersesuaian..contohnya adik Umar Hasfizal...klik sini video ni diambil pada tahun 2010 dan pada masa ini adik Umar berumur 12 tahun. Sekarang adik Umar dah berumur 15 tahun dan perkembangan terbaru adik umar terbitkan mini album klik sini. adik Umar juga pernah mendapat Anugerah Cemerlang Akademik SMKBBS pada tahun 2012.

Saya bukannya nak promosikan adik Umar ini, cuma sekadar mengingatkan kepada diri saya sendiri betapa bertuahnya diri ini kerana dikurnikan dua orang puteri yang sempurna akal fikirannnya. Saya kagum dengan ketabahan ibu dan bapa kepada anak-anak yang menghidap sindrom ini..betapa banyak pengorbanan dan kesabaran yang perlu diberikan untuk memastikan anak-anak mereka berpeluang untuk menikmati kehidupan seperti kana-kanak normal yang lain.. Kepada ibu bapa kanak-kanak autisme masih ada peluang untuk mencorak masa depan anak-anak dengan adanya bantuan dan sokongan dari pihak-pihak tertentu.

Sama-sama kita renungkan beberapa sikap kanak-kanak istimewa ini:






Sekiranya ada komen dan pendapat mengenai kanak-kanak autisme ini, silalah tinggalkan komen di bawah ye...supaya kita sama-sama dapat bertukar-tukar pendapat mengenai perkara ini...sekadar menambahkan pengetahuan tentang kanak-kanak autisme...