Selasa, 30 April 2013

BEKAL ATAU BELI DI KANTIN

Salam sayang untuk semua.....

Diam tak diam dah masuk lima bulan puteri sulung di Pra Sekolah, maknanya ada baki  lebuh kurang 7 bulan lagi nak menjejakkan kaki ke tahun 1. Berdebar-debar juga rasa hati si ibu ini..yelah tahun satu merupakan satu tahap, si anak perlu lebih berdikari dari segala aspek. Sebelum ni di Pra sekolah semuanya disediakan oleh cikgu lain pula halnya dengan tahun 1. Perkara lain contohnya dari aspek pelajaran, taklah berapa dibimbangkan sangat kerana kita masih boleh pantau di rumah dengan adanya kerja rumah dan buku-buku yang dibekalkan oleh cikgu, kita sebagai ibu bapa juga boleh memberikan latihan kepada mereka. Perkara yang amat membimbangkan saya adalah bab pemakanan, yelah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.00 tgh tentulah perut diminta untuk diisi. Sarapan pagi di rumah memanglah perkara wajib taklah dibimbangkan, tetapi waktu rehat di sekolah, kalau tak silap pukul 10.00 pagi....

perlu bawa bekal dari rumah atau beli di kantin. Kalau beli di kantin, banyak perkara perlu dititikberatkan, bersih ker? sempat ker? seimbang ker?
Kalau bawa dari rumah pula, ada juga perkara yang perlu diambilkira...contohnya basi ker? makanan anak kita tu nanti. 

Sebagai ibu sepenuh masa, saya lebih senang jika anak saya membawa bekal dari rumah, terjamin sikit kebersihannya. Jadi selak lah majalah mana yang patut untuk dapatkan ilmu...cara mengatasi masalah makanan basi ini....


Terdapat beberapa faktor makanan cepat basi yang boleh dikongsi bersama:

Penyediaan Makanan Terlalu Awal
Sebagai ibu, pandai-pandailah kita anggarkan jangkamasa kita menyediakan makanan sehingga anak kita boleh makan makanan tersebut...janganlah pulak kita sediakan makanan tu sebelum tidur malam supaya mudah untuk kita bekalkan pada keesokan paginya, seelok-elokya sediakanlah pada awal pagi, lebih terjamin kesegaran makanan tersebut.

Makanan Disimpan Pada Suhu Bilik
Seelok-eloknya jangan tutup makanan yang masih panas, dan jangan sekali-kali membiarkan makanan terdedah dan dihinggapi lalat, kerana ia merupakan penyebab tersebarnya bakteria. Makanan akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

Tempoh Masa Memasak Tidak Cukup
Memanglah digalakkan tidak terlalu lama memasak sayuran, tetapi tidak kepada sumber makanan lain seperti daging, ikan, dan ayam.

Tidak Mengamalkan Kebersihan Ketika Memasak
Makanan yang ingin dimasak perlu dibersihkan sebaik mungkin untuk mengelakkan pembiakan bateria. Sebagai ibu, perlu ada tanggungjawab menjaga kebersihan dari segala aspek terutama kebersihan tangan. Keadaan di dapur juga perlu bersih dan kemas

Tidak Memanaskan Semula Pada Suhu Yang Cukup (hanya untuk makanan di rumah)
Memanaskan semula makanan berlebihan amat digalakkan untuk mengelakkan pembaziran, tetapi elakkan daripada memberikan bekal kepada anak. Apabila makanan dipanaskan semula, ia perlu dipanaskan dengan sebaik-baiknyauntuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan punca keracunan makanan.

Bagaimanapun tidak menjadi salah jika anak-anak kita makan makanan di kantin sekolah, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu memastikan kantin sekolah terebut betul-betul terjamin kebersihannya. Pada pendapat saya lebih mudah sekiranya anak kita membeli makanan di kantin, ketika mereka sudah berada di tahun 3, kerana pada masa ini mereka lebih bijak membuat keputusan yang baik untuk diri mereka.

Ahad, 28 April 2013

SERONOKNYA DI MELAKA WONDERLAND

Melaka Wonderland Theme Park (Taman Tema Air Wonderland)  terletak 15 minit dari bandaraya Melaka, 1jam 30 minit dari Kuala Lumpur, 3 jam dari Johor dan 4 jam dari Singapura. Ia dirasmikan pada 15 Mei 2010.



Ini baru kali pertama saya sampai di sini...dan sebagai pengalaman pertama, saya rasa tempat ini oklah untuk bersantai bersama keluarga. Kalau boleh pergi ramai-ramai supaya anak seronok bermain..kalau setakat dua beradik tak berapa seronok...

WATER PARK

Harga Tiket: 

Isnin - Tutup

Selasa - Jumaat :  Dewasa - RM 28.00
                           Kanak-kanak - RM 22.00
Sabtu - Ahad :     Dewasa - RM 32.00
                           Kanak-kanak - RM 27.00
Kanak-kanak yang tinggi kurang daripada 90cm - masuk percuma

puteri sulung Nur Annaylly

lepak -lepak dengan kawan...

Duduk di bawah hujan buatan ni memang best...

Bersedia untuk meluncur...

Puteri Bongsu Nur Allyssa meluncur....muka takut...
Atas tu ada tempayan...kalau dah penuh tumpah ler air di dalamnya...orang kat bawah tunggu untuk disiram...

ha..kan dah kena siram...sakit juga kena...

sekeluarga...panas tu...

1...2...hoorey...

hoorey....
senyum...

yeh!!!!!

berteduh dari panas....

saya pun teringin juga nak meluncur....

Inilah semua kawan-kawan sebaya...

berusaha kayuh guna kaki...tapi tak jalan juga...

Abah ....


tengah berfikir..lepas ni...nak bawa bercuti ke mana pulak lah anak-anak ni...

Selain tempat ni...ada banyak lagi tempat yang menarik..cuma belum pergi...sebab anak-anak seronok main kat sini...jadi bagilah diorang can main sampai puas...lama juga mereka semua berendam...dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang...sanggup berpanas...tapi tak per...janji mereka seronok.


DINOSAUR PARK

Harga Tiket:

Isnin - Tutup

Selasa - Jumaat :  Dewasa - RM 15.00
                           Kanak-kanak - RM 10.00
Sabtu - Ahad :     Dewasa - RM15.00
                           Kanak-kanak - RM 10.00





Dinosour Park terletak bersebelahan dengan dengan Theme Park ini...tak sempat nak pergi sebab banyak masa dihabiskan di Theme Park...tak per lain kali boleh pergi...dapat pegang  replika dinosour pun jadilah...



Dah puas bermain... perut pun dah  lapar...masa balik singgah di Mc Donald berhampiran...




Masing-masing dah penat...nak ambil gambar pun dah tak ada mood...tapi tak per yang penting mereka dah enjoy!!!!

Ahad, 21 April 2013

DAPUR MAK SITI

Ahaaa......saya ni taklah pandai masak sangat...tapi sikit sikit tu bolehlah...untuk makan suami dan anak-anak...kalau untuk dijual rasanya belum boleh lagi kot...takperlah yang penting suami dan anak-anak suka bersyukurlah...

KEK COKLAT
buat kek dengan anak-anak

kacau jangan tak kacau

kek yang dah siap....

oklah kot rupanya..first time buat....

yang ini  sebelum letak coklat rise

IKAN SIAKAP KUKUS

dalam proses mengukus



ta ....da.....dah siap...kene makan panas-panas baru best

cara buat taklah susah sangat...

bahan-bahan:

bawang putih*
halia*
serai*
bunga kantan*
cili api*
tauhu putih
ikan siakap
sos tiram
limau nipis/limau kasturi
asam boy


cara masak:
hiris halus bahan yang bertanda*

Sebelum masak rendamkan ikan dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir. Kemudian lumur ikan dengan garam, taburkan semua bahan yang telah dihiris tadi, asam boy, dan tauhu putih ke dalam pengukus. Masak sehingga daging ikan menjadi pejal, kemudian tuangkan air limau nipis atau kasturi yang dicampur dengan sos tiram. Apabila hampir masak, taburkan cili api, kalau nak pedas tabur lebih sikit.

Untuk hiasan dah aroma yang lebih wangi, taburkan daun bawang dan daun sup.

ha....kan dah sipa, mudahkan....selamat mencuba....





SEKITAR PROGRAM KETIKA DI TABIKA KEMAS PUTERI SULUNG (2012)

Semasa Annaylly, puteri sulung saya di Tabika Kemas, macam-macam program yang dijalankan pihak sekolah anjuran Kemas. Penghargaan wajar diberikan kepada para guru yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa dalam mendidik anak muridnya, bukan sahaja dari segi keperluan akademik, malahan juga dari segi memupuk sifat berani dalam diri dan sebagai persiapan berhadapan dengan orang ramai.....
Antara kanak-kanak comel yang turut serta

bergambar kenangan dengan cikgu Reen Areenz dan pasangannya Mohd Airil, anak cikgu

tengah tunggu giliran....

gambar ni masa di rumah...test baju...

cikgu betulkan apa yang patut

antara pasangan kanak-kanak comel....

selepas selesai pertandingan, semasa para juri mengira markah...kanak-kanak ini dibawa berjalan-jalan di sekitar  tempat berhampiran menaiki tren...sebagai saguhati

senyum.....

senyum....

Pertandingan Menari peringkat Daerah...dapat tempat pertama..(maaf gambar kabur)
Pertandingan menari peringkat negeri Melaka,,,dapat tempat ke-3

Pertandingan menari peringkat negeri Melaka, bergambar bersama rakan sekumpulan...

Menyaksikan rakan-rakan dari sekolah lain membuat persembahan
gambar kenangan semasa lawatan ke Zoo Melaka

bersama rakan-rakan

Sebagai ibu yang menghantar anak ke sekolah Tabika Kemas, saya berpendapat tidak rugi menghantar anak ke sekolah ini, dan janganlah terus malabelkan sekolah Kemas sebagai sekolah yang hanya tahu menyanyi dan makan sahaja...Hakikatnya, tanggungjawab mendidik anak terletak pada bahu ibu bapa. Menghantar anak ke sekolah di peringkat Pra ini tidak bermakna ibu bapa melepaskan tanggungjawab mendidik kepada para guru sahaja, sebaliknya pemantauan perlulah dibuat setiap hari apabila mereka pulang dari sekolah...Belajar di rumah amat perlu pada peringkat awal ini, untuk membiasakan diri mereka dengan jadual belajar apabila mereka berada di sekolah yang sebenarnya.  Pra sekolah adalah tapak untuk mereka membiasakan diri dengan alam persekolah, dan asas belajar yang secukupnya perlulah dibekalkan dari rumah supaya proses pembelajaran di sekolah berjalan lancar.

Saya juga berpendapat anak-anak sememangnya wajar didedahkan dengan program-program yang sedemikian untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri, seperti berkeyakinan yang akhirnya akan melahirkan anak-anak yang berani, mampu bergaul dengan masyarakat dalam erti kata lain pandai bersosial, akal yang tajam dimana mudah mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru, dan banyak lagi. Justeru dimana anak kita dihantar bersekolah pada peringkat pra ini bukanlah menjadi kayu ukur ke mana hala tuju anak kita, kerana masih banyak lagi rintangan yang akan mereka lalui apabila bergelar seorang pelajar.