Selasa, 30 April 2013

BEKAL ATAU BELI DI KANTIN

Salam sayang untuk semua.....

Diam tak diam dah masuk lima bulan puteri sulung di Pra Sekolah, maknanya ada baki  lebuh kurang 7 bulan lagi nak menjejakkan kaki ke tahun 1. Berdebar-debar juga rasa hati si ibu ini..yelah tahun satu merupakan satu tahap, si anak perlu lebih berdikari dari segala aspek. Sebelum ni di Pra sekolah semuanya disediakan oleh cikgu lain pula halnya dengan tahun 1. Perkara lain contohnya dari aspek pelajaran, taklah berapa dibimbangkan sangat kerana kita masih boleh pantau di rumah dengan adanya kerja rumah dan buku-buku yang dibekalkan oleh cikgu, kita sebagai ibu bapa juga boleh memberikan latihan kepada mereka. Perkara yang amat membimbangkan saya adalah bab pemakanan, yelah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.00 tgh tentulah perut diminta untuk diisi. Sarapan pagi di rumah memanglah perkara wajib taklah dibimbangkan, tetapi waktu rehat di sekolah, kalau tak silap pukul 10.00 pagi....

perlu bawa bekal dari rumah atau beli di kantin. Kalau beli di kantin, banyak perkara perlu dititikberatkan, bersih ker? sempat ker? seimbang ker?
Kalau bawa dari rumah pula, ada juga perkara yang perlu diambilkira...contohnya basi ker? makanan anak kita tu nanti. 

Sebagai ibu sepenuh masa, saya lebih senang jika anak saya membawa bekal dari rumah, terjamin sikit kebersihannya. Jadi selak lah majalah mana yang patut untuk dapatkan ilmu...cara mengatasi masalah makanan basi ini....


Terdapat beberapa faktor makanan cepat basi yang boleh dikongsi bersama:

Penyediaan Makanan Terlalu Awal
Sebagai ibu, pandai-pandailah kita anggarkan jangkamasa kita menyediakan makanan sehingga anak kita boleh makan makanan tersebut...janganlah pulak kita sediakan makanan tu sebelum tidur malam supaya mudah untuk kita bekalkan pada keesokan paginya, seelok-elokya sediakanlah pada awal pagi, lebih terjamin kesegaran makanan tersebut.

Makanan Disimpan Pada Suhu Bilik
Seelok-eloknya jangan tutup makanan yang masih panas, dan jangan sekali-kali membiarkan makanan terdedah dan dihinggapi lalat, kerana ia merupakan penyebab tersebarnya bakteria. Makanan akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

Tempoh Masa Memasak Tidak Cukup
Memanglah digalakkan tidak terlalu lama memasak sayuran, tetapi tidak kepada sumber makanan lain seperti daging, ikan, dan ayam.

Tidak Mengamalkan Kebersihan Ketika Memasak
Makanan yang ingin dimasak perlu dibersihkan sebaik mungkin untuk mengelakkan pembiakan bateria. Sebagai ibu, perlu ada tanggungjawab menjaga kebersihan dari segala aspek terutama kebersihan tangan. Keadaan di dapur juga perlu bersih dan kemas

Tidak Memanaskan Semula Pada Suhu Yang Cukup (hanya untuk makanan di rumah)
Memanaskan semula makanan berlebihan amat digalakkan untuk mengelakkan pembaziran, tetapi elakkan daripada memberikan bekal kepada anak. Apabila makanan dipanaskan semula, ia perlu dipanaskan dengan sebaik-baiknyauntuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan punca keracunan makanan.

Bagaimanapun tidak menjadi salah jika anak-anak kita makan makanan di kantin sekolah, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu memastikan kantin sekolah terebut betul-betul terjamin kebersihannya. Pada pendapat saya lebih mudah sekiranya anak kita membeli makanan di kantin, ketika mereka sudah berada di tahun 3, kerana pada masa ini mereka lebih bijak membuat keputusan yang baik untuk diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan