Rabu, 17 April 2013

MAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK



Makanan diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran juga berfungsi sebagai pembekal tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental. Ia juga membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap serangan jangkitan penyakit dan menyediakan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan  pada peringkat remaja. Setiap sajian perlulah seimbang seperti disarankan oleh piramid Malaysia.

Kelas makanan terbahagi kepada:

KARBOHIDRAT


  • Membekalkan tenaga
  • nasi, roti, bijirin
PROTEIN
  • Membina sel baru, baiki tisu yang rosak
  • Daging, ikan, putih telur, susu, kacang soya
VITAMIN
  • Sebatian organik yang penting untuk badan, terbahagi kepada vitamin larut lemak (A,D,,E,K) dan vitamin larut air(B,C)
  • Untuk kesihatan badan
  • Sayuran, susu, buah-buahan, ikan kod
LEMAK
  • Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman dari gegaran.
  • mentega, kuning telur, minyak ikan, lemak daging
GARAM MINERAL
  • Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan dan diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Penting untuk kesihatan badan
  • ikan bilis, garam,
PELAWAS
  • Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan, merangsang pengecutan otot disepanjang salur pencernaan.
  • mencegah sembelit
  • nangka, nenas, betik, jagung
AIR
  • 67% daripada badan terdiri dari air
  • mengangkut bahan terlarut keseluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darah
  • Air minuman
Fungsi ibu bapa dalam memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan

Sampaikan maklumat positif tentang pemakanan
Maklumat tentang peri pentingnya makanan yang sihat perlu disampaikan secara bersahaja kepada anak-anak. Cuba sampaikan maklumat yang ada dalam Piramid Makanan yang boleh memberikan banyak hidangan sajian yang lazat. Elakkan daripada memaksa anak-anak untuk mengambil makanan yang sihat, sebaliknya cuba tanamkan sifat tanggungjawab dalam diri mereka untuk mengambil makanan sihat tanpa perlu dipaksa.  Dengan adanya sifat tanggungjawab dalam diri sendiri, ibu bapa tidak perlu risau, samada anak mereka mengambil makanan sihat atau tidak ketika berada di luar rumah cth: sekolah walau tanpa ibu bapa di sisi mereka.  Informasi dan galakkan perlu diberikan dari masa ke semasa, walaupun ia mengambil masa yang lama. 

Jadual pemakanan sihat keluarga
Ibu bapa perlu memastikan jadual pemakanan teratur. Sebagai contoh, sarapan pagi. Ia wajib diambil pada setiap hari terutama sebelum pergi ke sekolah. Menu sarapan pagi juga perlu diambil kira supaya ia tidak terlalu berat, dan memastikan pengambilan susu diamalkan pada setiap pagi. Bagi keluarga yang berkesempatan untuk makan tengahari bersama, lakukannya tetapi jika tidak berkesempatan lakukannya pada waktu makan malam.

Ibu bapa menjadi contoh yang baik
Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan orang disekelilingnya. Oleh itu sebagai orang yang amat rapat dengan anak-anak, contoh yang baik perlulah ditonjolkan terutama dalam aspek pemakanan. Sebagai contoh elakkan mengambil minuman ketika makan, elakkan mengambil makanan yang mengandungi banyak minyak dan minuman yang mengandungi banyak gula, kudapan yang mengandugi banyak warna dan perasa, dan sebagainya. Corak pemakanan ibu bapa sedikit sebanyak akan mempengaruhi pola pemakanan anak-anak.

Lakukan aktiviti membeli barangan dapur dan penyediaan makanan bersama anak-anak
Pada masa ini banyak nasihat dan maklumat tentang makanan sihat boleh disampaikan kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih seronok untuk mengambil makanan yang dibuat olehnya sendiri.