Isnin, 11 November 2013

MAJALAH 3!!!!! SATU MASA DAHULU.....

As Salam semua...
Kadet sedang mempelajari 'windlass system'

suami (coverall merah) dengan C/O Kapal Bunga Mas 6

suami posing 

kadet perempuan DNS 13

Kadet ALAM (Akademi Laut Malaysia) Tahun akhir


Melihat gambar-gambar suami bersama pelajar-plajar ALAM (Akademi Laut Malaysia), teringat satu masa dahulu (tahun 2006) ketika baru-baru bergelar isteri. Masa tu ikut suami pergi belayar,  suami bekerja sebagai "second mate" pegawai kedua di  MISC Bhd. Ct berpeluang menaiki L.N.G.C SS (Liquefied Natural Gas Carrier Steam Ship) Puteri Firus Satu.  Puas jugalah belayar selama lebih kurang 5 bulan. Tapi sayang sekali sekeping gambar pun tak ada...tak tahu mana hilangnya...huhuhu...sedih sungguh. Masa ni kapal yang Ct naik ni membawa  LNG (Liquified Natural Gas) atau dikenali sebagai CH4 methane dari Bintulu Sarawak ke Japan (Tokyo Bay-Sodeagaura, Higashi Oghishima dan Nagoya-Himeji)  Korea (Incheon, Pyeong Teak) dan Taiwan (Koahsiong-Yun An)

Perjalanan kapal dari Bintulu Sarawak memakan masa lebih kurang seminggu untuk sampai ke Japan, dan seminggu lagi untuk sampai ke Bintulu Sarawak semula...Begitu juga perjalanan ke Korea tetapi hanya memakan masa 3 hari ke Taiwan. Sepanjang perjalanan apa yang Ct boleh lihat adalah lautan dimerata tempat dan tak diketahui mana daratan...Alhamdulillah sesampai di Japan dapatlah merasa kedinginan salji walaupun musim salji sudah pun sampai dipenghujungnya. Yang sangat best nya Ct dapat menikmati pemandangan cantik bunga Sakura di Himeji (bandar di kaki gunung Fuji). Tapi sayang semua gambar tak dapat dikesan...Ni pun nasib baiklah ada simpan rakaman Majalah 3 ..."snap shot" gambar jer lah...


gambar ehsan google

gambar ehsan google



pandangan dari bridge

super structure pandangan dari port side manifold camera

main deck dengan cryogenic LNG piping system

Abdullah Sidek Majin pengacara selaku penerbit Majalah 3 ketika itu

lunch time...ct dan suami (masa ni makan tak rasa apa-apa...nervous punya pasal)

Officer Dining Saloon

Officer Dining Saloon and Messroom

Chief Officer  Safety Briefing

pandangan dari Port Bridge Wing

krew kapal bermain futsal di  Stbd fwd Main Deck

Piracy Alert Coverage di anjungan (bridge)

sesi temuramah dengan pengacara (bukan berlagak yer tapi nervous)

Nilah saya..pelakon tambahan yang tak sampai 2 minit tu...


Main Table ketika dinner
penggambaran di ALAM


pelajar ALAM
Sebenarnya kan Ct rasa nak tergelak bila tengok balik video yang Ct kena interview tu...Suami mmang cukup suka ulang tayang bab siti bercakap tu...aduhai nampak berlagak jer muka tu....tapi sebenarnye bukan berlagak..nervous yang teramat sangat..maklum ler first time...

Apapun Ct bersyukur sangat sebab berpeluang menimba pengalaman berada di lautan di dalam kapal yang teramat besar. Hihihi yang paling best dapat melawat negara orang...kalau tak sampai sekarang pun rasanya tak dapat jejakkan kaki ke Japan dan Korea. Nak ke Bintulu Sarawak pun agaknya tak nampak jalannya.
Kredit untuk Mr.Osman bin Ahmad (suami) dan MISC Bhd..juga semua krew di L.N.G.C SS (Liquefied Natural Gas Carrier Steam Ship) Puteri Firus Satu  pada masa tu tak lupa juga pada Mr. Abdullah Sidek Majin dan krew Majalah 3...TQVM...





We, The Children Of Malaysia!!!!


Salam semua....

Majlis konvokesyen puteri Sulong Nur Annaylly. Nak dijadikan cerita Annaylly masuk persembahan bersajak bertajuk "We, The Children of Malaysia". Kat rumah dah ok dah siap dengan sekali...tiba masa persembahan tinggal suara jer...semua gaya hilang...tak apalah nak...ok lah tu...yang penting Annaylly ada keberanian naik atas pentas tu...

Menunggu giliran ambil sijil

baju ni dah last minit baru siap

masa untuk posing


persemabahan nyayian kanak-kanak pra sekolah..kawan-kawan semua pakai uniform sekolah, annaylly tak nak buka pula baju tu

Annaylly menyampaikan poem title"The Children of Malaysia"