Selasa, 11 Jun 2013

ORKID KESAYANGAN

Salam sayang untuk semua pembaca....

Bermulanya mengumpul bunga orkid semasa jalan-jalan di pasar malam. Ternampak satu gerai menjual bunga....mata terus tertumpu pada bunga orkid yang berwarna-warni lantas membeli 3 pokok orkid berlainan warna.... Lama kelamaan menjadi satu kemestian pula, apabila pergi ke pasar malam mesti membeli pokok orkid, paling tidak pun satu pokok. Sehinggalah  sekarang ni dah ada 10 pokok orkid tergantung di porch kereta. 

Antara orkid-orkid yang sedang berbunga sekarang ni...


Orkid ini warna putih bercampur bebayang pink

Ini pun orkid putih tapi ada purple di dalam

orkid ni paling rajin berbunga

purple orkid

Memang seronok bila melihat orkid-orkid ni sentiasa berbunga. Bunganya juga tahan lama asalkan kita rajin menyiram dan membaja, In Sya Allah ia akan berbunga sentiasa. Sebut tentang baja Ct gunakan baja cecair yang disemburkan di bahagian batang dan akar seminggu sekali pada waktu petang. Lagi satu, Ct nak kongsikan kalau boleh jangan kenakan air bahagian bunganya ketika menyiram, supaya bunga tahan lama. Di dalam gambar ni senghaja Ct kenakan air supaya nampak menarik sikit..hehehe.....kebiasaannya Ct siram bahagian arang di pangkal pokok dan batangnya sahaja....