Sabtu, 21 September 2013

BUNGA LAGI!!!

Salam untuk semua.....

Lavender....itulah yang dikatakan oleh akak penjual bunga ni....cantik terus terpikat....


macam bunga lavender tapi tak ada bau

tambah koleksi orkid lagi...
Menanam dan menjaga pelbagai jenis flora bukan sahaja boleh dijadikan hobi, malah ia juga boleh dijadikan terapi minda. Melihat tanaman yang kita tanam hidup subur memberikan satu kepuasan dalam diri yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.

Jumaat, 20 September 2013

TABIKA KEMAS

Salam untuk semua...


"Anak sekolah mana?" "Tabika KEMAS jer"...."kenapa hantar anak kat KEMAS, sekolah banyak makan jer"...ada lagi yang menambah... "sekolah banyak main"....ada lagi yang menambah...."budak tak belajar asyik menyanyi jer". 

Inilah yang sering kita dengar persepsi masyarakat tentang Tabika KEMAS. Hakikatnya KEMAS banyak mengajar anak-anak membentuk dan mengenal diri mereka, sekaligus bersedia menghadapai alam persekolahan yang formal (sekolah rendah). Kalau nak kata KEMAS banyak main...dah tentulah otak kanak-kanak berkembang semasa mereka bermain...nak kata anak-anak banyak makan....kan ker ini menyenangkan ibu bapa tak perlu tergesa-gesa menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dah tu tak perlu tergesa-gesa menyediakan makan tengah hari untuk anak sebab anak-anak dah siap makan pada pukul 10.30 pagi..dah tentu balik rumah perut masih kenyang.....nak kata anak banyak menyanyi...dah tentu ada fakta yang mengatakan proses pembelajaran lagi mudah disampaikan dalam bentuk nyanyian...Kesimpulannya...jangan sesekali menuding jari ke arah pihak tertentu sekiranya anak-anak kita tidak berapa berjaya di peringkat pra sekolah. sebaliknya lihat diri sendiri adakah kita memainkan peranan kita dalam membantu anak-anak kita menjalani proses pembelajaran mereka di peringkat awal.


"Ramai ibu bapa berpendapat usaha memupuk kejayaan akademik pelajar adalah tugas dan tanggungjawab sekolah, bukan tugas dan tanggungjawab mereka. Kita harus ingat bahawa tahap kemajuan pembelajaran anak kita akan lebih ketara dan terserlah sekiranya wujud kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa" petikan dari buku... Sentuhan ibu bapa anakku bijak belajar

Untuk bacaan lanjut klik sini

Khamis, 19 September 2013

OH CAPSICUM 2!!!!!

Salam untuk semua...

Ct pernah post gambar capsicum di entry yang lepas klik sini....Ada blogger yang sudi singgah di blog Ct ini, dan minta post gambar capsicum yang dah ranum...nampaknya tak kesampaian...capsicum layu dan gugur sebelum waktunya...alahai...hampa juga rasanya....mungkin cuaca di sini tak sesuai untuk capsicum membesar. Apapun...Alhamdulillah diberi peluang melihat pokok capsicum dan buahnya yang masih muda....

cantik pulak cili ini...gambar ehsan google

Rabu, 18 September 2013

KEMBANG MEKAR!!!!

Salam untuk semua...

Gembira sungguh tak terkata...bunga yang dinanti telah pun mekar...bunga matahari!!!!Hoooreyyy!!!!


bunga matahari tidak sesuai ditanam dipasu.

Jumaat, 13 September 2013

Buku: SENTUHAN IBU BAPA - Anakku bijak belajar

Salam untuk semua....


Kali ini Ct ingin berkongsi tips mendidik anak dari buku hasil tulisan Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D (pakar motivasi dan strategi belajar). Didalam buku ini ada memetik:

Zig Ziglar dalam bukunya 'Raising Positive Kids in a Negative World' mengisahkan satu cerita menarik mengenai kesibukan seorang ayah.

Seorang anak muda akan dikenakan hukuman penjara. Tuan Hakim mengenali anak muda itu sejak kecil lagi kerana mengenali bapa kepada anak muda itu iaitu seorang peguam terkenal yang rajin menulis buku. Tun Hakim bertanya kepada anak muda itu, "Adakah kamu masih ingat lagi dengan bapa kamu?" "Ya Yang Arif, masih segar lagi dalam ingatan saya," jawabnya.

Kemudian, dalam usahanya untuk mengusik hati kecil anak muda itu agar dia rasa lebih bersalah memandangkan bapanya adalah seorang ternama, beliau menyambung soalannya, "Disaat kamu akan dijatuhkan hukuman dan apabila dikenangkan kembali bapa kamu, seorang yang ternama dan terhormat, apa perkara yang benar-benar terlekat diingatanmu?" Anak muda tadi termenung sejenak lalu memberi jawapan yang tidak disangka-sangka oleh Tuan Hakim. 

Jawabnya " Saya ingat ketika saya pergi kepadanya untuk mendapatkan nasihat, dia memandang kepada saya dan berkata, "Tidak nampak ke ayah sedang sibuk menulis ni? Pergilah ayah sibuk!"

Apabila saya cuba menghampirinya dan mengambil sedikit masa untuk berbual-bual dengannya, dia terus berkata "Tak faham ke ayah belum habis menulis buku lagi". Yang Arif....Yang Arif mengenalinya sebagai seorang peguam terbilang. Saya pula mengenalinya sebagai seorang kawan yang telah saya hilang". Tuan Hakim itu kemudian berkata-kata dalam hatinya, "Akhirnya beliau siap menulis buku, tetapi malangnya, beliau hilang seorang anak".   - Zig Ziglar-

Dari cerita pendek ini jelas mengandungi isi tersirat....betapa peranan ibu bapa itu amat penting dalam menentukan masa depan anak-anak. Keprihatinan kita sebagai ibu bapa terhadap kemahuan anak-anak adalah yang terpenting dari segala urusan. 

Bagaimanapun masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan.  
 " Dalam mengenang kembali peluang yang terlepas bersama anak-anak itu jangan berkata, " Kalaulah dulu aku...(if only)" tetapi katakanlah "Baiklah lain kali...(next time)"  -Zig Ziglar-

Sebagai contoh: "Kalaulah aku  tahu bahawa mendengar keluhan anak itu penting sangat, sudah tentulah aku dahulu sepatutnya lebih prihatin...." Kini tukarkan kepada "O.K...lain kali bila-bila masa pun jika anak-anakku merungut, mengeluh atau sebagainya, aku akan mendengar betul-betul dan memberikan masa kpadanya".

Bersesuaian dengan Hadis Rasulullah SAW:
"Gunakanlah lima sebelum tibanya lima, iaitu gunakan masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum miskinmu, lapangmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu"






Isnin, 9 September 2013

HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PARLIMEN MASJID TANAH 2013

Salam untuk semua....

7 September 2013 berlangsungnya hari potensi puteri bongsu...Nur Allyssa...Ia diljalankan di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Pada hari ini Allyssa masuk perlawanan bola jaring. Alhamdulillah dapat tempat ke-2.  Kami sebagai ibu bapa merasa puas kerana ini merupakan pengalaman baru untuk anak kami. Walaupun guru-guru merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat mara ke peringkat negeri, tetapi mereka merasa gembira kerana penat lelah melatih mereka selama ini telah membuahkan hasil.


first game...lawan Dun Lendu...menang

second game... lawan Dun Tabuh Naning...menang


haus sungguh adik GD ni...Allyssa...

Alhamdulillah dapat tempat ke-2

posing selepas majlis penyampaian hadiah

kami sekeluarga

bersama puteri sulong..Annaylly dan rakan sekolah

sebelum perlawanan bermula

sebelum majlis perasmian

anak-anak Dun Kuala Linggi

berlatar belakangkan Kompleks Rakan Muda

Masa ini puteri sulong tak ada mood...

sesi memanaskan badan dengan cikgu Anum

sesi memanaskan badan...elak kecederaan..

bersama rakan sepasukan

puteri sulong Annaylly...pertandingan mewarna...

Game ke-3 tewas... melawan Dun Tanjung Bidara

Bersama cikgu....

Rabu, 4 September 2013

ALAHAI ANAK.....

Salam untuk semua.....

Kali ini Ct nak kongsikan tentang masalah puteri sulong Ct...."bedwetting" atau istilah lain kencing malam....istilah perubatan "enuresis"....tapi puteri bongsu Ct kencing waktu tidur di siang hari...alahai...Hasil pembacaan Ct dalam http://pama.karangkraf.com/mobile/kanak-kanak/atasi-anak-kencing-malam-1.144995 ...Ct mengklasifikasikan puteri bongsu Ct tergolong dalam 'Secondary enurasis' dimana kencing waktu tidur apabila terlalu aktif bermain disiang hari atau penat, masalah emosi, sedih atau marah, ataupun perubahan waktu tidur. Apatah lagi sekarang ni memang pun puteri Ct sedang menjalani latihan bola jaring di sekolah tadika. Bgaimanapun jika kanak-kanak sering kencing malam tanpa sebab ia dinamakan 'primary enurasis'

Menurut artikel tersebut lagi, tabiat ini akan hilang selepas mereka berumur 6 tahun ke atas. Apa yang membimbangkan Ct adalah sekiranya ia berkaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetes, atau buah pinggang. Sekiranya kawan-kawan blogger pernah alami masalah ni dan ada jalan penyelesaiannya tolong syer yer......


termenunglah pulak...


puteri idaman kalbu....