Sabtu, 28 Disember 2013

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 6...PASAR MALAM BRINCHANG

Part 6 ...entry sebelumnya

Setelah penat berjalan seharian...singgah sebentar di Pasar malam Brinchang. Pasar ini dibuka setiap hari pada musim cuti. Hmmm.... pasar ini adalah salah satu tempat yang Ct syorkan untuk membeli barang makanan dan juga cenderamata...boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Kalau nama strawbery celop coklat memang banyak 3 cucuk RM5 secucuk ada dalam 2-3 biji starwbery ikut saiz.

Pasar malam Brinchang...antara penyebab kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi waktu cuti

Nak merasa..kata orang sedap strawbery celop coklat....3 cucuk RM5...topi yang ANNALLYSSA pakai tu 1 RM10

Selain strawbery celop coklat, jagung bakar juga menjadi pilihan para pengunjung di Cameron..makan semasa panas...memang manis rasanya.... Selain itu limau  sekilo RM7 memang manis gebu-gebu pulak tu...mesti cuba. Cerita tentang makanan bungkus purata harga minimum adalah RM6 sebungkus. Cukup memadai.
Antara makanan yang dibeli di Pasar Brinchang

tak tau pula apa nama limau ni...memang manis

selepas makan malam, jalan-jalan di kawasan hotel

lepak di lobby hotel...dah penat seharian berjalan

ANNALLYSSA...dah penat

cuba buat sendiri strawbery celop coklat...

Pada malam ni tak banyak aktiviti yang dilakukan hanya berehat di hotel...maklumlah esok hari ke-3 dah nak check out dah...jadi sesi mengemas bermula... Tetapi esok ada lagi tempat yang nak dilawat...Cactus Point....pun tak kurang bestnyer tepat ni.....

baca seterusnya part 7



CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 5 : LAVENDER GARDEN , TRINGKAP

Part 5....entry sebelumnya

Perjalanan kami di Tanah Tinggi ini banyak tertumpu pada hari ke-2..Selepas ke Ladang Teh Sungei Palas, Ct minta pergi ke Taman Lavender yang terletak di Tringkap...dikenakan RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak....

Dari tepi jalan lagi dah nampak replika starwbery ni...

Inilah dia bunga lavender yang diperkatakan tu...kat rumah Ct ada sepokok Alhamdulillah sampai sekarang ni masih hdup...yang penting jangan kenakan cuaca terik matahari...letak di tempat teduh...

kat sini ada sesi fotografi...tk silap byaran RM30  tapi kalau tak nak pun tak apa diorang memang akan ambilkan gambar kita kat tempat ni...terpulanglah nak beli atau tidak...

comelkan rumah-rumah kecil ni...

ala-ala english style..memang cantik...

di belakang kami...memang berwarna-warni bunganya....

bahagian kiri gambar adalah sangkar kelulut...ada banyak kat sini

menuju ke ladang strawbery boleh petik sendiri....tapi masa Ct pergi dah tak ada dah...katanya petik strawbery hanya pada waktu pagi

banyak-banyak tempat Ct rasa kat sini paling cantik....bunga kat sini memang untuk dijual pilih mana satu kita nak kemudian pekerja potong dan dijual RM2 setangkai

memang rambang mata kat sini

pandang bawah...macam lautan bunga lah pulak...


inilah dia bahagian strawbery tu...macam tak banyak pulak buahnya

Ini pula bahagian yang tak berapa sedap dipandang mata...

nama pun budak...mesti suka jumpa tempat yang berair dan berikan

macam nak buat rumah macam ni jer...cantik..

kalaulah rumah kita atas bukit macam ni...mesti best tengok pemandangan cantik setip hari

dah nak turun sudah...

gambar lagi...kat sini ada juga dijual cenderamata....

berehat sebentar..sementara Allyssa betulkan kasut

jagung oh jagung...

hahahaha.....

Hello Kitty pun ada

bahagian parking kereta
Sedikit pandangan Ct tentang tempat ni...sesuai untuk para penggemar bunga kerana ada banyak tempat menarik yang boleh dijadikan tempat posing.....Hanya untuk melihat bunga-bungaan.....Tetapi mungkin sedikit "bored" kepada para suami dan anak-anak...tak banyak benda yang mereka boleh "explore"....apa kata orang tu.."hanya untuk cuci mata"....lagipun memang ramai pengunjung kat sini...nak jalan pun susah...apa-apaun semua tu dijadikan sebagai pengalaman...kalau tak tahu...

baca seterusnya  part 6