Jumaat, 27 Disember 2013

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 4.... BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS

Part 4...sambungan entry sebelumnya

Masih lagi hari ke-2....selepas bersarapan pagi kami terus ke Ladang Teh Sg.Palas. Perjalanan bermula awal pagi untuk mengelakkan kesesakan di Kea Farm dan Pasar Brinchang.....lagipun kami tidak mahu ketinggalan untuk  menikmati kabus pagi di ladang teh....hmmmm...dalam perjalanan sentiasa berdebar-debar bukan kerana tak sabar nak melihat kecantikan alam tetapi sebab keadaan jalan yang amat sempit.....


kalau berselisih dengan kenderaan...kecut  jugalah perut...
pandangan dari atas,  jalan bahagian bawah

cerun curam di tepi jalan

sampai sudah...

kabus dah di hujung-hujung gunung

bergambar ler....
 Oh yer sebelum Ct terlupa....sekiranya nak pergi ke tempat ni seelok-eloknya pergi awal pagi...macam Ct seawal jam 8.30 a.m dah sampai jadi tak prlu menapak naik ke atas sebab kereta dibenarkan bawa sampai ke atas. Kami bersyukur sangat sebab ada pekerja yang amat berkhemah menyapa kami dan  mempelawa kami untuk membawa kenderaan sampai ke atas,  katanya "boleh bawa kereta sampai atas sebab masih awal dan belum ada ramai orang sekejap lagi bila dah ramai saya sekat"....huh...lega rasanya..kalau tidak jenuh juga nak mendaki....

kalau dah ramai pelawat nun di bawah sana tempat park kereta...

pemandangan kat sini memang cantik..

tempat ni merupakan tempat pebret suami

terasa lah juga kesejukan dan kesegaran udara di sini

asyik berdiri jer..duduklah pulak

Pelawat yang datang ke Ladang Teh Sg. Palas ni bukan sahaja hendak menikmati pemandangan cantik, tetapi juga untuk menikmati hidangan di cafe berhampiran yang amat popular dengan "scone"...kata orang kalau datang ke sini tak rasa "scone" memang tak sah...Nak dijadikan cerita lagi semasa kami tiba cfe ni belum buka lagi...kira kami ni first customer lah...jadi memang banyak tempat kami boleh pilih untuk mendapatkan view yang cantik...
kami orang pertama sampai...jadi dapat tempat best

best!!! kata annaylly


masih kosongkan tempat ni,,,maklumlah first customer....

tiba masanya menikmati  minum pagi


Annaylly dengan "scone"
 Suami order *1 Apple Pie = RM 7.00  *1 Plain Scone = RM8.00  *3 Cameron Gold Bland (L) RM12.90... Satu lagi sebelu Ct terlupa susu yang digunakan untuk kita bancuh dengan teh adalah susu segar tak tahulah kalau kita boleh request untuk susu biasa...masa mula-mula Ct rasa memang tak leh nak layan....tapi tak tahulah selera orang lain kan...
Ini sahaja minum pagi kami...bukan apa perut masih kenyang sebab baru lepas sarapan pagi di hotel

ANNALLYSSA pun nak membancuh

jemput minum...hehehe

suami layan anak...

cukup ceria suami kat sini

berlatarbelakangkan ladang teh...memang terbaek!!!!!


Inilah mesin yang digunkan untuk memproses daun teh

Pengasas Ladang Teh Sg. Palas

Apa lagi dalam perjalanan balik singgah sekejap untuk posing dalam pokok teh

seronoknya rasa masa tu...cantik sungguh pemandangan

sorang satu muka....

Alhamdulillah misi ke Ladang Teh Sg.Palas berjaya...selepas ini kami meneruskan perjalanan ke Lavender Garden...memang catik....

baca seterusnya part 5


2 ulasan: