Rabu, 22 Mei 2013

"AGAR-AGAR KESUI"

Maaf yer bukan agar-agar..tetapi kuih kesui dalam cetak agar-agar...Kuih ni dibuat bersama-sama jiran yang memberi tunjuk ajar....memang lembut......




BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung beras/gandum
1 setengah cawan tepung ubi
1 setengah cawan gula pasir
anggaran 2 cawan gula merah yang telah dicairkan
1 t/s kapur
kelapa parut dicampur sedikit garam (untuk hiasan)

CARA MEMBUAT:
campurkan semua bahan diatas, kacau sebati, rasa kemanisan tepung....kukus lebih kurang 1 jam.

~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~

SEBELUM DAN SELEPAS


Salam untuk semua....

Sebelum ini saya ada keluarkan artikel dalam post KEBUN MAK SITI....dan ini adalah lanjutan daripada perkembangan tanaman di kebun mini saya...

 POKOK KACANG BOTOL




guna pakai payung anak yang sudah rosak...hasil kreativiti suami....



PUCUK KADUK







POKOK KACANG BUNCIS




POKOK LABU




POKOK BUNGA KANTAN YANG BARU DITANAM....dengan penuh minat menunggu tunas baru keluar....


Ini pula beberapa tanaman berbunga yang baru saya tanam....









Seronok rasanya apabila melihat pokok tanaman hasil titik peluh kita membesar....ia bukan sahaja boleh mencantikkan lanskap di persekitaran rumah kita, bahkan boleh dijadikan terapi minda.....tenang melihat kehijauan di sekeliling kita. Bagi tanaman herba pula seperti pucuk kaduk, bunga kantan, daun selasih, pokok limau purut (seperti yang telah saya sentuh pada artikel sebelum ini) dapat mempermudahkan kerja-kerja memasak..tak perlu berlari ke kedai sekiranya tiada bahan yang diperlukan.