Sabtu, 28 Disember 2013

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 6...PASAR MALAM BRINCHANG

Part 6 ...entry sebelumnya

Setelah penat berjalan seharian...singgah sebentar di Pasar malam Brinchang. Pasar ini dibuka setiap hari pada musim cuti. Hmmm.... pasar ini adalah salah satu tempat yang Ct syorkan untuk membeli barang makanan dan juga cenderamata...boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Kalau nama strawbery celop coklat memang banyak 3 cucuk RM5 secucuk ada dalam 2-3 biji starwbery ikut saiz.

Pasar malam Brinchang...antara penyebab kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi waktu cuti

Nak merasa..kata orang sedap strawbery celop coklat....3 cucuk RM5...topi yang ANNALLYSSA pakai tu 1 RM10

Selain strawbery celop coklat, jagung bakar juga menjadi pilihan para pengunjung di Cameron..makan semasa panas...memang manis rasanya.... Selain itu limau  sekilo RM7 memang manis gebu-gebu pulak tu...mesti cuba. Cerita tentang makanan bungkus purata harga minimum adalah RM6 sebungkus. Cukup memadai.
Antara makanan yang dibeli di Pasar Brinchang

tak tau pula apa nama limau ni...memang manis

selepas makan malam, jalan-jalan di kawasan hotel

lepak di lobby hotel...dah penat seharian berjalan

ANNALLYSSA...dah penat

cuba buat sendiri strawbery celop coklat...

Pada malam ni tak banyak aktiviti yang dilakukan hanya berehat di hotel...maklumlah esok hari ke-3 dah nak check out dah...jadi sesi mengemas bermula... Tetapi esok ada lagi tempat yang nak dilawat...Cactus Point....pun tak kurang bestnyer tepat ni.....

baca seterusnya part 7



Tiada ulasan:

Catat Ulasan