Isnin, 13 Mei 2013

BOTOK-BOTOK IN THE HOUSE~~~~~~

Hari ini nak kogsi cara nak buat botok-botok...dulu tak pandai buat...tapi disebabkan suami suka jadi kenalah belajar...
ulam-ulaman..kebiasaannya pucuk buas-buas, pucuk ubi, daun selasih, pucuk betik

lepas letak ikan atas ulam-ulaman tu...curahkan kuahnya

letak lagi ulam-ulaman atasnya

akhir sekali kukus...

dah pun siap
Bahan-bahannya:

Bahan-bahan kisar: (anggaran sendiri)
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai  (lagi banyak lagi sedap, saya guna 6 tangkai serai)
Kerisik
Sedikit santan pekat

Kalau boleh kurangkan air semasa mengisar, hanya guna air santan sahaja
Tuangkan ke dalam mangkuk bahan kisar tadi dan campurkan dengan 5 biji telur dan kari ikan (telur amat penting untuk pastikan bahan kisar menjadi pekat setelah dikukus)...perasakan dengan sedikit gula, air asam, dan garam

Ula-ulaman  :
Pucuk buas-buas (paling penting untuk menaikkan aroma)
Pucuk ubi
Pucuk betik
Daun selasih (jangan banyak sangat)
Daun mengkudu

Selamat mencuba~~~~~~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan