Jumaat, 10 Januari 2014

DIDIK ANAK MENABUNG DI USIA 6 - 7 TAHUN

Salam untuk semua....

Menyentuh tentang wang belanja yang dibekalkan kepad anak-anak di usia 7 tahun, berapa agaknya wang saku yang dibekalkan kepada anak-anak yang berumur 7 tahun?... Rata-rata para ibu yang Ct tanya minimum yang mereka bekalkan adalah RM2. Ooooopsss...nampak gayanya Ct lah yang paling sikit beri wang saku kepada puteri sulong Ct... Annaylly...RM1. Bagaimanapun Ct ada alasan Ct sendiri.

Alasan pertama... kerana Annaylly belum berapa faham tentang duit. Dengan membekalkan wang saku RM 1 diharapkan Annaylly dapat membiasakan diri dengan jumlah tersebut...elak dari  terkeliru.  

Alasan kedua....Annaylly ada bawa bekal dari rumah, untuk elakkan daripada Annaylly kelaparan sekiranya tak sempat untuk membeli makanan di kantin.....

Alasan ketiga...Annaylly ada bawa minuman sendiri..

Alasan keempat....sebenarnya Ct tak berapa gemar Annaylly makan makanan di kantin...lebih terjamin rasanya makan bekal sendiri...

Alasan kelima.....walaupun ini alasan kelima tetapi ia adalah motif utama Ct dan suami....untuk mengajar Annaylly tidak berbelanja dengan boros....setiap hari kami nasihatkan Annaylly supaya memastikan akan ada duit baki dari RM1 yang dibekalkan. Memanglah nampaknya macam kejam ...apalah yang dapat dibeli dengan RM1 kan...tetapi Alhamdulillah setiap hari Annaylly pulang ke rumah dengan wang baki di tangan.

Ct nak kongsikan sedikit bagaimana caranya untuk memujuk Annaylly supaya menyimpan baki wang sakunya.... Kami telah sediakan tabung kosong untuk mereka adik beradik bermula tahun 2014. Perjanjiannya adalah mereka boleh beli apa sahaja yang mereka mahukan dengan wang baki dari wang saku mereka. Jimat mereka berbelanja maka cepatlah mereka akan mendapat apa yang mereka inginkan. Apalagi Annayly pun berusaha untuk menyimpan wang sakunya setiap hari. Untuk Annallyssa kami berikan 50 sen setiap hari..dan terus dimasukkan ke dalam tabungnya kerana Allyssa tak prlu berbelanja, Pra sekolah ada disediakan makanan.

Hasil tabungan Annaylly bermula awal pesekolahan

Ini pula hasil tabungan Allyssa bermula awal persekolahan

Diharapkan semoga teknik ini akan dapat mendidik kedua-dua puteri kami akan peri pentingnya berjimat cermat dan pandai menghargai nilai wang...Ini adalah teknik kami untuk mendidik anak....bagaimana pula dengan teknik pembaca yang lain yer....perkongsian dari rakan pembaca amat dialu-alukan.....dipersilakan.....

7 ulasan:

  1. Mendidik perlukan sedikit ketegasan dan disiplin. Kadangkala nampak seperti kejam tetapi ianya selalunya akan berjaya. Semoga cara anda berkesan... mungkin setelah 3 bulan atau tempoh tertentu, bolehlah update perkembangannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm BM.... atas pandangan yang diberikan....In Sya Allah akan diberitahu perkembangannya pada masa akan datang...

      Padam
    2. BM mohon share pendapat di Fb Ct yer....tq

      Padam
  2. slm kenal.saya follow sini.
    susahnya nk sebut nama anak ct tu..annaylly

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq atien zuraidah....ha...betu ler tu..anaylly...hihihi...slam kenal juga...

      Padam
  3. Memang sangat betul tu... anak2 kena ajar dari kecil untuk menabung supaya jadi kebiasaan sampai dia dewasa...

    BalasPadam
  4. sebagai ibu bapa memang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak.... kan.... Nanie

    BalasPadam