Selasa, 10 Mac 2015

COSMEDIC CLINIC MELAKA, KLINIK PAKAR KULIT MAMPU BAYAR PART 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah telah genap 2 bulan Ct menjalani rawatan di Cosmedic Clinic Jalan Ong Kim Wee. Dengan Izin Allah alahan produk yang Ct alami sejak Raya Aidilfitri 2014 telah pun pulih. Boleh dikatakan setahun jugalah. Kesilapan yang Ct lakukan adalah pandai-pandai buat rawatan sendiri, beli produk di Farmasi, pergi Spa buat facial muka, tanpa merujuk ke doktor apa masalah sebenar kulit muka Ct. Cuma baru dua bulan lepas Ct buat rawatan di Cosmedic Clinic dimana masalah Ct dah agak serius. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dipersilakan  baca  2 entry  Ct yang lepas klik Cosmedic Clinic part 2

Selepas lebih kurang 2 bulan mengambil  antibiotik yang dibekalkan oleh doktor dan menggunakan krim sapuan jerawat telah pulih sepenuhnya. Pada kali pertama jumpa doktor , doktor beritahu proses pemulihan dalam jangka masa dua bulan, ianya betul. Tetapi kesan jerawat hanya akan hilang dalam jangka masa 4 bulan....jadi Ct perlukan masa lagi 2 bulan untuk hilangkan kesan jerawat yang ada. Bagaimanapun Ct amat bersyukur kerana jerawat telah mati dan tiada jerawat baru yang timbul dan kesan jerawat juga makin hari semakin pudar. Untuk mengetahui kos keseluruhan sebelum ini Klik Cosmedic Clinic part 1. ditambah dengan kos baru appointment ke-5 Ct  RM355. Disebabkan kulit muka Ct yang sedikit gelap dan kusam doktor menyarankan supaya ct mengambil supplement Pynocare dan Vitamin C.

Pynocare RM 185 untuk pengambilan lebih kurang 3 minggu 2 biji sehari.


Setelah berbincang dengan suami, suami bersetuju, jadi on...lah, hehe...tapi Pynocare sahaja....Vitamin C lain kali...over budget pulak kalau ambil dua-dua sekali.....nak tengok hasilnya nanti dalam masa 3 minggu. Apa yang Ct tengok dalam isi kandungan Pynocare ni, ada 2 jenis supplement yang diperlukan untuk kulit seperti Vitamin C, dan Vitamin E ada juga ekstrak tomato.....dan lain-lain. Untuk mengetahui tentang Pynocare ni, cuba cari maklumat di google.



Semoga info ini dapat membantu wanita di luar sana yang mempunyai masalah yang sama dengan Ct. Sekali lagi Ct ingin memberitahu wanita di lauar sana,  jangan sesekali cuba itu dan ini kalau kulit muka dah bermasalah...jalan penyelesaian yang sewajarnya adalah jumpa doktor, bukan doktor sakit demam, tetapi doktor pakar kulit. Selebihnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya sesuatu itu terjadi dengan izinNya.