Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan hujung minggu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan hujung minggu. Papar semua catatan

Selasa, 25 November 2014

Muzium Samudera "Flor De La Mar" Melaka

Asalamualaikum dan salam "Melaka Maju, Negeri Bandar Teknologi Hijau".

Musim cuti sekolah telah pun tiba, mesti ramai ibu apa yang tengah buat "survey"ke mana nak bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni. Memandangkan Ct duduk di Melaka, jadi kami gunakan peluang yang ada untuk membawa anak-anak melawat tempat-tempat pelancongan di Melaka.

Kali ini cuba peruntukan satu masa di Bandar Hilir Melaka. Terdapat banyak muzium di sini, sampai penat kaki menapak keluar dan masuk Muzium. Di sini terdapat Unit Kompleks Sejarah, dan Etnografi, juga Unit Kompleks Muzium Samudera. Tiket berharga Rm3 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak-kanak. klik sini untuk maklumat lanjut.

Untuk entry kali ni, Ct nak kongsi gambar di Muzium Samudera "Flor De La Mar"

muzium samudera dari luar


pintu masuk

besar jugalah kapal ni

perlu naik tangga

kapal dan tali tak dapat dipisahkan....

puteri bongsu

bahagian atas...tapi belum masuk kapal lagi

bagus.....hihi...kata mereka

captain deck

dah mula panas

di muzium ni ada disediakan "audio tour".....apabila nampak nombor disatu tempat tekan no yang dibekalkan untuk mendengar maklumat tentang sesuatu perkara. Rm3 untuk satu set.

tangga lagi

antara bahagian dalam kapal

inilah dia "audio tour" yang ct maksudkan tadi

satu sudut dalam kapal

penjelasan tentang sistem barter di  sudut ini

apalah agaknya yang dilihatnya 

ramai juga pengunjung yang datang

banyak replika kapal yang menarik di sini

di sebalik cermin

laksamana Hang Tuah

sambil dengar penerangan "audio tour" sambil posing

antara contoh matawang yang digunakan pada zaman dahulu


ke bahagian bawah kapal


peluru meriam

ada peluru...adalah meriamnya

peti besi

bilik tahanan...

bilik tahanan

berehat sebentar

mereka di atas..Ct di bawah

belajar sejarah kita di sini

pengunjung sudah semakin ramai
Alhamdulillah siap sudah kunjungan kami di Muzium Samudera "Flor De La Mar". selepas ni kami nak ke muzium lain pula.....nantikan entry selepas ini ya......terima kasih

Ahad, 30 Mac 2014

TAMAN SERIBU BUNGA AYER KEROH

Salam untuk semua .....

Cuti sekolah yang lepas kami pergi ke Taman Seribu Bunga yang terletak di Ayer keroh....Nama tempat ni macam best ...Taman Seribu Bunga...tapi bila masuk jer....lebih banyak pokok dari bunga.....apapun hati terubat juga bila melihat bnyk tempat-tempt menarik kat sini.....antara bukti yang mengukuhkan kenyataan tempat ni cantik adalah...ramai pasangan pengantin yang posing kat sini....

pintu masuk....ala-ala cameron highland gitu

papan tanda...nak kemana?...tempohari kami ke kiri...sebab apa?..teruja nak tengok rumah orkid.....

rumah tradisional negeri Melaka

mari berpantun

ada pulak perigi kat sini....

annallyssa jumpa perigi macam jumpa pool

Nak cuba timba air

berat...tak sampai atas

satu lagi sudut

deretan batu

kawasan yang luas

aksi anak dan abah

rumpun buloh

hujan mula lebat

terpaksa menangguhkan pengembaran

taman herba pun ada..tapi tak besar
Jika ada kesempatan kami bercadang untuk datang lagi ke tempat ini kerana banyak lagi tempat yang belum diteroka...memandangkan hujan semakin lebat kami bergegas pulang. Lagipun banyak tempat-tempat menarik tak dapat kami singgah sebab pasangan pengantin tengah posing...beri laluan kepada mereka... 

Berjumpa lagi di entry yang akan datang ya....