Rabu, 22 Mei 2013

SEBELUM DAN SELEPAS


Salam untuk semua....

Sebelum ini saya ada keluarkan artikel dalam post KEBUN MAK SITI....dan ini adalah lanjutan daripada perkembangan tanaman di kebun mini saya...

 POKOK KACANG BOTOL




guna pakai payung anak yang sudah rosak...hasil kreativiti suami....



PUCUK KADUK







POKOK KACANG BUNCIS




POKOK LABU




POKOK BUNGA KANTAN YANG BARU DITANAM....dengan penuh minat menunggu tunas baru keluar....


Ini pula beberapa tanaman berbunga yang baru saya tanam....









Seronok rasanya apabila melihat pokok tanaman hasil titik peluh kita membesar....ia bukan sahaja boleh mencantikkan lanskap di persekitaran rumah kita, bahkan boleh dijadikan terapi minda.....tenang melihat kehijauan di sekeliling kita. Bagi tanaman herba pula seperti pucuk kaduk, bunga kantan, daun selasih, pokok limau purut (seperti yang telah saya sentuh pada artikel sebelum ini) dapat mempermudahkan kerja-kerja memasak..tak perlu berlari ke kedai sekiranya tiada bahan yang diperlukan. 

Khamis, 16 Mei 2013

TSUNAMI HARI GURU


16 Mei 2013...hari guru disambut di seluruh Malaysia...sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita untuk memperingatkan anak-anak kita tentang peri pentingnya mengingati hari guru dan setidak-tidaknya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang telah ataupun sedang mahupun yang tidak pernah mendidik mereka.....Nur Annaylly dan Nur Allyssa tidak terkecuali membuat persiapan untuk menyambut hari guru di sekolah masing-masing pada hari esok 16 Mei 2013


Kerja-kerja dekorasi dilakukan 2 hari lebih awal, iaitu pada 14 Mei 2013...

Annaylly tekun membuat dekorasi menggunakan Glitter Glue

Allyssa juga tidak melepaskan peluang menggunakan Glitter Glue

Peralatan yang digunakan semasa membuat dekorasi hadiah hari guru


Inilah hasilnya......


Pada 15 Mei 2013....

operasi membuat gulungan kertas untuk diisi dalam mug...

Annaylly 

Allyssa

hasilnya setelah beberapa minit

sudah siap

tambah riben 
Pada malam 15 Mei 2013...
Walaupun Annaylly demam..tetap digagahkan juga dirinya untuk menyiapkan kad Selamat Hari Guru...Begitu juga dengan Allyssa bersemangat menyiapkan kad untuk cikgu Reen Areenz tersayang....












Inilah hasil kerjasama kami sekeluarga....


Semoga Tuhan memberikan rahmatNya agar majlis Hari Guru yang akan diadakan pada 16 Mei berjalan lancar. Kepada anak-anak yang amat disayangi... Mak kagum dengan kesungguhan kamu...Tahniah!!!!!

Isnin, 13 Mei 2013

BOTOK-BOTOK IN THE HOUSE~~~~~~

Hari ini nak kogsi cara nak buat botok-botok...dulu tak pandai buat...tapi disebabkan suami suka jadi kenalah belajar...
ulam-ulaman..kebiasaannya pucuk buas-buas, pucuk ubi, daun selasih, pucuk betik

lepas letak ikan atas ulam-ulaman tu...curahkan kuahnya

letak lagi ulam-ulaman atasnya

akhir sekali kukus...

dah pun siap
Bahan-bahannya:

Bahan-bahan kisar: (anggaran sendiri)
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai  (lagi banyak lagi sedap, saya guna 6 tangkai serai)
Kerisik
Sedikit santan pekat

Kalau boleh kurangkan air semasa mengisar, hanya guna air santan sahaja
Tuangkan ke dalam mangkuk bahan kisar tadi dan campurkan dengan 5 biji telur dan kari ikan (telur amat penting untuk pastikan bahan kisar menjadi pekat setelah dikukus)...perasakan dengan sedikit gula, air asam, dan garam

Ula-ulaman  :
Pucuk buas-buas (paling penting untuk menaikkan aroma)
Pucuk ubi
Pucuk betik
Daun selasih (jangan banyak sangat)
Daun mengkudu

Selamat mencuba~~~~~~


Rabu, 8 Mei 2013

BURUK BAIK GADGET TERHADAP KANAK-KANAK

Sebelum tu..berpantun dulu....

anak-anak pergi mengaji,
pergi mengaji berjalan kaki;
peribadi murni akhlak terpuji,
itulah kesan hati yang suci.

Pagi tadi sedang dok mengemas rumah...telinga fokus pada perbincangan di tv tentang kebaikan dan keburukan peranti terkini terhadap kanak-kanak khususnya pada peringkat umur 1 hingga 3 tahun.  Menurut  pakar perunding yang dijemput  tu....kanak-kanak boleh didedahkan dengan peranti ni tetapi perlu ada pengawasan dari ibu bapa...tapi dari apa yang dibincangkan dari pakar jemputan tu saya rasakan yang beliau tak berapa bersetuju jika kanak-kanak terlalu didedahkan dengan gadjet ini. (pandangan peribadi saya) beliau lebih bersetuju sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan yang boleh membentuk kemahiran bersosial di kalangan kanak-kanak contohnya: permainan zaman dahulu seperti kondan kondi, teng-teng, baling selipar, dan lain-lain. Ini kerana pada lingkungan umur 1 hingga 3 tahun berlakunya perkembangan minda yang pesat dan pada masa inilah minda mereka perlu diisi dengan seberapa banyak informasi yang boleh membentuk imej diri mereka.



SISTEM PENJADUALAN
Bagaimanapun beliau menyarankan supaya ibu bapa perlu membuat sistem penjadualan untuk anak-anak menggunakan gadget tidak lebih dari 1 jam dan paling maksimum adalah 2 jam dan ini adalah bagi tujuan pembelajaran bukannya bermain game dan sebagainya.

KREATIF
Beliau juga tidak menafikan kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan penggunaan gadjet tetapi ia tiak sehebat sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan permainan yang memerlukan penglibatan fizikal seperti yang telah dijelaskan di atas. Pembelajaran secara praktikal dimana kanak-kanak boleh memegang dan menyentuh seperti penggunaan kad imbas, dan alat bantuan mengajar yang lain lebih banyak membantu kanak-kanak dalam proses tumbesaran dan mengasah bakat kreatif dalam diri anak-anak.

TIDAK SALAH GUNA GADGET
Beliau turut menjelaskan bahawa ibu bapa tidak boleh memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk meneroka dengan sendirinya gadjet tersebut dengan niat supaya mereka duduk diam daripada mereka membuat bising di rumah. ini akan memberi kesan terhadap perkembangan kebolehan bersosial anak-anak. Mereka akan mempunyai masalah berhadapan dengan orang lain terutama rakan sebaya dimana anak-anak hanya inginkan semua orang menurut kata mereka dengan kata lain "asyik nak menang sahaja" kerana mereka sudah terbiasa dengan kemenangan ketika bermain game di gadjet. Ada juga diantara anak-anak yang terlalu obses dengan gadget kebih suka menyendiri dengan kata lain "buat hal sendiri" tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

Kesimpulannya, gadget terkini perlu pada zaman yang serba moden ini.  bagaimanapun seawal usia 1 hingga 3 tahun ini bukanlah menjadi satu keperluan untuk ibu bapa memahirkan anak-anak kita dengan aplikasi dan kecanggihan teknologi yang ada. Apa yang lebih penting adalah penerapan nilai-nilai murni serta kasih sayang kepada anak-anak yang akhinya akan menghasilkan anak-anak yang bijak bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi rohani dan jasmani.

Selasa, 7 Mei 2013

NAIK BECA

Berpantun dulu......

lambat berjalan itulah sang kura-kura,
kelak dicabar arnab yang sasa;
usah peduli apa dikata,
asalkan hati tenang sentiasa.

Dari hari ke hari anak asyik merengek nak naik beca..inilah baru niat mereka ditunaikan....






Naik beca RM20 sekali pusing...jauh juga pakcik ni mengayuh...keian tengokkan..mungkin inilah sumber rezeki pakcik ni....jadi tak apalah....lepas ni boleh syorkan pada orang ramai yang nak kurus untuk buat aktiviti mengayuh beca supaya boleh turunkan berat badan...tengok pakcik beca ni...slim jer...saya syorkan kalau nak naik beca, naiklah waktu malam...bergemerlapan beca-beca kat sini...cantik.....

ISI MASA LAPANG HUJUNG MINGGU....

Hujung minggu tak ada buat apa-apa...jadi bawaklah anak-anak pergi cuci mata kat Tesco Cheng....Melaka....












Ahad, 5 Mei 2013

RISAUNYER!!!!!

Semalam 4 Mei 2013...kurang 24 jam lagi sebelum hari pembuangan undi....jalan-jalan di bandar Melaka...dalam perjalanan balik adalah ternampk sekelompok anak-anak muda memegang bendera besar....mewakili parti politik yang bertanding sempena PRU13. Apa dah jadi agaknya...bendera DAP dipegang oleh anak muda MELAYU...dalam hati berbisik cepatlah berakhirnya PRU13...semoga PRU13 berjalan lancar...Diharapkan janganlah berlakunya rombakan yang besar dalam Kerajaan...tak sanggup rasanya nak mempercaturkan nasib anak-anak kita yang sedang dalam acuan sekarang ini...Apa yang amat dirisaukan sekarang ini..kalau berlakunya rombakan besar dalam kerajaan apa agaknya nasib anak-anak kita nanti.