Isnin, 11 November 2013

We, The Children Of Malaysia!!!!


Salam semua....

Majlis konvokesyen puteri Sulong Nur Annaylly. Nak dijadikan cerita Annaylly masuk persembahan bersajak bertajuk "We, The Children of Malaysia". Kat rumah dah ok dah siap dengan sekali...tiba masa persembahan tinggal suara jer...semua gaya hilang...tak apalah nak...ok lah tu...yang penting Annaylly ada keberanian naik atas pentas tu...

Menunggu giliran ambil sijil

baju ni dah last minit baru siap

masa untuk posing


persemabahan nyayian kanak-kanak pra sekolah..kawan-kawan semua pakai uniform sekolah, annaylly tak nak buka pula baju tu

Annaylly menyampaikan poem title"The Children of Malaysia"



Rabu, 6 November 2013

MUZIUM KAPAL SELAM MELAKA

Salam semua....

Kali ini Ct nak kongsi gambar ketika melawat Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang Melaka.....
untuk masuk kawasan ni dikenakan RM1 untuk dewasa dan free untuk kanak-kanak

tak berapa ramai pengunjung

bahagian belakang kapal selam

ruang masuk kapal selam

ruang dalam kapal selam...kecil sungguh

berteduh tunggu hujan reda

rupa-rupanya makin lebat habis basah kuyup kami semua

di bawah kapal selam

Kesimpulannya....berbaloi dengan harga tiket RM1...secara peribadi tempat ni tak sesuai untuk kanak-kanak...banyak tempat2 yang agak merbahaya...boleh bawa kanak-kanak tapi perlukan lebih perhatian....

Ahad, 3 November 2013

"LIPSTICK MERAH"

Salam untuk semua....

Jalan-jalan hujung minggu...singgah di pasar malam berhadapan dengan Pasar Raya Billion Port Dickson...ramainya orang tak terkata...dan para penjual kebanyakannya chinese...dan menurut salah seorang penjual, pasar malam ni sebulan sekali.....jalan punya jalan terjumpa tempat menjual tanaman...apa lagi mata terus mencari pokok yang dicari-cari...menurut sumber dari google namanya "bunga lipstick merah" mungkin kerana bunganya yang berbentuk lipstick agaknya....

pokok ni berjuntai.....

RM10 sepokok.....jadinya beli 2 pokok..

Khamis, 31 Oktober 2013

TODAY IS MY BIRTHDAY.....


31 Oktober 2013....genap usia Ct 33 tahun....

inilah suami tercinta...belanja makan sempena birthday Ct....

beria-ia ANNALLYSSA pilih menu


dah dapat apa yang diorang suka suka lah
order 2 potong kek jer...harga dia....terbaek!!!!!

apalah yang diteleknya annaylly ni

hah!!! inilah pebret Ct

Ini pulak pebret ANNALLYSSA...

suami snap gambar kitorang tengah menjamu selera..tak pandang kiri kanan...hahahaha

ini pula pebret suami

risau pulak air tu tumpah...


Terima kasih untuk suami tercinta...kadang-kadang tu kesian pulak kat suami.......kalau birthday kita dah tentulah suami belanja....kalau tiba birthday suami pun suami belanja...hihihi..inilah dia penangan suri rumah...tapi sekurang-kurangnya setiap tahun tak pernah gagal beli hadiah untuk suami walaupun murah...yang penting ikhlas dari hati sanubari....

Apa-apapun Ct rasa amat bersyukur...dikurniakan suami yang amat bertanggungjawab dan penyayang...juga anak-anak yang comel dan cerdik....mudah-mudahan kami sekeluarga akan terus diberkati dan dilimpahi rahmat dariNya..amin...

Rabu, 30 Oktober 2013

KONVOKESYEN KANAK-KANAK TABIKA DUN KUALA LINGGI

Salam semua...

29 Oktober 2013 berlangsungnya hari konvokesyen Tabika KEMAS peringkat DUN Kuala Linggi, Masjid Tanah , Melaka. Ia berlangsung dari pukul 2.00pm hingga 5.00pm





Allyssa..puteri bongsu

sementara menunggu giliran posing dulu
"ANNALLYSSA" annaylly + allyssa



menunggu giliran masuk dewan

yang mendongak tu allyssa


mengambil cenderamata dan sijil


Isnin, 28 Oktober 2013

SUKA-SUKA

Salam semua...

Kali ini Ct cuma nak kongsikan gambar ANNALLYSSA....seronok betul mereka bermain di pantai Teluk Kemang Port Dickson....RM10 seorang tiada had masa.

ANNALLYSSA

berlari sakan

seronok ada ramai kawan

puteri bongsu Nur Allyssa

tergolek-golek

Allyssa lagi

Ahad, 27 Oktober 2013

ANAK KENA KUARANTIN




Slam untuk semua...

Cerita tentang kuarantin...bukannya kuarantin pasal apa pun...kuarantin semasa masuk peraduan mewarna...

inilah rupa anak-anak semasa peraduan mewarna

pelik juga kenapa "no exit"...apa-apapun yang penting pintu ditutup

"Parent" jenguk dari luar tingka jer


Sebagai ibu ct memang menyokong sangat peraturan pihak penganjur "Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dalam program "Kembara Buku 2013". Ia bagi megelakkan adanya sesetengah ibu bapa yang menolong anak-anak mewarna dan secara tidak langsung mengganggu tumpuan mereka. Sebelum ini dalam post yang lepas klik sini peraduan mewarna anak-anak menjadi peraduan mewarna ibu bapa. Secara peribadi Ct merasakan ianya tidak adil dan untuk jangka masa panjang ia hanya merugikan anak kita sendiri, sampai bila pun kita tak tahu bakat sebenar anak kita. Dan buat pertama kalinya Ct merasa tenang anak dikuarantin ketika peraduan mewarna. Biarlah mereka berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Kita sebagai ibu bapa hanya perlu menyokong kuat mereka dari belakang.


Alhamdulillah anak mendapat tempat pertama dalam lebih kurang 120 penyertaan

bergambar kenangan sebelum pulang


 Semoga perancangan seperti ini akan menjadi ikutan kepada semua pihak yang ingin menganjurkan peraduan mewarna yang melibatkan kanak-kanak.

Sabtu, 26 Oktober 2013

RUMAH API TANJUNG TUAN PORT DICKSON


Salam untuk semua....aktiviti hunjung minggu..mendaki sejauh 700 meter untuk menjejakkan kaki ke Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson..Huh!!! boleh tahan penat...tapi sampai atas memang puas hati...pemandangan cantik

Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson

penat-penat pun boleh posing lagi

kepenatan

Fuh!!!nampak jer pemandangan kat belakang tu...lega rasanya...tandanya dah sampai
gambar lagi....
"kena naik tangga lagi" kata ANNALLYSSA

bangunan ini menurut sejarah dibina oleh Belanda

tak berani nak lama-lama di sini...tebing curam



penat nyer!!!!
bersedia untuk turun

sesudah turun...kepenatan...
Untuk masuk dikenakan rm1 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak tiada bayaran....Sebagai pengajaran untuk pergi ke sini pakailah "sport shoes"...disebabkan pergi tanpa dirancang, anak-anak tak memakai kelengkapan yang sepatutnya...kesannya kurang selesa...Kesimpulannya tempat ni sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga di hujung minggu. Untuk bacaan lanjut klik sini