Selasa, 27 Ogos 2013

OH CAPSICUM!!!!!!

Salam sayang.....

Kali ini Ct ingin kongsikan tentang tanaman di kebun mini saya....capsicum..... atau lada benggala.....Alhamdulillah, berbuah juga.....capsicum ini jenis yang warnanya kuning.....
tanam dalam pasu 

dua pokok menegeluarkan tiga biji buah capsicum
 Gembiranya hati tak terkata.....

Khamis, 22 Ogos 2013

GELAGAT ANNALLYSSA

Salam untuk semua.....

Sejak akhir-akhir ni, mood kumpul gambar anak-anak.....Nur Annaylly bte Osman lahir pada 28 February 2007 dan Nur Allyssa bte Osman lahir pada 14 Oktober 2008

Puteri Sulung...Nur Annaylly...

Puteri Bongsu Nur Allyssa....


Puteri Sulung tahun 2007






ANNALLYSSA 2008 








ANNALLYSSA 2009













Sabtu, 17 Ogos 2013

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat Ct sekeluarga meraikan hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Ampun Maaf dipinta kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai andainya ada salah dan silap sepanjang perkenalan, maklumlah Ct hanya insan biasa tak terlepas dari membuat kesilapan. Maaf juga dipinta kerana lama tidak bercerita di blog kerana kekangan masa sepanjang bulan Ramadhan seterusnya kerana kesuntukan masa menyediakan persiapan Hari Raya. Walaupun hari raya diraikan dengan penuh kesederhanaan tetapi kesibukan tetap dirasa. Sekarang ini Syawal ke-10, Alhamdulillah diberi kelapangan untuk berkongsi kegembiraan berhari raya pada Aidilfitri 2013....


Bersama keluarga tercinta

mak di Felda Air Hitam Kluang

Bergambar bersama Abah 

Inilah keluarga Ct...tapi  tidak kesemuanya

Di rumah saudara

Puteri tercinta "ANNALLYSSA"

Selasa, 23 Julai 2013

BUKU: KETERAMPILAN WANITA ALAF BARU

Salam sayang untuk semua....

Kali ini ct ingin berkongsi tentang ilmu kewanitaan yang saya dapat dari buku yang berjudul "Keterampilan Wanita Alaf Baru" hasil penulisan Abd. Rahim Ad Rashid. Buku ini banyak memberi garis panduan kepada para wanita masa kini dalam usaha membentuk imej diri yang lebih bersifat progresif, dinamik, dan berdaya saing. Kepesatan era globalisasi tidak menyekat para wanita untuk sama-sama bergerak, selari dengan arus permodenan disamping menjalankna  tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Buku ini juga tidak lain adalah untuk membuka mata wanita bahawa mereka mampu mengangkat status sosial mereka, dihormati, dan dihargai oleh masyarakat selaras dengan Dasar Pembangunan Wanita.


Antara pengisian yang menarik minat ct adalah..."Bilakah Peranan Ibu Bermula". Penulis menerangkan bahawa peranan ibu bermula seawal proses kehamilan, manakala peranan seorang bapa pula bermula seawal ketika bapa mencari pasangan hidupnya untuk dijadikan isteri secara tidak langsung menjadi ibu kepada anak-anaknya. Pada peringkat ini bapa disuruh oleh Rasulullah SAW untuk memilih isteri yang mempunyai empat perkara iaitu, harta, keturunan, kecantikan, dan agama.

Seorang ibu yang mengandung perlu memainkan peranannya dengan menjaga kesihatannya dari segi pengambilan makanan yang berzat, dan menjauhkan diri dari pelbagai penyakit berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan bayi yang dikandungya.  Sebaik-baiknya ibu mengandung perlu selalu tenang dan gembira serta kerap membaca al-quran, agar anak di dalam kandungan didodoikan dengan ayat-ayat Allah SWT. Ibu juga perlu sentiasa memohon doa dari Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.

Peringkat seterusnya adalah disaat kelahiran bayi. Ibu bapa perlu menyambut anak itu dengan penuh kesyukuran, diazan atau dikamatkan, diberi nama, dan dicukuri rambutnya dan diakikahkan, serta pelbagai lagi tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa islam.

Seterusnya ketika proses perkembangan anak. Ibu perlu sentisa memerhatikan perkembangan anak-anak samada dari sudut fizikal, mental, emosi, dan rohani. Ibu boleh mendorong perkembangan tersebut dengan pelbagai cara, antaranya:
  • Bercakap dengan mereka
  • Mengajuk suara
  • Memberi senyuman
  • Mencium
  • Memeluk
  • Melihat mata
  • Memberi perhatian terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh mereka
  • Menyediakan suasana bilik yang boleh mendorong perkembangan emosi dan mental
  • Menyediakan permainan yang boleh memperkembangkan fizikal, mental, emosi, dan kerohanian anak-anak
  • Bercerita kepada anak-anak
  • Membaca buku cerita untuk anak-anak
  • Mengajar doa-doa pendek.
Apabila anak-anak berumur 6 tahun ke atas bolehlah diajarkan:
  • Al-Quran
  • Cara-cara beribadah
  • Unsur-unsur moral melaui penceritaan
  • Melayan soalan-soalan yang dikemukakan anak-anak
Ct berharap dengan perkongsian, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang berjaya mencorak masa depan anak-anak kita mengikut landasan yang betul.




Khamis, 11 Julai 2013

MENDENGAR PANDANGAN ANAK

Salam sayang....

Sebagai ibu kepada 2 orang puteri, Nur Annaylly 6 tahun dan Nur Allyssa 5 tahun yang Ct gelarkan mereka di  blog dan face book saya sebagai ANNALLYSSA, ilmu tentang tips penjagaan anak dan keharmonian keluarga amat saya cari. Disini Ct ingin kongsikan tentang betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa mendengar pandangan anak. Idea ini saya baca dari buku yang berjudul "Sebelum Anak Derhaka - Nasihat untuk ibu bapa" yang ditulis oleh Dr. Sa'ad Karim.


Dalam isi kandungan yang berjudul "Mendengar Pandangan Anak-anak ini ada menyelitkan Firman Allah SWT:

"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka disebabkan rahmat daripada Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"

Ia juga ada menyentuh tentang ibu bapa merupakan faktor terpenting dalam membentuk jatidiri dan keyakinan anak-anak. Adalah amat penting bagi anak-anak kita memberikan pendapat mereka, dan ini secara tidak langsung akan dapat membentuk keperibadian dan menanamkan perasaan percaya pada diri sendiri. 

Saya berpendapat sikap ini hanya akan terbentuk sekiranya ibu bapa berjaya memainkan peranan mereka dengan mendengar dan menerima pandangan mereka, dan pada masa yang sama, seandainya pandangan mereka kurang wajar haruslah disertakan dengan fakta dan penjelasan yang sesuai dengan umur mereka, agar mereka tidak merasakan bahawa mereka tidak diendahkan, tidak pandai, dan berbagai lagi sikap negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

Sikap suka mendengar pandangan anak ini juga akan memberikan kesan pada jangka masa panjang dimana anak-anak akan lebih hormat pada ibu bapa mereka kesan daripada sikap hormat ibu bapa kepada anak-anak.

Terdapat banyak lagi tips penjagaan anak di dalam judul kecil yang terkandung dalam buku ini, dan akan saya kongsikan di post yang akan datang. Semoga kita akan sama-sama meningkatkan ilmu keibu bapaan untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat kelak.




Rabu, 10 Julai 2013

1 RAMADHAN "ANNALLYSSA"

Alhamdulillah...."Annallyssa" berjaya berpuasa penuh pada hari pertama di bulan Ramadhan. Cabaran seterusnya adalah pada hari esok, kerana "Annallyssa" memerlukan lebih banyak tenaga pergi dan pulang dari sekolah, seterusnya menghadiri kelas mengaji pada waktu petang. Semoga dipermudahkan urusan "Annallyssa" untuk menuntut ilmu disamping menjalani ibadah puasa.


Sebagai kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun, secara peribadinya ct amat kagum dengan kesabaran "Annallyssa" berpuasa. Seawal jam 4.45 a.m...ct dah kejutkan mereka untuk bersahur dan mereka tidak berasa mengantuk menjelang siang. Alhamdulillah mereka diberi kekuatan untuk berpuasa dan ct rasa kurang risau memandangkan esok mereka sememangnya tidak boleh tidur selepas selesai bersahur kerana perlu bersiap untuk ke sekolah pada pukul 7.00 a.m. 

Sepanjang "Annallyssa" berpuasa mereka kurang merungut lapar atau haus. Rengekan mula kedengaran selepas mereka bangun dari tidur pada pukul 3.00 p.m. Lantas ct terus menyediakan lauk untuk berbuka, bukan untuk mereka berbuka awal tetapi sebagai persediaan awal menyediakan lauk berbuka, kerana ingin melengahkan masa Annallyssa dengan membawa mereka berjalan-jalan dan membeli kuih muih juadah berbuka puasa.

Walaupun Annallyssa nampak letih tetapi mereka masih lagi ceria menyaksikan betapa ramainya orang di bazar ramadhan. Ini juga merupakan pengalaman baru untuk mereka. 

Nur Annaylly dan Nur Allyssa "Annallyssa"





Semoga anak anak emak "Annallyssa" menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat....emak sayang kamu....