Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk tinggal di rumah sendiri. Bulan 11 tahun ini, akan genap setahun kami tinggal di rumah baru kami setelah 10 tahun kami hidup berpindah randah menyewa rumah orang, tapi taklah teruk sangat kehidupan kami pada masa tu. Selesa tetap selesa, cuma taklah sama tahap keselesaan tu dengan rumah sekarang ni.
Errrmm.. tak tau nak mula dari mana. Sebenarnya Ct nak cerita tentang mini garden Ct yang Ct beri nama "Annallyssa Orchid House"... yang baru jer wujud semalam ... 2 mei 2016 setelah hampir sebulan (tolak waktu bekerja) suami Ct berusaha mengerah tenaga 4 kerat dibasahi peluh dan hujan gerimis.....maklumler sekarang ni jarang hujan lebat..Setelah anak kami bosan sebab jarang dapat keluar jenjalan.....dan setelah Ct sendiri sedikit sun burn dipanah elnino...hehe...takper janji dapat apa yang diimpikan selama ni. Terima kasih en. OBA aka my husband...
Semua ni terlaksana selepas plan awal dibuat sebelum kami dapat kunci rumah lagi. Setelah lebih kurang 5 bulan di rumah baru, dan dekorasi dalam rumah pun dah selesai, barulah kami mula buat dekorasi luar laman pulak.
Semua idea datang dari suami Ct...Ct cuma tokok tambah dan dok komen jerkk....(nasib baik suami buat tak faham).... dan tolong mana yang boleh jer. 100% dibuat oleh suami Ct kecualilah bahan mentah seperti kayu, skrew, pelbagai tool, itu memang tak boleh nak buatlah, semuanya order..hihi..ada juga yang pinjam jiran...terima kasih jiran yang prihatin...., dan kebanyakan barang suami beli kat kedai DIY, sampai anak dah naik jemu keluar masuk kedai tu. Dari kayu yang sebatang tu, suami Ct skrew satu persatu...(perlukan kesabaran untuk cantumkan kayu-kayu tu) dari batu bata yang seketul tu, suami Ct susun jadikan dekorasi..... ishh..pelik juga mana pulak suami Ct dapat idea tu. Pada mulanya Ct was-was juga....tapi hasilnya memang Ct suka sangat macam tak nak masuk rumah pulak....nak dok bawah tu jerkkk...hihi
Jadi...silakan tonton mini garden Ct yang dihasilkan oleh my beloved husband dibantu oleh puteri -puteri cilik kami.....dan dengan izin Allah...
|
puteri-puteri kami tu.. masa cuaca redup... |
|
panas petang.... |
|
tempat orkid ni nanti... |
|
tempat lepak petang-petang....takpun pepagi... |
|
setiap penjuru kena skrew |
|
semuanya perlu skrew
|
Apa yang Ct sedikit terkilan....gambar-gambar sebelum dan semasa projek dijalankan semuanya hilang.....hand phone pulak problem..huhu....Tapi tak apalah kan....gambar selepas pun jadilah untuk dijadikan kenangan
|
ini jer yang ada gambar sebelum...hihi..inipun gambar rumah jiran yang belum berpenghuni |