Salam untuk semua.....
Nama pun Taman Rama-rama...jadi dimulakan dengan gambar rama-rama....
Dikesempatan yang lepas, 9 February 2013, kami menghabiskan masa hujung minggu pergi ke Butterfly & Reptile Sanctuary atau lebih dikenali dengan Taman Rama-rama. Tempat ni tak jauh dari Plaza Tol Ayer Keroh. Tapi kalau dari Kuala Sg. Baru, mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami bertolak jam 9.00 pagi dan sampai jam 10.00 pagi.
Biasalah...sampai kat sana posing dulu anak beranak. Lepastu perkara rutin, pergi ke kaunter tiket..alamak terlupa pulak nak ambil gambar kakak kat kaunter tu..Harga tiket rm12 untuk dewasa dan rm7 untuk kanak-kanak. Tempat ni dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sepanjang pengamatan kami, tempat ini ok, tapi lebih ok kalau dinaiktaraf. Tarikan utama tempat ini bukannya rama-rama tapi sebaliknya Koi Garden. Tak banyak spesis rama-rama yang boleh dilihat, kecuali di Muzium Rama-rama, memang ada banyak spesis rama-rama yanag cantik-cantik. Kalau nak tengok ikan koi, saya rasa tempat ini memang sesuai, cuba tengok gambar ini...
.
|
Annaylly & Allyssa main ikan koi di Koi Garden |
|
jinak-jinak ikan kat sini |
|
Annaylly & Allysa geram tengok ikan koi, nak pegang tapi takut |
Ada banyak ikan koi diKoi Garden, cantik memanglah cantik, jinak lagi. Jangan kata Annayly dan Allyssa seronok, mak dia pun teruja. Selain ikan koi yang ada di kolam ini, ada satu lagi tempat untuk diletakkan ikan arapaima. Ikan arapaima tu, sekali pandang dah macam buaya.
Selain itu, terdapat juga haiwan lain seperti, buaya, iguana, pelbagai jenis cicak, katak, pelbagai jenis ular, emu, dan burung. Kesimpulannya, Taman rama-rama ini bolehlah dikatakan tempat yang seronok untuk kanak-kanak. Lagipun tempat ini tidaklah terlalu luas jika dibandingkan dengan Zoo Melaka. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, bolehlah berjalan-jalan di tempat ini.
|
antara buaya yang ada |
|
telur emu tapi tak pasti original atau palsu |
|
"besar nyer" kata Allyssa |
|
kampung buaya |
|
Annaylly dan Allyssa perhatikan burung emu "ini telur dia" kata Annaylly |
|
nak pulak rama-rama ni mendarat kat suami |
|
antara rama-rama yang ada |
|
Rama-rama diberi makan nanas.... |
|
pemandangan ala kampung |
|
ikan koi lagi.... |
|
dan lagi |
|
menuju keluar |
|
berehat sebentar |
|
curam sikit tempat ni...berhati-hati |
|
takut lah kononya... |
Habis sudah satu Taman Rama-rama kami ronda.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan