Seiring dengan teknologi moden, kanak-kanak pada masa kini terlalu didedahkan dengan teknologi terkini yang akhirnya memberi kesan kepada kemahiran bersosial anak-anak. Mereka lebih kerap berada di dalam rumh berbanding keluar bergaul dengan rakan sebaya.
Untuk melahirkan anak-anak yang berani beberapa sikap perlu diterapkan:
Keyakinan Diri
Ia akan timbul kesan daripada berjaya mengawal perasaan takut dan rendah diri. Dengan itu, anak akan pandai menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun, walaupun tanpa ibu dan bapa mereka.
Rangsangan Positif
Rangsangan ini perlu diterapkan oleh ibu bapa dengan menggalakkan anak-anak melontarkan idea-idea yang ada dalam kotak fikiran mereka. Seterusnya, idea tersebut perlu diolah oleh ibu bapa berdasarkan maklumat yang tepat dan penjelasan, bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.
Ilmu Pengetahuan yang Mantap
Dengan adanya ilmu pengetahuan, anak-anak akan lebih yakin berdepan dengan masyarakat. Bagaimanapun ilmu pengetahuan yang berlandaskan keimanan akan memudahkan anak-anak membezakan perkara yang baik atau buruk.
Anak-anak perlu menjadi berani tanpa mengetepikan batas-batas kesopanan, kehormatan, toleransi, dan berdikari. Ini untuk menggalakkan anak-anak menjadi individu yang berani bertempat, bukannya digelar sebagai tidak tahu malu ataupun kurang ajar.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a : satu ketika Rasulullah terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang menegur saudara lelakinya kerana terlalu pemalu. Ketika itu jugalah Rasulullah bersabda "biarlah kerana malu itu sebahagian daripada iman" (al-Bukhari)
Huraian:
Dari sudut syarak, malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang negatif bukannya malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu merendah diri adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalh contoh al-jahalu. Sikap ini adalah disebabkan rendah diri dan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya' (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian, lantaran kuatnya iman dan menolak sesuatu yang negatif. rujukan: http://hadis.feryco.com/positif-dan-negatif-malu
Justeru ibu bapa perlu membebaskan anak-anak daripada dibelenggu sikap takut dan malu yang tidak bertempat yang akhirnya akan memberi kesan terhadap keseluruhan kehidupan anak-anak yang ketika ini dalam proses menjadi individu. zaman kanak-kanak perlu menjadi asas tapak yang kukuh sebagai bekalan apabila mereka dewasa kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan