Isnin, 8 April 2013

ANAK PINTAR CERDAS

Salam....lama rasanya saya tak mencorat coret dalam blog saya ni...Pernah tak kawan-kawan terbaca atau bercerita tentang anak-anak yang tergolong dalam PINTAR CERDAS. Baru-baru ni saya pergi berjumpa dengan guru puteri sulung saya untuk berbincang tentang perkembangannya selama lebih kurang 4 bulan berada di Pra Sekolah. Ini merupakan pertemuan kedua saya dengan guru kelas puteri sulung saya

Perbincangan dimulakan dengan pertanyaan adakah anak saya ni tergolong dalam kanak-kanak yang hyperaktif?...Kalau kawan-kawan pernah terbaca artikel Anak Aktif vs Anak Hyperaktif dalam blog saya ni... Timbulnya idea untuk menulis tentang tajuk tersebut adalah kerana risau tentang puteri sulung saya yang persis memiliki ciri-ciri kanak-kanak hyperaktif....tapi setelah membaca beberapa artikel mengenai tajuk ini, Alhamdulillah terdapat satu perbezaan sikap puteri sulung saya...iaitu....tidak tertinggal dalam aspek pembelajaran...fuhhhhh!!! lega rasanya...anak hyperaktif adalah klik sini

Menurut Kamus Dewan pintar membawa maksud cekap dan pandai, manakala cerdas membawa maksud sempurna akal. 
Ahli biologi mendefinasikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. 
Pakar psikologi mendifinisikan istilah pintar cerdas sebagai akank-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. 



7  kebolehan Kanak-kanak pintar cerdas menurut Dr. Howard Gardner (1981):


  1. Kepinatarn Linguistik- berkaitan dengan bahasa
  2. Kepinatarn Logikal -berkaitan matematik
  3. Kepintaran ruang - berupaya memberi pendapat tentang alam sekeliling, membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual.
  4. Kinetik badan - berkaitan koordinasi motor
  5. Kemahiran muzikal - mengenalpasti irama, intonasi, dan melakukan memori auditori
  6. Interaksi sosial - kemahiran berkomunikasi
  7. Hubungan dalaman - kemahiran memahami emosi diri dan orang lain
Menurut beliau kanak-kanak ini mempunyai kalebihan luar biasa dalam salah satu sifat tersebut dan sederhana dalam bidang yang lain.


Antara sifat positif kanak-kanak pintar cerdas adalah berimaginasi tinggi, mudah memahami sesuatu perkara dengan cepat, selalu bertanya, memberikan konsentrasi yang tinggi pada sesuatu yang diminati, berminat dengan perkara yang diluar kemampuan kanak-kanak sebaya, seperti membaca buku-buku dewasa, mempunyai sifat ingin mencapai yang terbaik

Kanak-kanak ini juga adakalanya terlalu bersikap autokratik dan boleh menjurus kepada sikap suka mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat dari orang lain. Mereka juga mudah merasa bosan dengan apa yang dipelajari lebih-lebih lagi sekiranya perkara tersebut sudah lama diketahuinya, tidak boleh menerima kegagalan.


Bagimanapun Kanak-kanak pintar cerdas ini sebenarnya memerlukan pendidikan yang khas, berikutan sikap ingin tahu yang mendalam dan terkedepan daripada rakan-rakan yang sebaya dengannya.

Hasil daripada perbincangan saya dan cikgu puteri sulung saya, anak saya termasuk dalam golongan kanak-kanak pintar cerdas ini, dan setelah diamati ciri-ciri dan sifat kanak-kanak ini, puteri sulung saya terkena tempiasnya...Saya bersyukur dikurniakan anak seperti ini dan sebagai seorang ibu, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya, dan saya mengharapkan agar  ada kawan-kawan yang membaca artikel saya ini untuk memberikan pendapat tentang bagaimana untuk menyalurkan kebolehan anak saya ini agar ia tidak disia-siakan.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan