Anak adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya...setiap anak adalah pinjaman dari-Nya yang perlu dijaga dan setiap ibu bapa perlu merasa ia adalah satu amanah dan tnggungjawab yang besar dalam usaha mendidik dan menjadikannya seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat bersesuaian dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, mafhumnya, "Tiga perkara yang akan dibawa oleh anak Adam ketika matinya iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh"
Diketahui...lahirnya anak ke muka bumi adalah dalam kedaan bersih dan fitrah, maka ibu bapalah yang perlu berusaha untuk mengekalkan fitrah itu tanpa dinodai oleh sebarang anasir-anasir negatif. Ibu bapa merupakan mentor kepada anak-anak, kerana setiap gerak geri ibu bapa akan menjadi turutan kepada anak, positif sifat ibu bapa maka positiflah yang diserap kedalam kotak minda mereka, begitulah sebaliknya.
7 tahun pertama kanak-kanak merupakan titik tolak kepada sifat mereka apabila dewasa kelak. Kanak-kanak mempunyai sifat fitrah semulajadi seperti menangis, tersenyum, dan memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara, seperti terkejut mendengar bunyi bising, dan selesa dengan keadaan yang tenang. Ibu bapa perlu mempunyai ilmu tentang bagaimana untuk mengisi minda separuh sedar mereka dengan perkara positif seperti alunan ayat Quran, zikir, dan memenuhi setiap ruang rumah dengan aura positif. Perkara ini akan memberi impak kepada perkembang emosi dan mental kanak-kanak kelak.
Peringkat seterusnya...kanak-kanak akan membina persepsi kehidupan berdasarkan informasi yang terakam diminda separuh sedar mereka. Pada peringkat ini mereka akan cenderong menurut setiap perkara yang kerap dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya sekiranya ibu bapa sering melakukan perkara murni seperi mengucapkan salam ketika masuk dan keluar rumah secara berulang-ulang, maka begitulah juga yang akan dilakukan oleh anak tersebut.

Pada satu peringkat...kanak-kanak akan membina konsep kendiri yang membawa maksud kepercayaan dalam diri, sikap dan penilaian kanak-kanak terhadap dirinya. Konsep ini terbentuk kesan daripada penilaian mereka terhadap kehidupan seharian dan orang-orang yang hampir kepada mereka seperti ibu bapa. Konsep ini juga memberi kesan kepada keyakinan diri anak, pencapaian akademik, dan pembentukan sahsiah. Pada tahap inilah ibu bapa perlu memastikan anak mempunyai konsep kendiri positif, kerana apabila konsep ini sudah terbentuk agak sukar untuk diubah.Untuk memastikan konsep kendiri positif terbentuk, penyediaan suasana rumah yang positif dan kata-kata positif perlu seiring dengan perbuatan.
Pada usia 7 tahun pertama inilah, anak-anak perlu dilimpahi dengan kasih sayang, perhatian yang secukupnya dan perlu luangkan masa bermain dengan mereka dan jadikan diri kita sebagai insan yang paling rapat dengan mereka. Input inilah yang akan membantu kita untuk mencorak sikap positif mereka mengikut acuan kita sendiri berlandaskan syariat islam.Limpahan kasih sayang dan gelak tawa yang memenuhi ruang minda mereka akan membantu dalam proses perkembangan minda yang sihat kesan daripada rasa selamat dan ketenangan yang diperolehi dari institusi keluarga.
Asas kasih sayang yang kukuh ini selanjutnya akan memudahkan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang seterusnya untuk mendisiplinkan anak pada peringkat 7 tahun keatas.Semoga kita akan menjadi ibu bapa yang mendidik anak-anak berlandaskan ilmu, yang akhirnya akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah......amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan