Ahad, 21 April 2013

SEKITAR PROGRAM KETIKA DI TABIKA KEMAS PUTERI SULUNG (2012)

Semasa Annaylly, puteri sulung saya di Tabika Kemas, macam-macam program yang dijalankan pihak sekolah anjuran Kemas. Penghargaan wajar diberikan kepada para guru yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa dalam mendidik anak muridnya, bukan sahaja dari segi keperluan akademik, malahan juga dari segi memupuk sifat berani dalam diri dan sebagai persiapan berhadapan dengan orang ramai.....
Antara kanak-kanak comel yang turut serta

bergambar kenangan dengan cikgu Reen Areenz dan pasangannya Mohd Airil, anak cikgu

tengah tunggu giliran....

gambar ni masa di rumah...test baju...

cikgu betulkan apa yang patut

antara pasangan kanak-kanak comel....

selepas selesai pertandingan, semasa para juri mengira markah...kanak-kanak ini dibawa berjalan-jalan di sekitar  tempat berhampiran menaiki tren...sebagai saguhati

senyum.....

senyum....

Pertandingan Menari peringkat Daerah...dapat tempat pertama..(maaf gambar kabur)
Pertandingan menari peringkat negeri Melaka,,,dapat tempat ke-3

Pertandingan menari peringkat negeri Melaka, bergambar bersama rakan sekumpulan...

Menyaksikan rakan-rakan dari sekolah lain membuat persembahan
gambar kenangan semasa lawatan ke Zoo Melaka

bersama rakan-rakan

Sebagai ibu yang menghantar anak ke sekolah Tabika Kemas, saya berpendapat tidak rugi menghantar anak ke sekolah ini, dan janganlah terus malabelkan sekolah Kemas sebagai sekolah yang hanya tahu menyanyi dan makan sahaja...Hakikatnya, tanggungjawab mendidik anak terletak pada bahu ibu bapa. Menghantar anak ke sekolah di peringkat Pra ini tidak bermakna ibu bapa melepaskan tanggungjawab mendidik kepada para guru sahaja, sebaliknya pemantauan perlulah dibuat setiap hari apabila mereka pulang dari sekolah...Belajar di rumah amat perlu pada peringkat awal ini, untuk membiasakan diri mereka dengan jadual belajar apabila mereka berada di sekolah yang sebenarnya.  Pra sekolah adalah tapak untuk mereka membiasakan diri dengan alam persekolah, dan asas belajar yang secukupnya perlulah dibekalkan dari rumah supaya proses pembelajaran di sekolah berjalan lancar.

Saya juga berpendapat anak-anak sememangnya wajar didedahkan dengan program-program yang sedemikian untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri, seperti berkeyakinan yang akhirnya akan melahirkan anak-anak yang berani, mampu bergaul dengan masyarakat dalam erti kata lain pandai bersosial, akal yang tajam dimana mudah mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru, dan banyak lagi. Justeru dimana anak kita dihantar bersekolah pada peringkat pra ini bukanlah menjadi kayu ukur ke mana hala tuju anak kita, kerana masih banyak lagi rintangan yang akan mereka lalui apabila bergelar seorang pelajar.

Sabtu, 20 April 2013

POYO... KER?????

Salam untuk kawan-kawan....sebelum tu saya nak minta maaf sekiranya ada yang tidak senang dengan coretan saya kali ini...dah lama rasanya saya pendamkan rasa geram....tak puas hati....meluat.....semuanya ada....

oklah...dimulakan cerita....

Saya dah tinggal kat umah sewa ni selama 1 tahun lebih...sebelum pindah, tak pernah terfikir nak pastikan dahulu yang jiran kat sebelah umah ni ok ke tak...sebab tak pernah terfikir ada jiran yang tak ok...sebab sebelum ni belum pernah terkena....nilah baru pertama kali terkena...Adussssss......sakitnya hati ini bila difikirkan balik....

Masa mula-mula pindah ingatkan jiran bujang...sebab dari luaran memang macam orang bujang.... dengan luar rumah depan dan belakang yang tak berapa nak kemas...kat belakang lagilah...boleh ternak lembu kot..sebab bela rumput...selang beberapa bulan...hidup diorang dah mula berubah....

....dari takder pasu bunga, dah pun ada pasu bunga yang diimport dari rumah mak dia...
....dari takder ampaian dah beli dah ampaian besi....sama warna dan patern dengan kita....sebelum ni sidai kat pagar jer....menurut kata jiran lain sebelum ni tak pernah ada ampaian besi, tapi dia beritahu kita, pernah ada tapi dah roboh....sakitnya hati (bohong 1)
....kita pasang astro, dia pun pasang astro....mention lagi ambil pakej yang mahal.....
....kat belakang umah....dari bela rumput dah ada tanaman seperti lada, serai, pisang, pandan (tak hidup), semua tanaman tu, kita dah tanam....
....kita beli akuarium....dia pun nak juga....siap tayang lagi kotak aquarium tu kat depan umah.....
....masa raya hari tu...kita pasang lampu warna-warni, dia pun pasang....
....upah orang potong rumput kat taman, untuk potong rumput umah kita....dia pun ikut...menurut jiran lain...selama ni tak pernah panggil tapi yang menyakitkan hati dia kata kat kita sebelum ni pun dia upah orang juga....(bohong 2)

ha....ini yang paling ketara sangat....suami beli kereta lagi satu untuk kita ambil dan hantar anak sekolah....poyonyer!!!!!!dia pun ada kereta lagi satu...tapi tak tahu lah kereta dia ker kereta company dia....malas nak tanya....

huuuhhhhh!!!!dah cuba dah malas nak ambil tahu pasal dia....tapi tak boleh sebab perkara tu semua berlaku depan mata...

Dia punya lagak dan gaya macam suami dia gaji 5,6 ribu...tapi haritu dapat pulak BRIM....apa maknanya tu....poyoker?????

Dah lama dah minta dengan suami...nak pindah...tapi perkara pindah ni bukannya senang, penat pindah yang haritu pun baru habis...nak pindah lagi?????

Lagi satu yang terserlah poyo dia...kereta ada...kadang-kadang suami tak pergi kerja...maknanya ada dua kereta lah kat rumah dia...tapi yang peliknya..tak nak pergi ambil anak balik sekolah...sanggup upah orang lain pergi ambil anak dia...alasannya...panas tengahari nak keluar rumah...kan ke poyo!!!!!

Huhhhhh....inilah dia perkara yang terpendam dalam lubuk hati ini....terpaksa dilalui sehinggalah suami dapat cari rumah untuk dibeli...kalau nak cerita banyak lagi perkara yang dia follow...tapi buat tak nampak jer...lagi difikirkan, lagi sakit jiwa....

Sekali lagi kita  minta  maaf yer....sekadar nak melepaskan geram....


Rabu, 17 April 2013

MAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK



Makanan diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran juga berfungsi sebagai pembekal tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental. Ia juga membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap serangan jangkitan penyakit dan menyediakan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan  pada peringkat remaja. Setiap sajian perlulah seimbang seperti disarankan oleh piramid Malaysia.

Kelas makanan terbahagi kepada:

KARBOHIDRAT


  • Membekalkan tenaga
  • nasi, roti, bijirin
PROTEIN
  • Membina sel baru, baiki tisu yang rosak
  • Daging, ikan, putih telur, susu, kacang soya
VITAMIN
  • Sebatian organik yang penting untuk badan, terbahagi kepada vitamin larut lemak (A,D,,E,K) dan vitamin larut air(B,C)
  • Untuk kesihatan badan
  • Sayuran, susu, buah-buahan, ikan kod
LEMAK
  • Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman dari gegaran.
  • mentega, kuning telur, minyak ikan, lemak daging
GARAM MINERAL
  • Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan dan diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Penting untuk kesihatan badan
  • ikan bilis, garam,
PELAWAS
  • Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan, merangsang pengecutan otot disepanjang salur pencernaan.
  • mencegah sembelit
  • nangka, nenas, betik, jagung
AIR
  • 67% daripada badan terdiri dari air
  • mengangkut bahan terlarut keseluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darah
  • Air minuman
Fungsi ibu bapa dalam memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan

Sampaikan maklumat positif tentang pemakanan
Maklumat tentang peri pentingnya makanan yang sihat perlu disampaikan secara bersahaja kepada anak-anak. Cuba sampaikan maklumat yang ada dalam Piramid Makanan yang boleh memberikan banyak hidangan sajian yang lazat. Elakkan daripada memaksa anak-anak untuk mengambil makanan yang sihat, sebaliknya cuba tanamkan sifat tanggungjawab dalam diri mereka untuk mengambil makanan sihat tanpa perlu dipaksa.  Dengan adanya sifat tanggungjawab dalam diri sendiri, ibu bapa tidak perlu risau, samada anak mereka mengambil makanan sihat atau tidak ketika berada di luar rumah cth: sekolah walau tanpa ibu bapa di sisi mereka.  Informasi dan galakkan perlu diberikan dari masa ke semasa, walaupun ia mengambil masa yang lama. 

Jadual pemakanan sihat keluarga
Ibu bapa perlu memastikan jadual pemakanan teratur. Sebagai contoh, sarapan pagi. Ia wajib diambil pada setiap hari terutama sebelum pergi ke sekolah. Menu sarapan pagi juga perlu diambil kira supaya ia tidak terlalu berat, dan memastikan pengambilan susu diamalkan pada setiap pagi. Bagi keluarga yang berkesempatan untuk makan tengahari bersama, lakukannya tetapi jika tidak berkesempatan lakukannya pada waktu makan malam.

Ibu bapa menjadi contoh yang baik
Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan orang disekelilingnya. Oleh itu sebagai orang yang amat rapat dengan anak-anak, contoh yang baik perlulah ditonjolkan terutama dalam aspek pemakanan. Sebagai contoh elakkan mengambil minuman ketika makan, elakkan mengambil makanan yang mengandungi banyak minyak dan minuman yang mengandungi banyak gula, kudapan yang mengandugi banyak warna dan perasa, dan sebagainya. Corak pemakanan ibu bapa sedikit sebanyak akan mempengaruhi pola pemakanan anak-anak.

Lakukan aktiviti membeli barangan dapur dan penyediaan makanan bersama anak-anak
Pada masa ini banyak nasihat dan maklumat tentang makanan sihat boleh disampaikan kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih seronok untuk mengambil makanan yang dibuat olehnya sendiri.

Ahad, 14 April 2013

WARNA WARNI MENJELANG PRU-13

Selepas Parlimen dibubarkan pada 3 April 2013, SPR telah menetapkan pada 20 April adalah hari penamaan calon manakala 5 mei adalah hari membuang undi. Sepanjang tempoh masa ini berbagai usaha dilakukan oleh parti politik untuk memncing undi. Bagaimanapun hak mengundi berada di tangan rakyat dan merekalah yang akan menentukan siapa yanag akan memegang teraju kerajaan dan seterusnya menerajui corak kepimpinan di Malaysia.  Di sini sempat saya rakamkan beberapa gambar menjelang PRU 13 di sepanjang jalan Kuala Linggi Melaka menuju ke Bandar Melaka.


KUALA LINGGI





KUALA SG BARU




PAYA MENGKUANG




PENGKALAN BALAK





SG UDANG




PANTAI KLEBANG







ANAK OVER ACTING ATAU BERANI

Seiring dengan teknologi moden, kanak-kanak pada masa kini terlalu didedahkan dengan teknologi terkini yang akhirnya memberi kesan kepada kemahiran bersosial anak-anak. Mereka lebih kerap berada di dalam rumh berbanding keluar bergaul dengan rakan sebaya.




Untuk melahirkan anak-anak yang berani beberapa sikap perlu diterapkan:



Keyakinan Diri

Ia akan timbul kesan daripada  berjaya mengawal perasaan takut dan rendah diri. Dengan itu, anak akan pandai menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun, walaupun tanpa ibu dan bapa mereka.


Rangsangan Positif

Rangsangan ini perlu diterapkan oleh ibu bapa dengan menggalakkan anak-anak melontarkan idea-idea yang ada dalam kotak fikiran mereka. Seterusnya, idea tersebut perlu diolah oleh ibu bapa berdasarkan maklumat yang tepat dan penjelasan, bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.


Ilmu Pengetahuan yang Mantap

Dengan adanya ilmu pengetahuan, anak-anak akan lebih yakin berdepan dengan masyarakat. Bagaimanapun ilmu pengetahuan yang berlandaskan keimanan akan memudahkan anak-anak membezakan perkara yang baik atau buruk. 


Anak-anak perlu menjadi berani tanpa mengetepikan batas-batas kesopanan, kehormatan, toleransi, dan berdikari. Ini untuk menggalakkan anak-anak menjadi individu yang berani bertempat, bukannya digelar sebagai tidak tahu malu ataupun kurang ajar.



Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a : satu ketika Rasulullah terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang menegur saudara lelakinya kerana terlalu pemalu. Ketika itu jugalah Rasulullah bersabda "biarlah kerana malu itu sebahagian daripada iman" (al-Bukhari)



Huraian:

Dari sudut syarak, malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang negatif bukannya malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu merendah diri adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalh contoh al-jahalu. Sikap ini adalah disebabkan rendah diri dan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya' (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian, lantaran kuatnya iman dan menolak sesuatu yang negatif.  rujukan: http://hadis.feryco.com/positif-dan-negatif-malu




Justeru ibu bapa perlu membebaskan anak-anak daripada dibelenggu sikap takut dan malu yang tidak bertempat yang akhirnya akan memberi kesan terhadap keseluruhan kehidupan anak-anak yang ketika ini dalam proses menjadi individu. zaman kanak-kanak perlu menjadi asas tapak yang kukuh sebagai bekalan apabila mereka dewasa kelak. 

Sabtu, 13 April 2013

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU

Hari Sabtu atau weekend adalah hari yang ditunggu-tunggu setiap orang yang bekerja, begitu juga dengan suri rumah sepert saya, labih-lebih lagi anak-anak.  Pada hujung minggu inilah peluang untuk kami sekeluarga berjalan-jalan untuk mengisi masa terluang. Selain melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka ni, pusat beli belah juga menjadi sasaran kami.....










Jusco Melaka Central...kat sini sajalah kami menghabiskan cuti hujung minggu kami...

Jumaat, 12 April 2013

1..2...LOMPAT...

Masa beriadah di petang hari....timbul idea nak buat gelagat ni...pelakon... abah dan puteri sulung Nur Annaylly....


 Sesi perbincangan...nak buat aksi apa....
Bersedia...






Aksi dilakukan dengan bersungguh-sungguh....







sporting sungguh abah...dan Anaylly...termengah-mengah juga para pelakon kiata....si adik tak nak buat...dia buat hal dia jer...mengayuh basikal.....