Selasa, 7 Januari 2014

MINGGU ORIENTASI DARJAH 1

Salam untuk semua....

28 January 2014...hari pendaftaran......diikuti sesi ujian saringan untuk menentukan kelas....Alhamdulillah puteri sulong Nur Annally telahpun menjejakkan kaki ke darjah 1 ,  di Sek. Keb.Othman Syawal Kuala Linggi. Puteri Bongsu juga di sekolah yang sama tetapi di Pra Sekolah. 

ceria selalu....
 2 January 2014..sesi persekolahan bermula

perhimpunan...untung diorang dapat duduk zaman kita dulu sampai nak pitam rasanya kena berdiri...

dalam kelas

belum start belajar pun....tapi mesti nak keluarkan barang....excited sungguh..


mendengar penjelasan guru kelas


sempat lagi posing...

Alhamdulillah..Annaylly dan Allyssa tidak banyak kerenah sewaktu bermulanya sesi pesekolahan. Mereka pandai membawa diri, hanya perlu menguruskan urusan pembayaran dan menghantar mereka ke kelas yang telah ditentukan...

Ahad, 29 Disember 2013

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 7....CACTUS POINT BRINCHANG

Part 7... entry sebelumnya

Sampai sudah hari ke-3..masa untuk berangkat ker Lumut Perak....Tetapi sempat lagi menyinggah di Cactus Point...mula-mula macam malas nak singgah sebab ingatkan cuma pokok cactus jer...rupa-rupanya semua jenis pokok ada,,,lebih seronok dari Lavender Garden........

nak check out....posing dulu...

beria-ia dengan barang masing-masing

kalau ikutkan diorang ni tak nak balik...

posing lagi...

di lobby hotel

maklumlah hampir hari krismas...kat mana-mana ada pokok ni

sementara tunggu Allysa... Annaylly sempat posing

Siap sudah satu bab percutian di Cameron Highland....On  the way balik singgah sekejap di Cactus Point..rasa memang berbaloi singgah walaupun pada mulanya tak mahu singgah.....

tempat ni besar jadi selesa untuk melihat-lihat...tak berapa sesak walaupun ada ramai pengunjung

rasanya banyak-banyak bunga ....bunga nilah yang menjadi pujaan...warnany a terang

mula-mula sampai hotel Equatorial nampak bunga ni dulu..memang mempersonakan...tetapi sayang menurut mereka yang pakar mengatakan bunga ni tak sesuaidengan iklim sederhana......


Antara pokok-pokok yang dijual....












 ANNALLYSSA teruja melihat pokok cactus cuba nak rasa duri cactus tajam atau tidak.....dah pegang baru terbaca..."dilarang sentuh"..hahaha

takut nak pegang tapi akhirnya pegang juga

suami pun suka tempat ni

cactus ni dah macam  gamat lah pulak

besar sungguh cactus ni

bermacam-macam jenis cactus boleh kita lihat dari yang kecil hinggalah yang besar

apalah yang digelakkanya tu...

macam geram jer tengok cactus-cactus ni semua

agaknya ah berapa tahun lah usia semua cactus ni kan

pokok strawbery pun ada...tapi buahnya tak berapa banyaklah

satu lagi sudut

ANNALLYSSA tengah mencari cactus pilihan....RM10 untuk 6 pasu yang kecil...

i
pokok bunga ni pilihan Ct...RM25 sepokok...suka sangat sampai terlupa nak tanya apa nama bunga ni


Ini dia hasil pilihan kami

Bunga merah tu untuk Ct dan cactus kecil untuk ANNALLYSSA...
 Selesai sudah cerita tentang percutian kami ke Cameron Highland.... Kesimpulannya tak semua tempat kelihatan menarik di sini...kerana sudah banyak gunung ganang yang gondol untuk dijadikan tapak pertanian mahupun pembinaan. Pemandangan yang betul-betul cantik adalah dikiri dan kanan jalan ketika dalam perjalanan ke Cameron...bumi yang masih lagi hijau dan udara yang segar. Namun apabila smpai di kawasn pekan semuanya berubah hanya habuk jalan yang memenuhi ruang....Semua ini akhirnya akan memberi kesan kepada suhu di Tanah Tinggi Cameron....Maklumlah baru pertama kali pergi ..bukan main lagi sediakan baju yang tebal, tapi pakai pun tidak sebab suhu sejuk biasa-biasa sahaja... Bagaimanapun ada sumber yang mengatakan  sekiranya hendak memilih tempat penginapan pilihlah di kawsan yang jauh dari pekan dimana hutannya masih lagi tebal....In Sya Allah akan terasa kesejukannya....Sebelum berudur sedikit dikongsikan antara pengangkutan utama di Cameron...




Jemput singgah lagi yer...lepas ni entry ketika di Lumut Perak pula....

Sabtu, 28 Disember 2013

CAMERON HIGHLAND HERE WE COME 6...PASAR MALAM BRINCHANG

Part 6 ...entry sebelumnya

Setelah penat berjalan seharian...singgah sebentar di Pasar malam Brinchang. Pasar ini dibuka setiap hari pada musim cuti. Hmmm.... pasar ini adalah salah satu tempat yang Ct syorkan untuk membeli barang makanan dan juga cenderamata...boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Kalau nama strawbery celop coklat memang banyak 3 cucuk RM5 secucuk ada dalam 2-3 biji starwbery ikut saiz.

Pasar malam Brinchang...antara penyebab kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi waktu cuti

Nak merasa..kata orang sedap strawbery celop coklat....3 cucuk RM5...topi yang ANNALLYSSA pakai tu 1 RM10

Selain strawbery celop coklat, jagung bakar juga menjadi pilihan para pengunjung di Cameron..makan semasa panas...memang manis rasanya.... Selain itu limau  sekilo RM7 memang manis gebu-gebu pulak tu...mesti cuba. Cerita tentang makanan bungkus purata harga minimum adalah RM6 sebungkus. Cukup memadai.
Antara makanan yang dibeli di Pasar Brinchang

tak tau pula apa nama limau ni...memang manis

selepas makan malam, jalan-jalan di kawasan hotel

lepak di lobby hotel...dah penat seharian berjalan

ANNALLYSSA...dah penat

cuba buat sendiri strawbery celop coklat...

Pada malam ni tak banyak aktiviti yang dilakukan hanya berehat di hotel...maklumlah esok hari ke-3 dah nak check out dah...jadi sesi mengemas bermula... Tetapi esok ada lagi tempat yang nak dilawat...Cactus Point....pun tak kurang bestnyer tepat ni.....

baca seterusnya part 7